Tuesday, February 10, 2009

Kelas 2 Hijau SKKR 1993

Sambungan kepada entry ini, ku ingin tunjukkan gambarku sewaktu di dalam kelas pulak. Kali ni lebih clear :D


Dari kiri: Othman, Afifi, Mastura, Nadiah, Mahirah

Tengoklah, Mastura dan Mahirah senyum je. Aku pulak nampak macam takut dan gabra, atau mungkin malu. Yang mana satu perasaan sebenarku waktu itu aku pun dah lupa. Cuma yang aku ingat, aku rapat dengan Mahirah yang putih melepak itu.

16 tahun kemudian..

Othman ialah 2 pupu ku. Ayahnya dengan Abahku ialah sepupu. Sekarang aku tak berapa pasti yang dia masih belajar ataupun sudah bekerja. Tapi sewaktu aku mengunjungi rumah keluarganya pada hari raya 2 tahun lepas, dia kelihatan sungguh kacak di dalam potret. Mati-mati aku ingatkan gambar itu kepunyaan artis mana lah yang orang dalam rumah tu minat. Memang tak sangka itulah rupanya yang terbaru. Dapat tahu pasal ni pun sebab Kak Ngah yang bagitahu. Memang dah lama sungguh tak jumpa dia.

Afifi pula ialah anak kepada rakan rapat Ummi dan Abah. Sewaktu kami masih di sekolah rendah, rumah kami sebelah-menyebelah. Jadi aku selalu lah ke rumahnya untuk bermain, makan, atau menyambut harijadi. Yang lain-lain aku tak ingat. Oleh sebab itulah aku dan dia di'kenen'kan oleh rakan-rakan di sekolah. Namun bagi aku, aku tak ada rasa apa-apa terhadapnya. Kecik lagi lah masa tu nak jatuh cinta. Haha.

Selepas Tahun 6, kami tak jumpa lagi sehinggalah dia memasuki UTP juga 1 semester selepas aku memasuki UTP. Sewaktu darjah 4 pula, aku sekeluarga berpindah ke rumah lain tapi dalam daerah yang sama. Keluarga dia pun sudah berpindah ke rumah lain, yang juga di daerah yang sama, cuma jauh sikit dari rumah asal. Jadi keluargaku dan keluarganya dah tidak serapat dulu, sehinggalah kini. Cuma kadang-kadang ada jugalah kontek. Kalau tak salah aku, sekarang dia bekerja sebagai Civil Engineer di Damansara di samping menjadi freelance photographer.

Mastura pula, aku memang lost contact terus. Memang tak tahu langsung apa yang dia buat sekarang. Kalau dah kahwin pun aku tak tahu. Sebab sejak Tahun 3, kami sudah tidak sekelas lagi. Bila dah berlainan kelas, kelompok kawan-kawan pun dah berbeza. Aku pun tak tahu kenapa tak rapat dengan budak kelas lain masa sekolah rendah dulu.

Mahirah ni walaupun dulu rapat dengan aku, sekarang dah lost contact jugak. Pernah lah suatu masa, seingat aku sewaktu di sekolah menengah, kami berutus surat dan bertukar-tukar gambar. Tapi sudah terhenti di situ saja. Kalau tak silap, lepas tu dia dapat melanjutkan pelajaran ke UTM Skudai. Itu pun sebab Ummi yang bagitau. Harap-harap dia masih ingat aku lagi. Mahirah if you read this, please contact me, okay!

Itu sajalah ulasan tentang rakan-rakan sekelasku di Tahun 2.

Bagaimana dengan korang, masih simpan gambar-gambar lama dan masih ingatkah korang pada kawan-kawan lama korang dalam gambar tu?

6 comments:

  1. wawa..muka sama, tak berubah la..


    p/s:alamak, saya tak ingat pulak sape kawan2 masa sek rendah. Serius tak ingat, macam mana boleh lupa tah. Entah2, saya takde kawan kot, sebab tu takda nak ingat.kakakaka

    ReplyDelete
  2. wallaz...damn so cute all of them.. muka cipit and nad and mahirah mcm xberubah sgt...tp tu mastura abd latif ker?? lainnya...mas dah kahwin,and dah de anak xsilap, dia kejer as nurse at somewhere...hehe.. othman mana ek tu? rasa cam kenal.. tp kalau rupa skrg msti da xcam.. huhu.. xde gmbr kecik2...start drjh 4 baru ada kot...hehe

    well..really miss my oldschoolmates.. bilala mahu jumpa yerp

    ReplyDelete
  3. kan bagus kolu gambar mcm ni ada dlm simpanan.

    ReplyDelete
  4. alahai comeynye zmn knk2..heheh..ambe tde kot gmbor time drjah 1 ke 2..maklumlah x brape rapat lg dgn dak kelas

    ReplyDelete
  5. ammvoiii .. jejak kasih nih.. sodeyyy larr fulakkkks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails