Sunday, February 22, 2009

Dia Romantik Tak?

Selalu kawan-kawan aku bertanya tentang Encik Gajah.

Dia romantik tak?

Dan selalunya jawapanku ialah,

Tak, dia tak romantik

Dalam konteks ni, aku selalu kategorikan romantik dan gentleman dalam satu kategori yang sama.

Bila difikir-fikirkan, dia memang tak romantik mahupun gentleman. Dia tak pernah belikan bunga untukku, tak pernah bukakan pintu kereta untukku, tak pernah hadiahkan aku coklat, tengok wayang pun seingat aku hanya sekali tonton wayang berunsurkan genre romantis. Yang lain-lain semuanya yang ber-genre aksi dan humour.

Pada suatu masa, dia pernah cuba untuk menjadi gentleman. Tapi sekejap saja, lepas tu dia berhenti. Bila aku tanya kenapa, dia kata dia sudah malas. Aku tidak kisah dia mahu menjadi gentleman atau tidak, sebab mungkin bila dia jadi gentleman, aku jadi rimas. Dan dengan menjadi gentleman, dia tak menjadi dirinya sendiri. Dengan kata lain, hipokrit.

Mesti korang tertanya-tanya, kenapa aku masih setia walaupun dia tak romantik dan tak gentleman? Bukankah itu ciri-ciri seorang perempuan inginkan pada pasangannya?

Bagi aku, jawapannya senang saja:

Kerana aku sangat selesa berada di sampingnya.

Tapi kenapa aku selesa dengannya? Setelah semalaman aku berfikir, barulah tahu kenapa. Ini ialah isi penting kepada jawapan itu. Hehe.

1. Dialah satu-satunya orang yang kalau aku bercakap dengan nada biasa dan dengan volume biasa suaraku, aku tak payah ulang 2 kali. Sebab selalunya orang-orang lain akan cakap "Hah?" lepas aku kata sesuatu, sebab mereka tak dengar dengan jelas suara aku, dan aku terpaksa ulang kata-kata tu sekali atau kadang-kadang berkali-kali lagi dengan suara lebih kuat supaya mereka dapat dengar.

Dan yang peliknya, walaupun aku mumble untuk tujuan memerli atau sebagainya dengan suara yang perlahan pun, dia tetap akan dengar. Haha.

Sebenarnya aku pelik juga kenapa dia je yang boleh dengar suara aku walaupun perlahan. Jadi aku ajukan soalan yang bersarang di kepala aku tu padanya. Nak tahu apa dia jawab?

Dia: Sebab telinga Abg besar.
Aku: A'a lupa pulak Abg ni gajah.


..dan kami tergelak bersama. Tetapi lepas tu dia jawab dengan serius soalan aku tadi.

Dia: Mungkin sebab dah selalu dengar bunyi yang berfrekuensi macam tu kot.
Aku: Ooo..


Aku membuat tafsiran: Mungkin dah selalu dengar suara aku yang perlahan jadi kena selalu bersedia untuk mendengar suara yang perlahan lagi selepas-selepas itu ;)

2. Dia tak pernah marah atau merungut apabila aku mengambil masa lebih lama dari yang orang lain gunakan untuk sembahyang dan bersiap semula di public places, contohnya shopping complex.

Biasanya kalau orang kat surau tak ramai, aku akan mengambil masa 20 minit iaitu untuk ke tandas, lepas tu ke surau untuk ambil wuduk, sembahyang, dan bersiap semula. Tapi kalau orang ramai sikit, biasanya mungkin lebih kurang setengah jam kot. Hehe.

Dia dah faham sangat yang aku tak boleh cepatkan lagi masa tu sebab yang 20 minit tu kira dah cepat dah tu bagi aku. Takkan nak sembahyang laju-laju kot, kan?

Itulah 2 isi penting yang aku tak tau aku akan jumpa benda ni kat orang lain ;)

Kesimpulannya, dia tak romantik, dia tak gentleman, tapi dia sweet :)

5 comments:

  1. alahaiii..sweet nyee..tulis la lg psl korang..nk jadikn panduan dan pedoman..hahahha

    ReplyDelete
  2. "Aku membuat tafsiran: Mungkin dah selalu dengar suara aku yang perlahan jadi kena selalu bersedia untuk mendengar suara yang perlahan lagi selepas-selepas itu ;)"

    insyaallah leh dgr..sbb ku menjadi super gajah~~~

    ReplyDelete
  3. ololo..soooo sweet....
    semoga kamu berdua bahagia sampai ke hujung hayat~

    ReplyDelete
  4. Farah:
    boleh ke kami menjadi panduan dan pedoman Farah & pasangan? hihi

    Encik Gajah:
    Time kasih ek! :D

    Cik Dada:
    Thanks Cik Dada :)

    ihsan_huhu:
    biasa-biasa je :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails