Sunday, February 15, 2009

Cap Ayam Punya Tombol!

Seperti tajuk yang tertera di atas, kali ini aku ingin menceritakan tentang apa yang berlaku malam kelmarin.

Macam biasa lah, sebelum keluar rumah, mestilah kunci bilik dahulu. Lepas tu keluar lah.

Bila dah balik tu, waktu sedang unlock pintu bilik, tiba-tiba tempat masuk kunci untuk unlock tu terburai. Kalo korang takleh bayangkan, sila lihat gambar di bawah.




Korang pernah tak mengalami situasi macam ni? Apa yang korang buat? Pintu takleh bukak nih sbb kunci pun dah takleh masuk. Haihh..

Ada gak la try cucuk screw driver kat tempat masuk kunci tadi mana lah tau leh terbukak ke pintu tu kan. Tapi seperti yang dijangka, memang tak boleh.

Atas cadangan seorang housemate ku, apa yang aku buat ialah tendang pintu tersebut. Dah lama betul tak praktis karate. Haha. 3 kali tendang je pintu dah retak skit. Aduhai. Ni satu lagi cap ayam. Tapi sambung tendang lagi kat bahagian lain pulak. Memang nampak la pintu tu dah mula terkedalam. Tapi bila buat lama-lama masih tak terbukak pintu.

Masa pintu dah termasuk ke dalam sikit, try guna cara 'smart' iaitu pakai kad (bukan kad pun sebenarnya, pakai penutup container tau fu fah je) tapi tak jadi jugak.

Lepas tu housemate ku try pulak ketuk tombol pintu guna pemegang screw driver tu. Ketuk ketuk ketuk, dah tercabut tombol. Haha senang giler. Memula dah happy dah ingatkan dah boleh bukak pintu, rupa-rupanya masih tak boleh. Tersekat sebab ada lagi sebahagian mekanisma yang mengunci pintu tu selain tombol masih lekat kat situ. Huu~

Kami bergilir-gilir tendang lagi tapi takde harapan. Kami pun cuba lah cungkil pulak kayu pintu kat bahagian yg tersekat tu dengan harapan dapat bawak keluar benda yang tersekat kat dalam tu. Macam-macam dah guna seperti screw driver, pisau, lesung. Akhirnya jadi macam ni.


Nampak tak ada lubang kecik kat belah kiri bulat tu selain bulat tu? Yang bahagian tu lah dicungkil


Pastu dah takleh bukak gak, kami pun tendang-tendang lagi, pastu penat. Bila dah penat, kami berenti untuk kembalikan energi iaitu dengan memakan burger yang baru dibeli sebelum pintu ni buat hal.


Burger special cheese yang sedap giler dari Fasa 4 Bandar Baru Bangi. Bahagi 2 sbb makan dengan housemate. Sharing is caring


Bila dah makan,rest-rest jap. Dah lebih sejam berlalu masa tu. Encik Gajah pun offer untuk tolong. Masa tu kul 11 pm ++. Dia cakap dia nak tolong sebab dah sejam lebih pun tak boleh bukak lagi pintu tu. Jadi dengan keizinan mak dia, dia datang lah umahku dengan membawa segala kelengkapan yang sepatutnya untuk 'invade' bilik aku. Haha.

Sekali dia cungkil dan tolak, terbukak daaaa...


Dia hanya mengambil masa seminit untuk melakukannya. Kuat sungguh Encik Gajah ni ek. Hehe. Sebenarnya tool yang dia guna lebih 'canggih' dari yang kami guna. Tak tau apa nama dia. Macam screw driver tapi panjang. Senang skit nak cungkil. Tak sempat amik gambar. Dah siap tu dia trus keluar. Kesimpulannya dia berada dalam rumahku kurang dari 5 minit. Haha.

Encik Gajah dah kini upgrade jadi SuperGajah!

Buruk la pulak nama tuh. Ok kekal Encik Gajah saja.

7 comments:

  1. ahahaha. ganas gile.. en Gajah lari sb terkedu kut tgk korang "kerjakan" pintu tu sb tu cpt2 turun!!! hehehe..

    tgh imagine, cane nk tutup balik lubang tu ek.. =P

    ReplyDelete
  2. hahahah. Betul cakap orang atas ni..macam mana nak tutup lubang tu balik?heheehhe

    ReplyDelete
  3. tp patutnya bila dh camtu.. cabut tombol n then cungkil je.. encik gajah dah bese buat.. tu sbb tahu. haha.

    tu la.. bila lubang tu dah terbuka, memudahkan org len skodeng. (jika ada)

    ReplyDelete
  4. fuyoh, tok gajah dah gunerr senjata sulitt tewww.. larikkkks, ehehe me gurau2 one uoolssss

    ReplyDelete
  5. tenaga sulit Oo omg XD haha
    choi choi sy budak lagi lah.haha horee~ supergajah hebat.ala saja je tu an an an ngee~

    ReplyDelete
  6. hahaha supergajah!

    aku terbayang gajah menolak2 guna kepala kat pintu tu... dum dum!

    (bayangkan gajah on all four menolak2 pintu..)

    LOL.

    dah tutup lom pintu tu?

    ReplyDelete
  7. afzanranai:
    hahaha. tak lah. dia nak balik tdoq kot. hehe

    afzanranai & nadia-ady:

    buat sementara waktu ni letak tombol yg dh rosak tu. masih leh tutup lg cuma x sempurna lah. xdelah nampak ape ku buat kat dlm bilik :P

    Ainul Hafiz:
    kitorg dh cungkil tapi xlarat :'(

    sapekah yang nak skodeng? housemateku baik2 belaka :P

    en_me:
    tok gajah?? hahahaha.

    [ nadia ]:
    haha. tenaga batin kot. haha
    a'a saje nak manje ngn encik gajah. haha

    [re-arrange]:
    dum dum dum dia tolak pakai belalai je

    pintu masih berlobang cuma kaver ngn tombol yg masih leh letak kat lubang tu walaupun rosak :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails