Friday, January 02, 2009

Selamat Tahun Baru Masihi

Tahun 2009 sudah menjelma. Pasni, kalau ade orang tanya berapa umurku, kena lah jawab "Nak masuk 24 tahun..". Isk. Aku ni, asik-asik cakap pasal umur kan? Mestilah, sebab ku tak rasa makin matang pun, tapi umur tetap bertambah. Haha.

Dulu-dulu masa Form 1, duduk satu dorm dengan kakak Form 5, tengok diorang.. Kataku dalam hati, "Matangnya diorang..agaknya aku umur 17 tahun nanti pun macam ni jugaklah kot..". Tapi bila tiba umur 17 tahun, kenapa aku tak rasa macam tu pun? Tak matang pun? Macam ni jugak. Tak berubah.

Lepas tu tengok orang umur 20+ tahun pulak. Kataku dalam hati, "Matangnya diorang..agaknya aku umur 20+ tahun nanti pun macam ni jugaklah kot..". Tapi bila tiba umur 20+ tahun, kenapa aku tak rasa macam tu pun? Tak matang pun? Macam ni jugak. Tak berubah.

Haha. Macam mana tu? Boleh tolong jawabkan? :P

Apa-apa pun, biasanya memang ku tak pernah sambut tahun baru. Tak pernah sibuk-sibuk nak pergi tempat orang ramai-ramai nak tunggu detik pukul 12 tengah malam. Tak kisah pun nak tengok bunga api semua. Malam new year sama je dengan malam-malam lain, cuma esoknya, bila dah 1 Januari, barulah teringat umur dah tambah lagi 1 tahun. Tu je yang ku kesahkan :P

Tapi hari ni kat ofis, bila baca surat khabar, ha, tengoklah, macam-macam terjadi masa malam new year. Pesta seks lah, bar terbakar lah, citer kene raba atau rogol tu takyah cakaplah, eksiden pun banyak masa new year eve. Orang kat Palestin sana tengah merana, dia nak seronok-seronok kat sini. Sedih sangat bila tengok bom sana bom sini kat Gaza. Sedihnya.. Rasa marah giler kat Israel. Tapi, apa yang mampu dilakukan? Berdoalah banyak-banyak kat Allah.

Dulu masa kecik-kecik, selalu mimpi perang-perang. Asal mimpi je, mesti mimpi pasal perang. Memang takut, memang saiko. Hasilnya, memang tak boleh tengok berita pasal perang-perang langsung, nanti rasa takut yang amat sangat. Alhamdulillah, sejak dah dewasa sikit ni, mimpi tu dah berkurangan. Jarang mimpi pulak bila tidur malam sekarang ni.

Tapi sekarang ni kesian sangat dekat keluarga Encik Gajah. 25 haribulan haritu, Encik Gajah eksiden kat Highway Pantai Timur area Kuantan. Kereta remuk depan belakang, 3 biji tayar pancit, namun enjin masih selamat. Alhamdulillah Encik Gajah tak apa-apa. Dan eksiden tu tak melibatkan kereta lain, dia sendiri terbabas. Masa tu hujan dan ada air mengalir atas jalan menyebabkan kereta terpesong dan berpusing ke arah bertentangan.

5 hari kemudian, iaitu pada 30 haribulan, Mak, Ayah, dan adik Encik Gajah ke Kuantan untuk berjumpa dengan Encik Gajah untuk menyelesaikan hal kereta yang eksiden tersebut. Namun dalam perjalanan balik ke KL, Mak, Ayah, dan Adik Encik Gajah pulak yang eksiden kat Lebuhraya Karak area Bentong. Kereta mereka remuk depan, belakang, dan tepi di sebelah pemandu. Sebab eksiden ialah sebab kereta dipandu laju dan jalan licin serta selekoh tajam. Alhamdulillah mereka juga selamat.

Bayangkan, dalam masa 5 hari, 2 biji kereta telah eksiden. Sangat kasihan. Jadi aku pun membawa Mak dan Ayah Encik Gajah ke mana-mana mereka perlu pergi menggunakan keretaku. Alhamdulillah, setakat mana yang aku mampu tolong, aku akan tolong. Kedua-dua kereta akan mengambil masa 1-2 bulan di bengkel sebelum pulih sepenuhnya.


P/S: Tak semestinya bila kita menerima berita sedih, bermakna Allah bencikan kita, dan tak semestinya bila kita terima berita gembira, bermakna Allah sayangkan kita. Mungkin musibah yang diterima itu adalah ujian untuk kita lebih ingat kepadaNya, kerana Dia sayangkan kita. Dan mungkin berita gembira yang kita terima itu adalah ujian untuk melihat sama ada kita ingat padaNya atau tidak apabila kita dalam keadaan senang. Mungkin juga itu ialah Istidraj. Renung-renungkanlah.

3 comments:

  1. gle r eksiden...

    berhati2 di jalan raya

    ReplyDelete
  2. umm ape yg tak matangnyer?

    kalau dah buat post mcm ni kire matang la tu.

    nak matang mcmane lg.

    ReplyDelete
  3. ihsan_huhu: tulah, insyaAllah

    maria: matang seperti yg aku bayangkan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails