Sunday, December 27, 2009

Outdoor - Last Day at Satyam


"Teropong"


"Puss In Boots"


"Welcome"


"Tari Tirana"


"Gambar Awek Letak Bawah Bantal"


"Senyum Dalam Terik Matahari"


"Manis"


"Gadis dan Bunga"

Wednesday, December 23, 2009

Streamyx Sudah Mari dan Insiden di Rumah Baru

Yeay! Streamyx sudah pasang di rumah kami di Kerteh ni sejak hari Isnin hehe. Tapi tak sempat update blog sebab bz kemas umah dan donlod muvi/series/anime. Satu hari donlod lebih dari 7gb :D Maafkan saya~

Bila nak update blog, baru teringat gambar-gambar outdoor di Satyam ada kat rumah Bangi -_-" Jadi kali ni tak dapatlah kalian tengok lagi gambar-gambar itu. Maaf lagi -_-

Hari Isnin Encik Gajah puasa. Kami makan spaghetti blognese masakan Encik Gajah. Jangan salahkan saya. Encik Gajah yang nak masak. Isteri dia tolong tumbuk bawang aje. Haha manja gila isteri dia :P

Tadi pulak orang Sen Heng datang hantar washing machine dan air-cond untuk main bedroom di tingkat atas. Akhirnya leh basuh baju di rumah ni! :D Tapi air-cond tu tak pasang lagi. Tadi dia hantar je. Esok kot baru orang dia datang pasang. Buat masa ni kami pakai bilik di tingkat bawah sebab bilik ni je yang ada air-cond haha. Sekarang saya menaip entri ni di dalam bilik ini lah :)

Oh lupe lak nak cite yang rumah ni ialah rumah teres 2 tingkat. Ada 4 bilik tidur iaitu 1 di tingkat bawah dan 3 di tingkat atas. Ada 3 bilik air :D Rumah ni fully-furnished, sume ade kecuali washing machine. Sebab tu lah kene beli baru. Sbenanye washing machine ade tapi dah rosak haha. Takpe dapat pakai baru punye :P

Kami sewa dengan harga RM450 sebulan. Murah kan? Tapi bukan rumah baru la. Rumah design omputih zaman dulu. Tapi Alhamdulillah, ok sangat dah ni :D Walaupun kadang-kadang rasa seram gak sikit. Padahal saya penakut :P

Oleh kerana rumah ni agak suram sebab tak cukup lampu, tadi kami beli mentol baru kat Mesra Mall. TMC (ganti Giant, nama je yang tukar, barang brand Giant gak) sudah dibuka, jadi apa-apa barang mesti nak beli situ. Haha. Saya kalau boleh nak sangat tukar mentol bilik air yang warna merah tu jadi warna putih. Kasi cerah. Sebab mentol merah saya rasa creepy.

Masa Encik Gajah cuba pasang mentol dalam bilik air dengan berdiri di atas kerusi, dia terjatuh, tulang rusuk dia terkena pada kerusi. Saya tak menyaksikan kejadian tu sebab saya tengah mencari lampu suluh. Bila terdengar Encik Gajah mengerang kesakitan saya terus berlari ke tandas dan tengok dia dalam keadaan tertiarap di atas lantai tandas :(

Saya sangat takut dan cemas. Dia pulak tak bergerak-gerak. Bila saya panggil 2-3 kali baru dia menyahut. Saya suruh dia baring betul-betul kat tempat yang lebih selesa. Dia bangun perlahan dan meniarap pulak kat ruang tamu, kat depan bilik bawah ni.

Masa tu saya masih tak tau apa yg terjadi. Lama gak dia macam tu. Saya tak berani nak tegur sebab dia kesakitan + nampak bad mood. Lama sikit baru saya suruh dia masuk bilik tidur properly. Masa tu baru saya tau kejadian sebenar.

Saya tak tahu nak buat apa. Saya amik minyak urut yang tak panas (itu je yang ada) dan urut kat tempat yang sakit tu. Saya urut perlahan-lahan je sebab takut dia tambah sakit. Tak tau la ia dapat membantu atau tak. Tapi at least saya dah usaha.

Sekarang dia sedang tidur dengan lena kat sebelah ni. Haih kesian dia. Harap-harap esok dia akan feel better dan dapat pergi kerja.

Friday, December 18, 2009

Hari Terakhir di Satyam

Assalamualaikum semua~ Ya, ya saya sudah dengan rasminya bukan pekerja Satyam lagi. Sob sob.

Inilah gambar yang sempat dirakamkan pada hari terakhir di sana:


Mari mula buat clearence :'(
Di hari terakhir bekerja saya kene isi form dan kene ambil tandatangan beberapa pihak di clearence form di tangan saya tu.


Tabik hormat dari pasukan Puan nadxoxo. Haha.
Di kiri kanan ialah guard yang mesra dengan saya hehe.


Kali terakhir bergambar bersama kad matrix :'(
Ku akan merinduimu~


Ini Su Pei, HR exec tapi dulu kami kamcing masa training masa memula masuk Satyam. Masa tu dia bukan HR hehe. Miss that moment.


Okeh semua sudah beres!
Mari bergambar dengan rakan-rakan pula :D


Saya dengan Cik Emi, salah seorang rakan rapat saya di Satyam. Antara orang paling baik hati yang pernah saya jumpa.


Tambahan di dalam gambar ialah Cik Iqa. Dua-dua budak ni tempat saya selalu bercerita :D


Cik Su. Tak banyak potpet macam saya. Tapi sekali dia bersuara, tajam la juga :P Hehe.


Ini Cik Dejah yang rajin buat muffin/lasagna/cupcake untuk kitorang.


Ini geng lunch saya :)
Geng karok juga haha.


Ini anak-anak murid saya. Saya terpaksa ajar mereka sebab mereka mewarisi kerja-kerja saya di dalam projek haha. Takziah :P


Bersama Myo, my project lead. Orang lain selalu ingat dia ni Melayu tapi sebenarnya orang Myanmar hehe. Nama pun bunyi macam 'Meor' haha.


Bersama kawan-kawan bangsa lain hehe.


Bersama Kak Yan, saya ambil aura orang pregnant :D


Bersama sejambak bunga dari Cik Iqa :')



Next entry ialah outdoor photoshoot kat Satyam sempena last day saya. Ini ialah gambar 'curi-tengok' (sneak peek):


Mesti tak sangka Satyam sehijau ini :P


P/S: Saya dah jadi full-time housewife sekarang. Dah mula tinggal di Kerteh bersama Encik Gajah :) Sedang sibuk mengemas rumah. Phew~ Kat rumah tu belum ada internet dan astro lagi. Harap-harap cepatlah diorang datang pasang :P Sekarang ni dapat berinternet sebab balik Bangi harini. Esok ada orang kawin kat Negeri Sembilan. Kalau sempat, next entry akan ada esok. Kalau tak, next entry ialah bila orang Streamyx datang pasang Streamyx~ haha.

Saturday, December 12, 2009

Header Baru Saya

Saya telah menukar header sempena bertukar title :P


Sebelum


Selepas :D


What do you think? Hehe.

Friday, December 11, 2009

Pengantin Pink

Hari Jumaat lepas, Puan nadxoxo telah menjadi photographer kepada kawan Puan nadxoxo iaitu Puan Iena yang baru kahwin di Shah Alam untuk majlis berinainya.

Lihat la gambar yang tak seberapa ni Puan nadxoxo compile kan sikit buat tatapan Puan Iena hehehe. Welcome to the club, 'budak busuk'!


Punya lah cantik si pengantin baru kita ni pakai persalinan songket warna pink sewaktu majlis berinainya. Masa Puan nadxoxo berinai dulu pakai kaftan/baju kelawar je. Hehehe.

Tapi sebenarnya Puan nadxoxo agak konfius apa sepatutnya yang berlaku sewaktu majlis berinai ni. Macam Puan Iena ni nampaknya pada malam berinainya dia dh siap berinai dah.

What they did was diorang cuma bersanding di depan family terdekat, lebih kurang macam unofficial punya sanding. Hepi-hepi gelak-gelak. Seronok juga tengok. Puan nadxoxo pun tumpang gelak melihatkan gelagat family Puan Iena nih. Sume havoc macam dia gak. Haha.

So Puan nadxoxo nak tahu, apa yang korang tahu pasal majlis berinai? Hurm..pikir pikir.. Hehe.

Thursday, December 10, 2009

Aidiladha Kami

Hari Raya Aidiladha tahun ni merupakan hari raya pertama kami sambut bersama-sama sebagai pasangan suami isteri. Dengan kata sepakat, Encik Gajah bersetuju untuk berhari raya di kampung halaman isteri iaitu di Besut :)

Lepas solat raya kat Masjid Lama Kampung Raja, Encik Gajah ikut Abah pergi sembelih lembu. Hehe. Puan nadxoxo duk kat umah je :P

Petang sikit, kami ke rumah kawan Abah untuk menjamu selera.

Oleh kerana lauk lambat siap, kami kena tunggu jap. Sambil tunggu, kami ambiklah gambar dulu hehe:

Hari Raya Pertama







Hari raya kedua pulak, kami pergi kenduri kahwin sedara kat Bachok. Lepas balik rumah, kami rakamkan gambar ni:

Hari Raya Kedua



Sekian :)

Wednesday, December 09, 2009

Sudah 2 Bulan

Alhamdulillah, sudah 2 bulan Puan nadxoxo memegang title 'Puan'. Hehe.


InsyaAllah, we'll have our own. Someday.. :)

Thursday, December 03, 2009

Perkembangan Puan nadxoxo

Ada yang salah faham apabila Puan nadxoxo menulis tentang perkembangan badan di entri sebelum ini. Perkembangan badan di situ bukan bermaksud Puan nadxoxo berbadan dua ya. Belum lagi. Setakat waktu saya menulis ni belum lagi. Hehe.

Perkembangan badan yang dimaksudkan ialah perkembangan badan lah. Bila baca sudah faham kan. Berkembang. Membesar. Melebar. Memberat. Ish3. Bahaya sungguh kan. Dan perkembangan itu setakat ini bukanlah disebabkan oleh berbadan dua. Setakat ini lah ya kawan-kawan. Hehe. Di masa hadapan tak tahu pula saya :D


Memang sejak Puan nadxoxo berkahwin badan sudah berkembang sedikit. Berat sudah bertambah sebanyak 2 kg. Sebab makan sedap kot di rumah mentua :') Ish3 bukan Puan nadxoxo yang masak. Tak tahu malu betul kan.

Jika dahulu air kegemaran Puan nadxoxo ialah air kosong, sekarang macam sudah kurang sebab hari-hari minum air manis. Dulu bila nampak air manis, takde perasaan. Sekarang bila nampak macam nak aje. Seperti ada tarikan graviti. Macam mana tak berkembang? Namun setelah Puan nadxoxo menyedarinya, terus memperbanyakkan minum air kosong kembali agar tidak terus berkembang lagi. Harap-harap begitulah.

Perkembangan dari segi lain pula, perkembangan tentang resignation approval. Perkembangan di sini bermaksud update la kata orang berkulit putih berambut perang. Permohonan untuk berhenti kerja sudah diluluskan hari ini! Alhamdulillah. Hari terakhir bekerja ialah 15 Disember.


Perkembangan tentang rumah sewa. Alhamdulillah juga, sudah dapat rumah sewa fully-furnished di Kerteh. Rumah teres dua tingkat. Dekat saja dengan ofis Encik Gajah. Murah pula tu jika nak dilihatkan pada apa yang kami dapat. Syukur..


Perkembangan tentang Encik Gajah pula, oh badannya tak berkembang. Belum lagi :P Dia macam biasa sangat sibuk di ofis. Tapi dia sudah berubah berbanding dahulu. Dia tidak lagi mencampurkan urusan kerja dan personal. Tidak angkat call kalau sudah lepas waktu ofis, kecuali urgent. Ini perkembangan yang baik. Sebab nanti dia concentrate kat saya saja. Hihi gatai.

Setakat ni setiap hujung minggu dia balik jenguk saya dan family di Bangi. Setiap hari Khamis petang lepas kerja dia akan bertolak ke Bangi dengan memandu keretanya. Saya sungguh gembira setiap hujung minggu.

Tapi malam ni saya tidur sorang-sorang. Banjir di Terengganu, jalan tutup.

Sunday, November 22, 2009

Berhenti Kerja

Assalamualaikum.

Untuk merealisasikan impian menetap di Kerteh bersama suami tercinta, Puan nadxoxo sudah hantar surat letak jawatan Isnin minggu lepas. Notis selama sebulan. Jika diluluskan, insyaAllah hari terakhir bekerja ialah 15 Disember depan.


Puan nadxoxo dah dapat kerja ke kat Kerteh?
Belum lagi. Sedang. InsyaAllah hari Rabu ni akan ke IPTA dan IPTS sekitar Kerteh menghantar resume. Puan nadxoxo bercita-cita menjadi lecturer IT pula. Semoga Puan nadxoxo berjaya, amin..

Puan nadxoxo dah dapat rumah ke kat sana?
Juga belum. Encik Gajah sedang mencari juga. Ada 2-3 buah rumah yang telah di booking oleh nya. Yang penyewanya dah nak keluar tak lama lagi. Semoga Encik Gajah berjaya, amin..

Rumah sewa kat Kajang macam mana?
Puan nadxoxo bayar sewa sampai hujung bulan November je. Lepas tu dah let go bilik tu. Alhamdulillah sudah ada pengganti. Tak susah-susah nak cari lagi. Rumah sewa tu, sejak Puan nadxoxo kahwin, tak tidur sana dah sebab duduk dengan family mentua pulak kat Bangi. Tapi haritu dapat la jugak tidur 2 malam kat rumah sewa yang dirindui tu sebab Mak dan Ayah mentua balik kampung kat Kedah, takde orang kat rumah, Puan nadxoxo takut duduk rumah sorang-sorang jadi diorang benarkan Puan nadxoxo balik rumah sewa hihi. Terubat jugaklah rindu pada rumah tu :D

Okaylah kawan-kawan, jika Puan nadxoxo ada masa, akan update lagi perkembangan badan k. Nite :)

Monday, November 16, 2009

Majlis Persandingan nadxoxo di Besut

Assalamualaikum.

Mari saya cerita pengalaman saya pada 10 Oktober yang lalu~



Ini saya yang sedang 'dikerjakan' oleh Mak Andam.


Redha aje lah..


..walaupun dalam ketakutan.


Mari belajar memakai shawl. Mula-mula pin kan di bawah dagu..


..lepas tu lilit kat atas kepala.


Dah siap! Pastu kita pakai crown dan veil pula~


Bila dah siap boleh senyum..


..dan juga posing untuk kameraman. Hehehe.


Ketibaan Sultan Gajah bersama hulubalang dan dayang-dayang.


Bendahara juga ada bersama.


Sultan Gajah sudah tersenyum..


..kerana Permaisuri nadxoxo sudah tiba dan mencium tangannya~


Lalu mereka meneruskan perjalanan ke istana mereka..


..yang ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata.


Ketibaan mereka disambut meriah di pintu istana..


..lalu dibawa ke singgahsana.


Selepas itu Bonda Sultan Gajah memberi restu kepada Sultan Gajah & Permaisuri nadxoxo serta rakyat jelata.


Bendahara juga tidak ketinggalan untuk memberi restu dengan menyuapkan pulut kuning kepada Sultan Gajah.


Apabila tiba waktu makan tengahari, mereka santap di meja makan istana.


Persalinan kedua iaitu warna merah darah ikan.


Ku gembira di samping mu~
(sape tahu lagu ni maknanya dia dh veteran haha)


Acara memotong kek diiringi lagu 'Allah Selamatkan Kamu' oleh family Encik Gajah yang sporting :')


Encik Gajah lapar kek :P


Empuknyaaa hehehe


Yeayy Encik Gajah ada cincin juga sekarang :D


Auwww haha


Main nyorok-nyorok pula


Patutnya gambar ni fokus kat Encik Gajah, kan? Hehe. Sebab dia riang :P


Rakan-rakan yang hadir dari jauh


Bergambar dengan family Encik Gajah sebelum mereka pulang


Mak Encik Gajah sedih nak tinggalkan anaknya. Takpelah Mak, saya perempuan hebat juga macam Mak, insyaAllah boleh jaga Encik Gajah :D


Gelak-gelak di atas pelamin :')


Princess nadxoxo menerima bunga dari Prince Gajah


Dan mereka hidup bahagia buat selama-lamanya~

THE END :)




Source: Fazrien Photography's Flickr

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails