Tuesday, December 30, 2008

Harini Result PMR Keluar!

Adakah anda salah seorang yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah tahun ini? Atau adik anda salah seorang dari mereka? Atau kakak atau abang anda? Atau anak sedara, sepupu, anak sepupu, anak dua pupu anda?

Kalau ada, mereka ambil keputusan PMR mereka hari ini. Apa kaitan dengan saya? Adik saya yang ambil keputusan hari ini. Dia tak banyak dapat A pun. Tapi bilangan huruf semuanya even. 3A, 3B, dan 3C. Pandai sungguh dia mengatur strategi. Perasaan saya? Agak kecewa. Malas nak elaborate panjang-panjang.

'Adik' saya yang seorang lagi yang ambil PMR juga, juga pandai mengatur strategi. Pelajar Sekolah Agama Integrasi, memperoleh 8A dan 1C. Dan satu C itu ialah mata pelajaran Bahasa Arab. Perasaan saya? Alhamdulillah, syukur sangat sebab budak ni mula-mula nampak main-main. Tapi akhirnya dia berjaya kerana sudah dibasuh ayah ibunya kerana keputusan ujian bulanan yang tak memberangsangkan. Akhirnya dia dapat buktikan yang dia boleh buat, kerana sememangnya saya yakin dia memang boleh buat! Dan dia ialah adik kepada Encik Gajah.

Nasib baik ada 2 adik yang sebaya kan? Kalau satu mengecewakan, satu lagi pula menutup kekecewaan dengan memberikan senyuman pada wajahku. They complement each other so well, don't you think so? ;)

Monday, December 29, 2008

Hari ini ku kerja + pindah rumah

Hari ini 1 Muharram 1430 Hijrah di dalam kalendar Islam. Saya lahir pada 23 Zulkaedah 1405 Hijrah. Kiranya, kalau ikut kalendar Islam, ku dah nak masuk umur 25 lah ye? Wah, cepatnye! Tapi ikut tahun Masihi, lambat lagi nak masuk umur 24 tahun :P

Sempena tahun baru ni, ku sudah berpindah bersama housemateku yang 2 org lagi tu ke rumah baru di Hentian Kajang. Pasni rajinlah kot ku balik kampung naik bas. Heheh. Bangunan yg ku duduk ni kat bawah skali ada kedai, kat atas tu 3 tingkat lagi ada apartment. Rumahku kat atas skali, dan takde lif ye. Isk. Tak habes lagi angkat barang-barang yg kecik2 walopon yg besa2 dah diangkat oleh abg2 lori yang gagah perkasa. Yang kecik2 ni pun banyak giler tau. Memula masa mendaki anak-anak tangga yang pertama tu rasa gagah lagi. Bila dah sampai kat muka pintu rumah dah jadi lembik dah pastu semput.

Rumah baru ni sewanya mahal RM120 dari rumah lama. Rumah lama sewanya RM400 je. Sikalang suda jadi RM520. Tapi puas hati sebab lebih lawa dan lebih luas ruang tamunya. Bilikku yang sekarang berbanding dengan yang lama, yang lama lagi besar. Tapi rumah yang sekarang ni ku ada bilik air sendiri attached :D Tingkap pulak lebih besar iaitu 3 panel, dulu 2 panel je. Rumah lama takde tiles, apalah. Rumah baru ada tiles kaler pink lagi. Heheh.

Tuan rumah baru ni baik hati tapi cerewet gak pasal kebersihan rumah. Dia pasangkan sume bilik dengan kipas siling, pasang kabinet dapur, kasi sofa L-shape, pasang langsir. Haha. Best kan? Tapi berkali2 dia pesan kat kami, "Tolong ye, jaga rumah ni baik2, macam rumah korang sendiri...". Bape kali tah dia ulang. Memang pembersih tol orangnye. Dia pun pesan gak jgn kotorkan sofa tuh. Alamak, dah la kusyen sofa tu kaler kuning iaitu warna cerah. Susah gak tuh. Alamatnye tak duduk la kami atas sofa tu. Wat perhiasan duniawi jela. Nak gantung barang kat dinding pun rasa cam cuak jer.

Untuk kos sewa lori utk angkat barang, kami habis RM360. Jadi RM120 sorang. OK sangat la tu kan? Tak sanggup aku nak mengangkat washing machine, fridge, almari baju kayu, meja2 kayu, TV, dan rak TV tu sendiri. Astro belum dipindahkan lagi dari rumah lama. Ahad ni baru orang Astro datang sbb mlm smlm baru call Astro utk notis pemindahan. Kene wat notis 7 hari sebelum. Tiada cas dikenekan sbb Astro tengah buat promosi sekarang. Tapi ada syaratnye, iaitu kene sambung kontrak selama 1 tahun lagi dan takleh putuskan dalam masa 1 tahun tu.

Dah la Astro takde lagi kat rumah baru, PC pulak buat hal. Windows corrupt. Haha. Alamatnye senyap sunyi lah rumah tu tanpa sebarang bunyi2an kecuali suara aku dan housemate. Kalau ade PC ok la jugak boleh tgk anime ke, main game ke...

Bahana pindah2 ni, lengan dan betisku yang empat kerat ni sumenye sakit2. Maklumlah orang yg jarang buat keje kasar. Dengan kata lain, lembik. Haha. Tapi tetibe rasanya stamina dah meningkat sebab duk memanjat tangga ulang alik angkat barang. Kiranya hari ni hari first pegi keje dari rumah baru. Jalan tak jem pun kat tempat biasanya jem sbb orang lain CUTI dan aku pulak kena KERJA.

Oklah, lain kali akan ku upload gamba2 yang berkenaan. Ni post entry ni kat ofis jadi takleh upload gambar2 abg pengangkut barang yg gagah perkasa, gamba bilikku yg bersepah masa packing kat rmh lama, dan gamba kat rmh baru yg tak berapa kemas lagi.

Apa-apa pun, SELAMAT TAHUN BARU buat semua :)

Thursday, December 25, 2008

Wish List..

Kali ni nak cerita tentang my wishlist. Kenapa tiba-tiba ku buat wishlist? Ha, itu yang kita tak tau tu. Haha. Sudah gila Los dan Faun. Sila tengok ye sape-sape yang tak tengok lagi tu. Rasanya dah takde kat wayang kot. Mungkin boleh download or beli DVD? Sangatla kelakar!


Bukan AKAN DATANG lagi ye. Memang sudah ade di pawagam dah :)



OK OK, back to the question. Kenapa tiba-tiba buat wishlist? Sebab last Friday kami se-department ada makan-makan bulanan. Memandangkan makan-makan kali ni dekat dengan Christmas, jadi aktiviti yang dinamakan Secret Santa diadakan. Setiap orang kena pick one name randomly (mcm cabutan bertuah tu - kita tgk siapa yg kena!) and kena belikan hadiah untuk orang tu. So setiap orang akan ada Secret Santa tersendiri. But before buying anything for that person, kena lah tgk wishlist mereka dahulu. Dan sememangnya kene letak wish list yang logik ye. Takkan dapat punye sebijik Ferrari (contoh).

Susah jugak ku nak membeli hadiah utk org yg ku kene belikan hadiah tu sebab dia tak letak wish list. Terpaksa la suruh orang tanye2 kan. Disebabkan dia ckp nak barang2 kete so aku belikan la perfume kete. Heh :P

Apekah wish list aku? Memula malas nak buat wishlist sbb mcm xde pun kot lagipun nak kene minimum RM20 n limit taktau. Kang buat wishlist mahal pulak. Jadi aku tulis la kat Santa aku nak:

1. Clutch with string (or)
2. Cardigan (or)
3. Hershey's Kisses

Jadi, apa yang aku dpt dari my Secret Santa? Dapat barang dari Famous Amos. Sebiji mug yang tinggi lebih kurang sejengkal berwarna merah n ade corak bulat2 comel dan dlm tu ade Hershey's. Tapi bahagian atas je Hershey's tu (dinampak oleh org) sebab bawah tu (x nampak oleh org) diisi gula-gula kenyal perisa oren jenama Lot 10. Haha. Tapi x mengapa, agaknya my Secret Santa pun tak tau yg coklat Hershey's tu hanya mengambil bahagian sedikit saja dalam mug tersebut sbb bukan dia pun yang pack-kan, kan? Btw, thanks my Secret Santa! (dah tahu sapa, haha). Saya suka mug comel tu :) (sori gamba2 x dapat diupload kerana internet kat rmh ku mahupun opis tak mahu upload gamba jadi sila bayangkan saja perkara2 di atas).

Itu saja cerita saya yang bekerja pada hari Krismas ini. Sekian, terima kasih. Dan Merry Christmas kepada semua yang menyambut Krismas :) dan yang tak sambut, selamat bercuti bergolek2 di rumah.

Thursday, December 18, 2008

Graduation!!....................Lagi

18 months has passed since I was accepted as an associate in my company. 18 months mean I am no longer bonded with the company anymore. I can leave whenever I want. Haha. But that's not going to happen at the moment since I am already billed to a project. And I want to polish my skills and learn as much as possible before moving on :)

There was a ceremony for approx. 40 of us - a 'graduation' ceremony to celebrate completion of our 18 months here yesterday.


KAMI



With Dejah



With Maria


What we get after 18 months of suffering? (Haha). A certificate, some bonus, and salary revision. Not much, but still, Alhamdulillah.



Thanks friends - because of you guys, I am still here today :) You know who you are.

Saturday, December 13, 2008

Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut, tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh, kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Engkaulah wanita istimewa

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Wanita by De Hearty

Friday, December 12, 2008

Addicted


Baru sampai Level 37 :P



This riddle is so addictive! Come on and join me at www.mcgov.co.uk/zahada.html

Monday, December 01, 2008

Once..

We used to be bestfriends..

But now..



..cuz I miss you too.

=(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails