Wednesday, September 24, 2008

It's Tomorrow!!

*winks*

Esok malam balik kampung~~ whee~~

Esok jugak family aku pindah masuk rumah baru~~ whee~~

Tadi pegi PKNS Bangi untuk berbuka puasa bersama housemates kat KFC. Panjang giler orang beratur. Dah azan pun masih panjang lagi. Alhamdulillah sempat beli sebelum berbuka puasa. Aku mkn Zinger n Kak Su makan Colonel burger. And Kak Muni makan nasi kerabu ok. Hahahah. Dahla meja kami tu betul2 depan counter jer, seb baik diorg tak halau hehehe. Diorg tak nampak sebab sehingga kami habis makan baru la counter clear dari pelanggan :D Alhamdulillah.

Tujuan asal pegi sana ialah untuk Kak Su beli souvenir untuk orang2 yang tlg buat survey dia. Kak Su ni amik MBA kat UKM. And aku pulak nak beli kerongsang untuk Kak Ngah. Dia dh pesan awal2 beli kerongsang kaler coklat - tema 1st day raya tahun ni :D

So lepas mengerjakan solat Maghrib di sana, aku n Kak Su berpecah untuk mencapai objektif masing2. Aku ke kedai kerongsang n dia g bahagian stationary. Memula ingat nak beli kerongsang untuk Kak Ngah je, n mungkin jugak untuk bakal mak mertuaku tapi aku ended up beli kerongsang untuk semua adik beradik perempuan aku n bakal mak mertua. Hehe. Puas ati sebab lawa2 semuanya :) Ni kali ketiga dh beli kerongsang kat situ. Tadi semua sekali habis RM115 :P

Last week aku dapat kasut raya baru dari bakal mak mertua aku. Hihi. Hepinye! Dapat pilih sendiri lak tuh. Kalo beli sendiri, takdenya aku nak beli yg harga tu walalupun dh kira murah dh harga kasut tu di kalangan kasut2 lain di kedai tu ;) Bakal mak mertua ku ckp, sebab bakal ayah mertua ku dapat bonus bulan ni, dia belanja semua anak2nya termasukla aku yang sipi2 nk jadi anaknya :D Alhamdulillah murah rezeki. Salah satu sebab aku belikan kerongsang utk bakal mak mertua ialah sebab dia belanja kasut tu lah :D n dia memang selalu kasi macam2 kat aku pon. Haha. Dahla masa birthday dia aku x kasi pape lagi. So oleh semua sebab2 tu, aku belikanla satu kerongsang utk dia yg bertema coklat juga. Hope she'll like it :)

So, mari tengok checklist ku seblom balik kampung:

[1] Servis kete checked
[2] Beli kerongsang checked
[3] Basuh baju checked
[4] Selendang sampai from GuntingStore checked
[5] Transfer installer games ke dlm removable hard disk untuk adik2 unchecked

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami pulang ke kampung esok hari, Ameen.

Tuesday, September 23, 2008

Sebuah rumah baru dan sebuah rumah lama

It is 7 days away from Raya. I can't really wait to go back home in Besut. I am counting days, hours, and minute waiting for this Thursday to come. Yes, this Thursday nite after Isyak insyaAllah I'll be going back with my pakcik and cousin by my car. Mula2 fetch my cousin kat Uniten, then g airport amik pakcik yg belajar kat Unimas, then zasss trus balik Ganu! Hihi.

Going back this time, there'll be a lot to do. My family is moving into our new house this Thursday. Right now everything is done except for cermin tingkap. It is a rush jugak since tuan rumah yg kami tumpang skrg ni nak masuk rumah tu balik on Ahad for Raya. So mcm2 mana pun kene pindah gak barang, paling lambat hari Khamis sebab ari Jumaat leh kemas rumah baru kitorg n hari Sabtu kene basuh rumah yg kami tumpang tuh. Fuh!! Dengarkan aje dh boleh bayangkan kepenatannya! Dengan puasanya lagi, dengan nak raya nye lagi..Wuu~ Kene amik ecstacy cmnih :P

This time around, I'll be having a long holiday of Raya. It's from 26th September till 5th October. Hehe. Balas dendam coz last time Raya sekejap je kat kampung. Apply leave 4 hari walaupun remaining leave aku ialah 3.29 hari je. Jadi 1 hari loss of pay T_T. Tapi takpe, asalkan dapat berlama2 dengan family di hari raya, dan lebih2 lagi di rumah baru!!! :D

Seriously, memang tak sabar sangat nak duk umah baru. Dulu aku selalu ckp kat parents suruh buat rumah baru. Aku nak ade bilik sendiri, yang lebih luas dan selesa untuk kami semua. And aku takkan dapat kawin selagi rumah tak buat baru. Hehe. Rumah lama kami rumah kayu yang dibina oleh arwah moyang aku tanpa menggunakan teknologi canggih. Aku masih ingat masa kami buat renovation kat rumah lama tu dulu. Selari dengan tiang lama kat pintu utama rumah tu ade tiang baru untuk porch. Disebabkan tiang baru tu menggunakan teknologi terkini yang mana memang diyakini tegak dan stabil, bila dibandingkan tiang lama n tiang baru, tiang lama tu rupa2nya senget!! Kami memang tak penah perasan pun bende tuh walaupun rumah tu telah diduduki oleh banyak generasi. Masa tu aku dah stat cuak takut umah tu akan runtuh tak lama lagi. Tapi smpi skang tak runtuh2 gak sampaila diruntuhkan untuk buat rumah baru skang ni ;) Alhamdulillah~

Umah lama aku tu aku rasa part paling sedih ialah dapur. Penah satu ketika dulu bumbung kat dapur tercabut sebab ade ribut. Pastu sistem pengairan kat umah tu pun kurang sempurna. Kalo jalan kat dapur kene jalan slow2 sebab nanti bunyi mcm nak runtuh. Hehe. Tetibe terasa duduk di rumah lama tu challenging. Barang kat rumah tu pulak banyak, tak padan ngan kebesaran rumah tu aku rasa. Biasalah tu mak aku, mestila nak yang terbaik untuk rumah kami :) Bilik kat rumah lama pulak ade 3 je. 1 bilik parents + adik ke-5 + adik ke-6 (bongsu), 1 bilik aku + k.ngah + atim + k.chik, n satu lagi bilik sembahyang/baju/dokumen2 abah yang takde katil. Kesimpulannya keempat2 anak dara Ahmad Suhaidi ni akan tidur satu bilik yang tak berapa besar, yang ada 1 katil 2 tingkat yg kat bawah sebesar queen n kat atas sebesar katil single. Jadi sorang akn tidur di atas, 2 akan tidur di bawah n sorg akan tidur d lantai (volunteer) kalau semua org ade kat rumah. Kalau hari2 biasa, ada 2 orang budak kecik tu jer kat rumah since semua duduk asrama/kerja, jadi bilik aku akan kosong je lah.

What I wil miss the most about our former house is that it has a beautiful and larger front yard. Although we seldom spend our family time there but looking at it will make my heart warm. Lamanku sungguh hijau sebab dipenuhi oleh rumput cantek ;) Kami pernah menang tempat ke-3 dalam satu pertandingan lanskap laman di kampung :D Disebabkan ruang yang terhad, dan rumah baru kami lebih besar, halaman rumah kami kini lebih kecil. Aku harap halaman rumahku nanti akan cantik walaupun kecil :)


Thursday, September 18, 2008

Chenta

Aisaretai demo aisou to shinai
I want to be loved, but you don't seem to love me
Sono kurikaeshi no naka wo samayotte
I wander about, within that repetition
Boku ga mitsuketa kotae wa hitotsu
I found a single answer
Kowakutatte kizutsuitatte
Even scared, and even hurt
Suki na hito ni wa suki tte tsutaerunda
I can tell the person that I love “I love you”

Anata ga boku wo aishiteru ka aishitenai ka
Do you love me? Do you not love me?
Nante koto wa mou docchi demo ii n da
It doesn’t matter to me either way
Donna ni negai nozomou ga
No matter how much I wish for it
Kono sekai ni wa kaerarenu mono ga takusan aru darou
There are a lot of things in this world that can’t be changed
Sou soshite boku ga anata wo aishiteru to iu jijitsu dake wa
That’s right, and only the fact that I love you
Dare ni mo kaerarenu shinjitsu dakara
Is a truth that’s unchangeable by anyone

Sen no yoru wo koete
Passing through one thousand nights
Anata ni tsutaetai
I want to tell you
Tsutaenakya naranai koto ga aru
There’s something that I have to tell you
Aisaretai demo aisou to shinai
I want to be loved, but you don’t seem to love me
Sono kurikaeshi no naka wo samayotte
I wander about, within that repetition
Boku ga mitsuketa kotae wa hitotsu
I found a single answer
Kowakutatte kizutsuitatte
Even scared, and even hurt
Suki na hito ni wa suki tte tsutaeru n da
I can tell the person that I love “I love you”
Kimochi wo kotoba ni suru no wa kowai yo demo
Putting my feelings into words is scary, but
Suki na hito ni wa suki tte tsutaeru n da
I can tell the person that I love “I love you”

Kono hiroi sekai de meguri au yorokobi wo kotoba jya ii arawasenai ne
I can’t express in words, the joy of meeting you in this big world
Dakara bokutachi wa hohoemi
So we smile, singing about the autumn
Iro azayaka ni sugiru aki wo DOREMI de utatte
That passes by in vivid colours, with a “do-re-mi”
Fuyu wo se ni haru no komorebi wo machi
We turn our backs on the winter, waiting for the sunlight streaming through the trees in spring
Atarashiku umare kawaru dareka wo mamoreru youni to
And are reborn again anew, so that we can protect someone

Kita michi to yukisaki furikaereba itsu demo
When I looked back on the path that I came down, and my destination,
Okubyou na me wo shite ita boku
I would always do it with timid eyes
Mukiaitai demo sunao ni narenai
I want to face you, but I can’t be honest
Massugu ni aite wo ai senai hibi wo
I, who repeatedly went through days of not being able to love his partner honestly
Kurikaeshite wa hitori bocchi wo iyagatte ano hi no boku wa
And hated being alone on that day
Mukizu na mama de hito wo aisou to shite ita
Seemed to love people in a flawless way

Sen no yoru wo koete
Passing through one thousand nights,
Ima anata ni ai ni ikou
I want to tell you
Tsutaenakya naranai koto ga aru
There’s something that I have to tell you
Aisaretai demo aisou to shinai
I want to be loved, but you don’t seem to love me
Sono kurikaeshi no naka wo samayou tte
I wander about, within that repetition
Boku ga mitsuketa kotae wa hitotsu
I found a single answer
Kowakutatte kizutsuitatte
Even scared, and even hurt
Suki na hito ni wa suki tte tsutaeru n da
I can tell the person that I love “I love you”
Sono omoi ga kanawanakutatte suki na hito ni suki tte tsutaeru
Even if those feelings don’t come true, I can tell the person that I love “I love you”
Sore wa kono sekai de ichiban suteki na koto sa
And that’s the most wonderful thing in the world



*Sen No Yoru Wo Koete by Aqua Timez*
(Ending song for Bleach Movie Memories of Nobody)

Apabila kita memberi cinta, tidak semestinya kita akan menerima kembali cinta.
Cintailah seseorang tanpa mengharap apa-apa balasan darinya.
Apa yang penting ialah, dia yang kita cintai itu merasai cinta yang kita beri.
Dan itulah perkara yang paling indah di dunia.

Wednesday, September 17, 2008

Ohh..Aku telah di-tag!

1. Name one person who made you laugh last night?
Gajahchan

2. What were you doing at 0800?
Just woke up

3. What were you doing 30 minutes ago?
Internet surfing

4. What happened to you in 2006?
Undergoing industrial internship, got to know kakak-kakak yang bes kat Freescale n bermulanya cerita cinta aku dan dirinya.haha

5. What was the last thing you said out loud?
Can't remember..

6. How many beverages did you have today?
None. I am fasting~

7.What color is your hairbrush?
Blue + transparent

8. What was the last thing you paid for?
Tudung at guntingstore.blogspot.com :)





9. Where were you last night?
Home, tried to sleep early but ended up sleeping at 12

10. What color is your front door?
Orange

11. Where do you keep your change?
Purse

12. What’s the weather like today?
Sunny all day

13. What’s the best ice-cream flavor?
Chocolate or tropicana (lime with vanilla inside)

14. What excites you?
Babies n toddlers!! n anything cute

15. Do you want to cut your hair?
Nope. Just had a haircut last weekend :)

16. Are you over the age of 25?
Next 3 years, yes

17. Do you talk a lot?
Yes, with people that I am comfortable with

18. Do you watch the O.C ?
Nope

19. Do you know anyone named Steven?
Cat Steven

20. Do you make up your own words?
Err..yes lah kot

21. Are you a jealous person?
Yes when I can't think properly :D

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘ A ‘?
Amir :P

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘ K ‘?
Kamilla Adam Cheah

24. Who’s the first person on your received call list?
Che Long

25. What does the last text message your received say?
"Hehe, abg lyn anime dulu ek. Arap2 jalan tak jem gak :P"

26. Do you chew on your straw?
When I was small, yes :D

27. Do you have curly hair?
Nope

28. Where’s the next place you’re going to?
Erm..tomorrow morning..to work ~.~

29. Who’s the rudest person in life?
Hmm..bersangka baik di bulan Ramadhan

30. What was the last thing you ate?
Sahur. I ate ikan masak asam pedas :P~

31. Will you get married in the future?
Next year, InsyaAllah :)

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
Wall-e

33. Is there anyone you like right now?
Gajahchan

34. When was the last time you did the last wishes?
About an hour ago. I wished that there'll be no traffic jam on my way home

35. Are you currently depressed?
I am tired. Waiting for azan Maghrib to break fast :D

36. Did you cry today?
Nope

37. Why did you answer and post ni?
To kill time :D

38. Tag 5 people who would do this survey
Anyone

Pics of tudungs taken from guntingstore.blogspot.com

Sunday, September 07, 2008

Budget Majlis Pertunangan


Assalamualaikum..

Kali ni nak wat sedikit budget ku sewaktu ku bertunang haritu. Semoga menjadi panduan kepada anda yang mahu melangsungkan majlis pertunangan :)

1. Baju Pertunangan


Kain baju ni dibeli di Jakel, KL.Satu set (perempuan dan lelaki) berharga RM380. Untuk perempuan, ada 2 jenis kain iaitu 4 meter satin dan 2 meter lace, manakala untuk lelaki pula 4.5 meter kain satin sahaja.

Tempahan baju pertunangan ini pula dibuat di Kuala Besut. Baju kurung moden untuk baju ini hanya di cas RM70 sahaja :) Kalo nak kontek makcik tu, sila hubungi daku yer :P Makcik tu terer menjahit wooo :D

2. Persalinan Akad Nikah

Persalinan akad nikah adalah salah satu dari hantaran untuk diberi kepada pihak lelaki. Dibeli di Jakel KL juge, satu set berharga RM370. Macam baju tunang tu jugak, ade 4 meter satin dan 2 meter organza utk perempuan n lelaki pulak 4.5 meter satin.



3. Songket

Songket utk dipakai sebagai samping ni jugak ialah salah satu hantaran kepada pihak lelaki. Dibeli di Kuala Terengganu (lupe nama kedai, tapi bukan kat Pasar Payang), harganya RM230. Abah ckp kat kedai tu lebih murah berbanding di Pasar Payang sebab kat situ adalah pembekal songket~



4. Pelamin & Make Up


Orang yang setupkan pelamin n make up adalah dari Astana Andaman Pengantin. Tuan punya kedai ni ialah Puan Sabariah atau lebih mesra dipanggil Kak Saba. Dia buat keje dengan anak perempuannya. Kedai dia dekat ngn rumahku, lebih kurang 10 min naik kete. Alamat kedainya adalah PT 3221, Taman D'Lahar, Kota Putra 22200 Besut, Trg. Kak Saba sudah mempunyai 2 tahun pengalaman dlm bidang ini. Inilah hasil makeupnya kepadaku :P


Makeupku yang tanpa mencukur bulu kening n x memakai bulu mata palsu ;)



Selendang pandangan dari atas


Tudung yang kupakai itu ialah kepunyaan mak ku. Dari Indonesia, harganya RM100++. (Masa majlis tu, ramai tanye pasal tudung ni..huhu). Harga utk pelamin, makeup, dulang, alas dulang, dan selendang ialah RM300.

5. Sejadah


Merupakan salah satu barang hantaran utk lelaki. Dibeli di Jaafar Rawas, KB berharga RM40.

6. Sireh Junjung


Sireh junjung juga merupakan salah satu hantaran utk lelaki. Kos untuk sireh junjung ialah RM18. Dibuat oleh seorang makcik kat kampung ku.

7. Kek Lapis


Kek lapis dlm kotak transparent


Kek Lapis Sarawak ni dibuat oleh orang kampungku gak..tapi yang ni mahal sket dari yang lain-lain. RM150 harganya. Tapi sedap la :D

8. Buah Naga


Buah naga ni harga di kampung lebih murah berbanding dengan yang dibeli di bandar. Menurut Abah, buah naga ni ada gred2 tersendiri (A,B,C etc.). So utk hantaran, kos buah naga ni ialah RM35 untuk memenuhi bakul seperti di dalam gambar di atas ;)

9. Kotak-kotak & Bakul Hantaran



3 kotak mengkuang, 2 kotak transparent, dan 1 bakul hantaran ni semuanya ditempah dari Pengkalan Kubur, Kelantan. Kos untuk kesemua barang ini ialah RM162.

10. Lain-lain

Makanan untuk tetamu telah disponsor oleh Abah dan Ummi dan sebahagiannya di sponsor oleh nenek dan makcik-makcikku. Puding gula merah untuk hantaran juga disponsor (dibuat) oleh makcikku. Fotografer ialah pakcikku (free). Hehe. Tempat pula, seperti anda semua tahu, tidak dibuat di rumah kerana rumahku dlm proses pembinaan. InsyaAllah minggu hadapan akan siap. Jadi tempat pertunangan adalah di rumah/pejabat pakcik dan makcikku di Pengkalan Nyireh (Mix Target Sdn Bhd).

Itu sahaja untuk kali ini, semoga pembaca2 mendapat manfaat dari entry ini. Sekian :)

Friday, September 05, 2008

Berbuka Puasa @ Pantai Bagan Lalang with officemates~

Assalamualaikum.

3 September lalu, selepas kerja, aku dan 21 org officemates yg laen telah berbuka puasa di Pantai Bagan Lalang. Perjalanan dari ofisku di Cyberjaya ke sana mengambil masa selama lebih kurang 1 jam (plus salah jalan n amik sorg lg kat umah dia otw g pantai gak). Pantai Bagan Lalang ni kat Sepang kalo korang tak tau. Dan juga dekat ngan Sepang Goldcoast. Memula x tau pun Bagan Lalang ni sebenarnye sebuah pantai :P Semua sekali ada 6 buah kereta n jalan ke situ ditunjukkan oleh Cik Dalia.

Perjalanan ke sana mula2 tu rasa jauh gak sebab pakai jalan dalam, jalan bengkang bengkok n mcm nak gi ceruk mane je. Heheh. Kami lalu jalan yang nak g LCCT tuh. Ada lalu litar F1 Sepang, ladang kelapa sawit, ada nampak monyet2 yang banyak kat tepi jalan. Tapi bila sampai tu bes sgt sebab dh nampak pantai~ Sebenarnye x penah terduga olehku akan pergi ke pantai di negeri Selangor ini. Heheh. Aku yang penggemar pantai ini, walalupun kat kampung duk dekat ngn pantai tp sejak bulan Mac haritu tak sempat nak gi jenguk pantai yg dekat ngn umah tu. Jadi bila smpi kat Bagan Lalang ni, rasa excited gile, plus nak makan seafood yg byk. Whee~~

Cara membeli mknn kat situ ialah dengan memilih seafood yang segar2 yg ada (ikan, sotong, udang, ketam, kerang, dll) n timbang (harga ikut 100gm) n nnt dia masakkan utk kita. Sementara tunggu diorang masak, kami g bersuka ria kat pantai, amik2 gamba. Walaupun kamera yang kubawa khas utk amik gamba kat sana abes bateri sebaik sahaja sampai ke destinasi, aku masih ada fon utk amik gamba. Alhamdulillah reliable gak rupenye fon ni. Sblm ni xpnah lak amik gmbr dr fon n edit2 bersungguh. Haha. So inilah hasilnya...





Kalau nak tgk gamba lebih clear, sila ke fotopage saya ye.

Apa yang membuatkan aku hepi sangat ialah apabila tengok sepanjang pesisir pantai tu, x nampak org lain pun selain kitorg. Seronok gile! Rasa cam pantai private laks :D

Dh nk masuk maghrib, kami kembali ke kedai tu semula. Usai azan Maghrib, berbuka dengan kurma n air masak n terus ke surau kat belakang kedai tu utk sembahyang Maghrib. Lepas tu baru la melantak + amik2 gamba lagi smpi kul 9 lebih. Bila ditotalkan dan dibahagi 22 orang, sorang kene bayar RM22.

Kul 9 lebih baru bertolak balik ke ofis utk amik kete n balik umah. Fuh.. Penat giler tapi worth it. Sebab rasa cam hepi sangat. Aku jarang sebenarnye menghabiskan duit yang banyak utk makanan selain mkn mcm kat pizza hut ke..Secret Recipe ke..(termasuk dlm golongan mahal bagi aku ehehhe). Aku juga sorang calon yang tak bagus utk dibawak ke tempat makanan buffet sebab aku makan sikit (mulut n perut kecik :P). Nanti x worth it plak dengan bayaran :P So itu sahaja bebelan aku pada kali ini. Selamat meneruskan baki 5/6 puasa di bulan Al-Quran ini :)

Nad Says:
Gamba2 dari fon are inspired by Encik Ezwan yang membuktikan amik gamba dengan fon pon lawa kalo cukup skills :)

Monday, September 01, 2008

KL Butterfly Park - Aug 1, 2008

Hari itu, selepas solat Jumaat, Encik Gaj membawaku ke KL Butterfly Park untuk snap sedikit gambar. Ianya terletak di Jalan Parlimen, berdekatan dengan Masjid Negara, KL Bird Park, Taman Tasik Perdana, dan Planetarium Negara.

Ini adalah Butterfly Park kedua yang pernah aku lawati selain dari Butterfly Park di Cameron Highlands. Bayaran untuk masuk orang dewasa warganegara Malaysia ialah RM8. Caj membawa kamera adalah RM1. Walaupun kebanyakan website ada menyatakan bahawa bayaran masuk ke situ untuk dewasa warganegara Malaysia ialah RM5, namun mungkin kerana kesan kenaikan harga petrol baru-baru ini, harganya telah dinaikkan.

Kawasan di dalam KL Butterfly Park ini agak luas berbanding dengan Cameron Highland's. Ianya penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang berbunga untuk menarik perhatian rama-rama dan kupu-kupu yang ada. Terdapat banyak anak tangga yang perlu dinaiki dan dituruni untuk mengalami sendiri setiap ceruk kawasan tersebut. Struktur tanah di situ yang agak berbukit menjadikan pemandangan di situ agak cantik, ditambah pula dengan kolam-kolam ikan dan air pancut yang ada.


Namun, apa yang agak mengecewakan kami, serangga-serangga yang sepatutnya ada di situ iaitu rama-rama dan kupu-kupu tidak sebanyak yang kami dapat lihat di Cameron Highland Butterfly Park walaupun kawasan di KL Butterfly Park adalah lebih besar. Jadi, kami banyak meng-snap gambar kami berdua sahaja. :P




Sebenarnya aku takutkan rama-rama. Haha



Ok. Ok. Enough of butterflies. Let us go back!


Ok la, aku letak la jugak sket gamba rama-rama yang ada. Gambar-gambar di bawah ini diambil dari Fotopage Encik Gaj.




Sekian, terima kasih.

Nad Says:
Selamat menyambut Ramadhan untuk semua~ Hari ini sudah 1 September, terasa seperti semalam baru menyambut tahun baru 2008.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails