Saturday, May 31, 2008

Ke Beijing Si Dia Pergi

Baru saja pulang dari airport setelah menghantar si dia dan family. Si dia dan family ke Beijing, penerbangan jam 00:00 tadi. Harapan agar mereka semua selamat tiba di destinasi. Mereka pergi bersama rombongan. Ramai juga tadi family2 yang menyertai. Lawatan itu berlangsung selama 5 hari, insyaAllah 5 Jun nanti pulanglah mereka ke tanah air.

Mahu saja kuikut si dia pergi. Kerana belum tentu dapat berhubung ketika si dia di sana. Tak mengapalah, hanya doa yang dapat kupanjatkan agar si dia dan rombongan selamat ketika berada di sana.

Si dia tak pernah cuti panjang sejak si dia bekerja pada November tahun lalu. Kali ini dia mengambil cuti panjang untuk ke sana. Harapanku agar cuti-cuti nya ini dapat melegakan tekanan di tempat kerja kerna ku tahu macam mana rutin kerja dan permasalahan yang dihadapinya sebagai seorang eksekutif di Human Resource department.


Itu saja entri untuk kali ini. Ringkas sahaja kerana hidung tersumbat dan kepala pula terasa berat. Selamat malam.

Monday, May 26, 2008

Majlis Kahwin, Majlis Tunang, dan Announcement~

Sabtu, 24 Mei 2008 - Ke majlis perkahwinan sepupu Encik Gaj di Shah Alam. Dilangsungkan di dewan MBSA Seksyen 11. Meriah..lagipun ada 2 pasang pengantin. Datuk Datin ramai gak yang datang. Aku pergi bukan sebagai sekadar seorang tetamu tetapi juga turut membantu menjadi penyambut tetamu di pintu masuk dewan.

Bersama Noi, sepupu Encik Gaj yang comel~


Tapi apa yang lebih menariknya, sesampainya aku kat sana, aku diperkenalkan kat semua sedare mara, makcik, pakcik, dan sepupu Encik Gaj. Hehe.. Ramai sangat. Almaklumlah, adik beradik emak Encik Gaj ada 13 orang.. Tu belum masuk sepupu sepapat lagi tuh. Ada yang dh berkeluarga dan ade yang kecik lagi kiut miut. Ada yang aku dh kenal dan ade yang baru je kenal masa tuh. Tapi diorang baik hati dan peramah. Jadi mudahla mesra ngan diorg walaupun pertama kali jumpa :)


Bersama Dina, adik si Noi yang comel gak :)


Ada yang nak amik gambar ngan aku, ada yang kasi lampu ijau kat kitorang, ada jugak yang menyakat aku. Hehe. Sebenarnya, tarikh pertunangan kami sudah ditetapkan pada 18 Ogos ini. Jadi waktu waktu mak Encik Gaj perkenalkan aku, dia cakap "Inila Nurul..bakal tunang Amir.." heheh.. Memang kene perkenalkan pun..sebab dalam family, kiranya next event adalah majlis tunang aku dan Encik Gaj :) Jadi untuk rakan-rakan yang masih belum tau lagi, lebey kurang 3 bulan lagi majlis pertunangan kitorg. InsyaAllah :)


Ahad, 25 Mei 2008 - Ke Majlis Pertunangan Chemun & Paceek di Sri Kembangan. Majlisnya dijadualkan bermula pada 2 petang, aku dan mak Encik Gaj tiba pada jam 2:10, naseb baik majlis lom start lagi. Hehe. Sampai2 je terus jumpa Chemun. Berseri2 wajahnya berbaju kebaya cream :) Setelah rombongan lelaki dr rumah depan tiba, bincang2, sarung cincin risik n tunang, makan, cabut~ hehe. Aku dan mak Encik Gaj balik awal sebab nak gi Rawang gi amik adik Encik Gaj kat SEPINTAR sebab dah stat cuti skolah. Kepada Encik Zamani dan Cik Siti Munirah, terima kasih kerana menjemput daku~ Tahniah atas pertunangan korang dan semoga selamat ke jinjang pelamin. Amin :)

Next time turn kami plak :P

Monday, May 19, 2008

ITISJan03 BBQ @ Sungai Buloh

Ahad, 18 Mei 2008: Seronok sungguh berjumpa kawan-kawan masa gathering. Walaupun sesat-sesat nak pegi rumah Mat kat Sungai Buloh, tapi ia tidak melumpuhkan aktiviti ITISJan03. Walaupun tak semua dapat hadir tapi ramai gak yang datang. 19 orang kesemuanya. Mereka yang hadir adalah seperti di dalam gambar ni termasukla Adek yang separuh jer gambarnye masuk :P Bkn salah aku ek..haha..Kami juga ada 2 org lagi kawan yang bukan batch kami tapi tiada dalam gambar. Hehe. Thanks Mat meminjamkan rumahmu sementara untuk kami :P Ada masa kami datang lagi yer~

Kami yang comel-comel belaka dan ceria sebab dah kenyang~

Saturday, May 17, 2008

Cerita Tow Truck


Pernahkah anda menaiki tow truck?

Alkisahnya bermula sewaktu aku bangun tidur pada jam 11 pagi (hehehe). Encik Gaj menelefonku untuk mengajakku ke Rawang untuk melawat adik perempuannya yang paling bongsu di sekolahnya. Kami bertolak dari Bangi pada jam 12 tengahari. Sebelum ke Rawang, kami menuju ke Kampung Pandan terlebih dahulu kerana Encik Gaj ingin menyelesaikan bil rumah sewa milik keluarganya di sana. Setelah setelah itu, kami menuju ke Rawang dengan riang gembira.

Sesampainya di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR) pada jam 2 petang, kami menemui adik Encik Gaj, Izzaty. Kami berborak dan makan Burger King yang dibeli di dalam perjalanan tadi bersama-sama. Setelah kenyang, kami menunaikan solat Zohor di surau sekolah itu. Ketika mahu pulang, kereta yang kami naiki itu didapati rosak. Kereta itu tidak mahu reverse atau kedepan walaupun sudah menukar gear. Ia tetap statik di situ sahaja walaupun sudah menekan pedal minyak. Percubaan beberapa kali juga tidak berjaya dilakukan pada kereta bertransmisi automatik itu.

Lalu Encik Gaj yang sudah resah gelisah itu menghubungi ayahnya yang berada di Bintulu. Ayahnya menyuruhnya mematikan enjin dan mencuba lagi, namun juga tidak berjaya. Ayahnya menelefon kenalan di Puchong yang mempunyai bengkel di sana untuk datang dan melihat keadaan kereta tersebut. Setelah menunggu selama lebih kurang 40 minit, mereka tiba di tempat kejadian. Mereka telah memeriksa apa-apa yang patut namun mereka tidak dapat menolong.

Kerana kereta itu memang tidak dapat membawa kami pulang lagi, Encik Gaj menguruskan hal-hal untuk tow keretanya ke bengkel di Puchong untuk menukar gearbox, iaitu atas arahan ayahnya. Setelah berhubung dengan orang insuran dan sebagainya, akhirnya tow truck sampai untuk mengambil kami dan kereta pada jam 6:30 petang. Ya, itulah pertama kali kami berdua naik tow truck. Kami selamat sampai di bengkel di Puchong pada jam 7:30 malam. Setelah makan malam di gerai yang berdekatan, adik Encik Gaj iaitu Anaz telah membawa kami balik ke rumah. Kami selamat sampai di Bangi pada jam 9 malam. Alhamdulillah.

Ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Walaupun kepenatan, dan juga kebosanan menunggu, aku merasakan ianya suatu kenangan manis bersama orang tersayang =)

P/S: Terima kasih padamu kerana banyak bersabar hari ini. Aku tahu ia amat susah namun kamu tetap berjaya melakukannya. Aku bangga sama kamu. Aku harap kamu akan kekalkannya, kerana ia membuat aku lebih cinta lagi sama kamu ;)

Menjaga Hati

"Masih tertinggal bayanganmu
Yang telah membekas di relung hatiku

Hujan tanpa henti seolah pertanda
Cinta tak di sini lagi
Kau tlah berpaling

Biarkan aku menjaga perasaan ini, ohh..
Menjaga segenap cinta yang telah kau beri
Engkau pergi, aku takkan pergi
Kau menjauh, aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
(Sejujurnya diriku masih mengharapkanmu)

Masih adakah cahaya rindumu
Yang dulu selalu cerminkan hatimu
Aku takkan bisa menghapus dirimu
Meski ku lihat kini kau di seberang sana

Andai akhirnya kau tak juga kembali
Aku tetap sendiri menjaga hati"

-a song by Yovie & Nuno


Tidak tahu kenapa, aku sukakan lagu ini terutama sekali bait-bait liriknya. It's not that I want my ex-back. No, definitely not. Tapi pada aku lagu ini menceritakan tentang kesetiaan seseorang kepada kekasih hatinya; walaupun kekasihnya sudah meninggalkan dia. It's quite a sad song. Masih menanti dan menanti. Dengan penuh kesabaran. Sehingga si dia pulang ke pangkuan.

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru!

16 Mei setiap tahun pasti suatu tarikh yang bermakna buat insan yang bergelar guru. Ia diraikan setiap tahun di sekolah-sekolah sebagai tanda mengenang jasa-jasa sang guru. Setiap manusia pasti ada kaitan dengan insan ini. Tidak kiralah kita bersekolah atau tidak, kita tetap ada guru dalam hidup kita.

Guru adalah orang yang memberi tunjuk ajar kepada kita. Tidak kiralah dari segi akademik, fizikal, rohani, emosi, juga dikira sebagai guru. Ya, ibu bapa adalah guru sebenar kita. Merekalah yang mengajar dan membimbing kita secara tidak langsung dari aspek akademik. Mereka jugalah yang memberi tunjuk ajar tentang kehidupan, agama, dan keperibadian diri kita. Guru di sekolah adalah guru kedua kita sebenarnya. Merekalah yang kita panggil 'cikgu'. Pensyarah kita di kolej juga merupakan guru kita. Kerana bimbingan merekalah kita dapat menjadi graduan yang berkualiti. Tidak ketinggalan, rakan-rakan seperjuangan kita. Mereka juga adalah guru kita. Jika mereka menyampaikan ilmu kepada kita, ya, mereka layak digelar guru. Mereka patut dihormati sepertimana guru yang kita gelar 'cikgu' dan guru kita di rumah.

Sudahkah anda mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada guru-guru anda?

"Selamat Hari Guru, Cikgu Aziah. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku dan mendidikku sehingga menjadi insan yang berguna. Terima kasih atas segala pengorbanan dan tunjuk ajarmu yang membuatku lebih mengenal erti sebuah kehidupan. Terima kasih, cikgu. Terima kasih, cikgu. Jasamu akan tetap kukenang." - SMS untuk Cikgu Aziah, bekas cikgu Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut, Terengganu.

"Happy Teachers' Day! Thank you for being the light in my journey of darkness. You led my way. Because of you, I am what I am today. Thanks a million! Definitely the memory of you will be carried all the way throughout my journey of life. Terima kasih, Cikgu!" - SMS untuk Teacher Wan Saupina, bekas cikgu Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut, Terengganu.


Give a man a fish and you feed him for a day; teach a man how to fish and you feed him for a lifetime. - Dr. S. Radhakrishnan.

Aku Rindu Rumahku

Sudah lebih kurang 2 minggu Abah dan kadangkala Kak Ngah akan menghantarkan gambar rumah kami di kampung yang dalam pembinaan. Ya, kami akan tinggal di rumah baru! Sudah lama kuimpikan rumah yang lebih selesa untuk keluargaku yang ahlinya 8 orang semuanya. Alhamdulillah, nampaknya harapanku itu bakal menjadi realiti tidak lama lagi. Menurut jadual, ia akan siap pada bulan September nanti. Mungkin juga sebelum bulan Ramadhan, kerana tentunya keluargaku tidak larat untuk mengangkut barang-barang ke rumah semula ketika sedang berpuasa.


Untuk pengetahuan pembaca, rumah yang bakal siap itu sedang dibina di atas tapak rumah kami yang kami duduki. Jadi kami terpaksalah berpindah ke rumah lain sebentar untuk merobohkan rumah lama dan memberi laluan kepada rumah baru. Buat sementara waktu, barang-barang dari rumah diletakkan di rumah Nenekku di sebelah rumahku dan juga di rumah yang keluargaku duduki sekarang ini iaitu rumah jiran kami yang kosong: di belakang rumahku saja :P Walaupun dekat, tetapi aku pasti ia memakan masa dan memerlukan tenaga kerja yang banyak. Sudah tentu memenatkan dan buat Ummi ku, pastinya agak kelam kabut dibuatnya. Ummi sudahpun melalui saat-saat itu sewaktu berpindah ke rumah yang kami duduki sekarang ini. Beberapa bulan lagi, terpaksalah melalui perkara yang sama lagi apabila rumah kami sudah siap. Tapi waktu itu semangat sudah tentu membara dan perasaan berbunga-bunga kerana teruja untuk menduduki rumah baru :)


Hampir sebulan yang lalu proses pembinan telah bermula, termasuklah proses merobohkan rumahku yang asal yang dibina dari kayu. Terasa sayang pula akan rumah itu kerana rumah batu baruku nanti tidak melambangkan rumah kampung sepertimana rumah asalku. Rumah kayu ku itu, walaupun agak kecil untuk keluargaku, telah dibina oleh moyangku sendiri, tanpa teknologi moden, namun ia tetap gagah sampailah ke beberapa generasi. Aku sebenarnya sungguh bangga dengan rumah itu. Namun apakan daya, masa berlalu, perubahan perlu dilakukan untuk memenuhi kehendak semasa keluargaku. Walau apapun, jasa rumah kayu ku itu akan tetap aku ingati.

Aku masih mencari masa yang sesuai untuk pulang ke kampung menjengah keluarga dan melihat sendiri progres rumah baruku. Namun ada beberapa perkara yang perlu aku selesaikan disini dahulu sebelum pulang ke kampung. Sesungguhnya aku sangat teruja~

Thursday, May 15, 2008

Satu Dua Tiga Empat

Satu, kasih nan abadi
Tiada tandingi, Dia Yang Satu
Dua, sayang berpanjangan
Membawa ke syurga, kasihnya Ibu
Tiga, lapar dan dahaga
Rela berpayahan, setianya Ayah
Empat, mudah kau ketemu
Berhati selalu, beza antara kasih dan kekasih
Ibu, kuingat dahulu
Menyisir rambutku, kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang, dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan, harus kau renungkan
Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara

Wednesday, May 14, 2008

Cerita di Pejabat

Informatica Training

Bermula Isnin lepas hingga hari ini, aku menyertai Informatica Training yang telah dikendalikan dari India oleh seorang associate dari sana. Bakal Project Manager ku telah mengaturkan training ini kerana kami akan menggunakan Informatica untuk projek kami nanti. Oleh kerana perbezaan waktu selama lebih kurang 2 jam setengah, training itu dijadualkan bermula pada jam 1:30 tengahari sehingga 7:30 petang waktu Malaysia iaitu 11:30 pagi hingga 5:30 petang waktu India. Training ini akan berakhir esok. Hari Jumaat pula mungkin akan ada hands-on training.

Aku agak teruja untuk belajar new ETL tool sebenarnya. Tapi setelah 3 hari ber-training, aku rasa agak kecewa kerana aku kurang faham dengan Bahasa Inggeris nya yang bagiku terlalu dipengaruhi loghat negaranya. Tambahan pula cara dia berkomunikasi seperti malas mahu mengeluarkan kata-kata dan kebanyakan waktu kurasakan ayatnya tidak jelas. Dan kebanyakan waktu kurasakan diulit. Ya, sangat bosan dan mengantuk! Mujurlah ku sudah menyediakan diri sebelum ke training itu dengan belajar sendiri secara teorinya minggu yang sudah. Walaupun tidak menyeluruh pembacaanku itu namun ia kurasakan amat membantu. Aku juga tidak meletakkan harapan yang tinggi esok untuk training itu. Yang kutunggu-tunggu adalah hands-on training. Itu yang lebih penting bagiku.


Job Confirmation

Pejam-celik, pejam-celik, rupanya sudah hampir satu tahun aku melangkah ke alam pekerjaan. Tanggal 18 Jun ini cukuplah setahun aku bergelar seorang pekerja di syarikat itu. Aku dan rakan-rakan yang memulakan kerja di situ sebagai fresh graduate akan ditukarkan kepada permanent staff setelah setahun bekerja di situ. Ada beberapa prosedur yang perlu kami lalui. Dan tadi beberapa orang dari kami telah berjumpa dengan reporting manager untuk membincangkan soal ini. Aku pun turut tidak terlepas. Berdebar juga rasanya bila berjumpa reporting manager lebih-lebih lagi untuk membincangkan soal-soal prestasi kerja. Tambahan pula, inilah kali pertama aku melalui pengalaman seperti ini. Alhamdulillah, tidak banyak yang perlu aku risaukan kerana semuanya berjalan dengan lancar. Namun aku masih tidak tahu adakah aku bakal menjadi permanent staff di situ atau tidak. Ku doakan yang terbaik untuk diriku dan rakan-rakanku, insyaAllah. Namun, bila kakiku melangkah keluar dari bilik reporting manager tadi, kepalaku sudah sarat memikirkan tentang short-term, medium-term, and long-term objective ku! Dan aku juga membayangkan keluargaku yang bakal dibina nanti :P Haih~ semakin jauh perjalanan, semakin banyak yang dipelajari, namun semakin banyak yang perlu difikirkan dan semakin berat tanggungjawab yang perlu dipikul. Nanti-nantilah aku fikirkan tentang itu. Mari layan anime! :P

Saturday, May 10, 2008

Router oh Router..

Lama juga aku menyepi kali ini. Maaflah, lebih kurang sebulan yang lalu, aku mungkin malas mengupdate blog + malas/tak sempat bukak pc + tak dapat access internet kerana osmetku lebih memerlukannya memandangkan dia mahu menyiapkan assignmentnya. Yalah, dh hujung semester pun kan..Macam2 yang perlu diselesaikan.


Baiklah, inilah update nya:


1. Kursus Kahwin

Kira-kira hampir sebulan yang lalu aku telah menghadiri Kursus Kahwin di Bandar Tasik Selatan. Kursus 1 hari setengah ini memakan kos sebanyak Rm75. Hari pertama ke sana, sewaktu perjalanan balik ke rumah, aku telah sesat. Biasalah, tak biasa dengan area tu. Tetapi peristiwa itu agak memalukan kerana sebenarnya tidaklah susah sangat mencari jalan balik ke Bangi.


2. DBS Project

Aku telah terpilih untuk menyertai projek baru di syarikatku. Klien kali ini adalah DBS Bank, iaitu salah satu bank yang terbesar di Singapura. ETL tool yang akan digunapakai ialah Informatica, yang mana aku perlu belajar untuk menggunakannya kerana ia baru bagiku. Aku terpilih kerana aku mempunyai pengalaman menggunakan Datastage sebelum ini. All ETL tools are more or less the same. Projek ini akan bermula 2 minggu lagi. Minggu depan kami akan dilatih menggunakan tool ini.


3. Router

Akhirnya! Berjaya jugak configure kan bende nih. Phew! Susah gak rupenye nak pakai router nih rupanya. Ingatkan main cucuk2 jer macam nak pakai Maxis Broadband nih..Tapi lepas tak berjaya configure sendiri, mintak tlg kawan osmet. Akhirnya berjaya la. Tapi rupanya senang jer caranya. Cuma terlepas satu step kot..Haha..Tak payah tunggu turn untuk pakai internet lagi! Alhamdulillah..


Itu saja kot yang dapat ku fikirkan. Heheh..not much kan? :P


And semalam keluar dengan mak Encik Gaj. Temankan dia jalan2 kat Alamanda untuk hilangkan kesedihannya. Dia sedih sebab satu family nya baru dapat tahu yang kakaknya di kampung disahkan oleh doktor mendapat Kanser Rahim. Tak tahulah berapa kali kami tawaf Alamanda tu. Tapi yang aku tahu kebanyakan kedai aku lalu lebih dari 3-4 kali. Haha. Kat 5 jam gak kami kat sana. Aku tak kisah pun asalkan mak Encik Gaj gembira. Sempat juga dia membelikan cookies di Famous Amos untuk dijadikan hadiah kepada kakaknya yang sakit untuk menggembirakan hati kakaknya itu. Semoga semuanya bersabar menghadapi dugaan dan semoga cepat sembuh, InsyaAllah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails