Tuesday, April 08, 2008

Sabtu Yang Bermakna

Sabtu lalu merupakan tarikh keramat buat rakan satu batch ku, Hayaton Fadillah. Dia telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Yusasnor Yusof. Tahniah buat Dilla, semoga kebahagiaan dan rahmatNya senantiasa bersama kalian berdua. InsyaAllah.


Seperti yang dirancang, kami mewakili batch ITISJan03 seramai lebih kurang 20 orang menaiki sebanyak 8 buah kereta telah ke Tampin untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat kami. Setelah berkumpul di 2 tempat iaitu PERMATA, Bangi dan Kawasan Rehat & Rawat Seremban, kami bertolak ke destinasi. Enchik Gaj telah mengetuai pasukan pada mulanya tetapi akhirnya di overtake oleh kereta-kereta otai yang lain kerana mereka berkata Enchik Gaj bawak kereta slow. Namun, setelah melepasi tol Simpang Ampat, Enchik Gaj telah mengetuai pasukan semula kerana orang lain tidak mengetahui jalan ke rumah pengantin.


Berpandukan peta yang diberikan di kad jemputan, kami mula mencari rumah pengantin. Setelah tersalah jalan sebanyak 2 kali, Team Iena dan Syafa pula mengetuai pasukan kerana mereka mendakwa mereka mengetahui jalan ke rumah pengantin. Perjalanan kami agak sukar kerana landmark di dalam peta tersebut tidak cukup untuk membawa kami ke jalan yang benar, dengan kata lain, tidak cukup informasi. Setelah beberapa minit, Team Enchik Gaj telah menjumpai lorong sebenar ke rumah pengantin diikuti dengan beberapa kereta lain setelah menjumpai papan tanda ke rumah pengantin yang agak kecil. Kami berhenti di situ untuk menunggu 3 buah kereta lain yang telah sesat. Setelah mereka tiba, kami menyambung perjalanan ke rumah pengantin yang tak sampai 500 meter tapi ada jalan bengkang bengkok sedikit. Kedengaran kompang berbunyi di rumah pengantin. Tapi kompang itu hanya berlatih sahaja kata Team Enol yang pertama sampai.


Lega rasanya apabila sudah selamat tiba di tempat yang dituju. Terasa seperti treasure hunt pun ada. Tapi biasalah kan, tak sah kalau tak sesat nak2 kalau jalan ramai2 nih. Setelah kami memarkir kereta kami, kami berjalan ke rumah pengantin. Apabila tiba, kelihatan sahabat2 rapat Dilla yang juga merupakan rakan satu batch kami sedang menyambut tetamu. Setelah bersalaman dengan mereka dan ibu pengantin, kelihatan pasangan pengantin berjalan turun dari tangga menuju ke khemah. Hatiku berdebar2 waktu itu melihatkan Dilla di sisi suaminya yang kelihatan sungguh ceria setelah diijabkabulkan. Aura ceria itu terkena tempiasnya pada aku. Aku tak tahulah kalau kawan2 yang lain terasa atau tidak. Hehe. Sewaktu pertama kali memandang suaminya, aku tahu wajah mereka ada iras. Padan sungguh mereka berdua. Yang perempuannya lawa dan manis, si lelaki pula tidak kurang kacaknya sedondon berbaju peach. Mereka diiringi 'angels' yang sangat comel yang menabur2 bunga ke udara.






Setelah meng-snap gambar mereka, kami melayan diri untuk makan. Lapar juga perut waktu itu. Almaklumlah, sesat tadi dah satu hal, tengahari tu panas pulak tu. Memang perut berkeroncong. Sedap juga nampaknya makanan yang dihidangkan. Aku ambil nasi putih, ayam masak merah, dan acar buah. Memang feveret. Setelah kenyang, kami kembali meng-snap2 gambar. Sungguh seronok berkumpul bersama rakan lama di majlis perkahwinan.


Setelah semuanya selesai, kami bersalaman dengan pengantin dan rakan2 yang tadi bersama berkonvoi kerana tak tahulah bila pula boleh jumpa berkumpul macam ni lagi. Kami pulang dengan hati yang riang dan perut yang kenyang.


Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails