Monday, March 31, 2008

Melawan Kesepian

Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan, waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu, betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini, pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu, tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan kesepianku...

Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti..
ku telah jatuh cinta dengan lagu ini~

Sunday, March 23, 2008

I've been tagged!

Cik Dyana a.k.a AmandaEltiqaz telah meng tag ku..Soooo...

Dalam laci pejabat :
1. Pills (untuk kesihatan..hehe)
2. Stationaries
3. A lip balm
4. 2 Calculators
5. Mappingssssssss

Dalam laci di bilik tidur (almari):
1. Baju jalan-jalan
2. Baju duk kat umah
3. Baju tido
4. Seluar trek
5. Jeans

Dalam laci di bilik tidur (meja study):
1. CD
2. DVD
3. Bills
4. Data cable
5. Sampul angpow

Dalam handbeg :
1. Purse
2. Kunci kete/umah/drawer kat ofis/steering lock (satu gugus..huhu)
3. Henfon
4. Pantiliner
5. Lip balm & lip gloss

Dalam purse :
1. IC
2. Duit
3. Bank cards
4. Contact card ("this is my card~")
5. Penyata bank

Nama teratas dalam phonebook :
1. Abe Jea (sepupu kat KB)
2. Abe Ji (sepupu kat Besut)
3. Abu Hanifah (coursemate kat UTP)
4. Acap (kawan chatting kat UTP)
5. Achik (makcikku)

Nama terakhir dalam phonebook :
1. ~Ummi~ (ibuku)
2. ~Nenek~ (nenekku)
3. ~Kakngah~ (adikku 2/6)
4. ~Kakchik~ (adikku no 4/6)
5. ~Home~ (tepon umah)

Nama speed dial :
-tidak digunakan-

Souviner yang paling hampir dengan saya :
1. Teddy bear kecik (dari abg angkat sempena bday..huhu)
2. Tigger soft toy (dari Izaty kawan kat Freescale masa prektikel dulu)
3. Tag Trainee Freescale bernama Muhammad Amir bin Marzhuki
4. Cap Satyam
5. Teddy bear besar gabak (dari ex bf..huhu gak)

Stationary berwarna merah yang paling hampir dengan saya :
1. Err..file je kot. selain tu takde..

Kawan yg nak ditag :
1. Dejah
2. Maria
3. Kay
4. Lala

Friday, March 21, 2008

Ponteng?

Today I worked for half a day. At approx. 11am, me and Maria planned to go watch a movie in Sunway Pyramid. Dejah can't join us since she got a lot of work to do. Plus, she has to attend a wedding tonight. At 12 noon Maria and I left office for her house in Seri Kembangan. I parked my car there and we went to Sunway Pyramid using her car.

Sampai di Sunway Pyramid, kami ke TGV untuk membeli tiket wayang Horton Hears A Who tayangan 3:20 petang. Ke Pizza Hut pula untuk mengisi perut. Sudah kenyang, kami berjalan-jalan sementara menunggu waktu tayangan. Berhenti di sebuah kedai cenderamata atau boleh juga dipanggil kedai comel bagiku kerana ia menjual barangan yang comel-comel. Aku membeli berlian dan rantai kunci voodoo yang agak menarik untuk dihadiahkan kepada adikku.

At 3pm, we went to the arcade which is located just in front of TGV. We watched people dance to the dance game. Its fun. Even its only for 10 minutes. Its just to buy our time before the movie starts. Then we went inside TGV and watched Horton. The movie was fun but it can't make me laugh until my tears drop. But still, I learnt something from the movie:

  1. Sekaya mana pun kita, sebesar mana pun pangkat kita, sepandai man pun kita, ada lagi yang lebih kaya dari kita, lebih tinggi martabatnya dari kita, dan lebih bijaksana dari kita. Dialah Allah s.w.t.

  2. Kita bukanlah satu-satunya makhluk yang diciptakan di dunia ini. Tak kiralah ianya besar ataupun kecil, ataupun sangat kecil dan tidak nampak dek mata kasar. Jadi hargailah mereka seperti kita menghargai manusia-manusia lain. Kerana mereka juga hamba Allah. Mereka juga beribadah kepadaNya. Jangan menzalimi mereka.

  3. Nyawa kita boleh diambil bila-bila masa saja, begitu juga dengan dunia ini, ia tidak selamanya ada. Setiap permulaan mesti ada akhirnya.

After the movie, we headed to J.CO Doughnut and bought 2 donuts for me and 4 for Maria. It was delicious! Nyum2! As expected of J.CO that was always mentioned by Myo the J.CO donuts addict. Haha. Ok, he's my respectable team leader.

Kami bertolak balik pada jam 5 petang dan hari hujan. Aku tiba di rumahku pada jam 6:30 petang dengan gembira.

Thanks Maria, you made my day. And to Dejah, next time kite kuar sama-sama tau! Tak sabar! Ajak Emi and CT sekali. Yeay!


2 J.CO donuts, diamonds, a key-chain, and Horton Hears A Who movie tickets

Thursday, March 20, 2008

Lega!

He's back from offshore! He's safe! Phew..what a relief! Thak god. Alhamdulillah...

rase nak geget jer budak tuh!

Wednesday, March 19, 2008

Resah Gelisah!

Kisah kali ini kurang sedap untuk diceritakan tetapi aku rasa perlu untuk meluahkan supaya risauku ini reda.

Seawal 5:30 pagi semalam dia bertolak ke pelantar kerana mempunyai urusan di sana. Katanya hanya sehari saja ke sana, hari ini sepatutnya dia balik ke Kerteh semula. Ini adalah kali kedua dia melawat pelantar minyak, dan sebelum ini pun hanya sehari sahaja. Petang keesokan harinya dia sudah di Kerteh untuk menyelesaikan kerja-kerja pejabatnya. Tapi hari ini berlainan sedikit. Aku menjangkakan dia pulang ke pejabatnya di Kerteh petang juga seperti sebelum ini. Jadi aku tunggu saja dari pagi untuk menunggunya membalas sms ku. Tapi sampai aku balik dari kerja maghrib tadi pun masih tiada berita darinya. Aku sudah mula risau.

Aku cuba sms nya lagi tapi juga tiada balasan. Selepas makan malam dengan rakan serumah pada jam 8 malam, masih tiada panggilan darinya. Aku cuba menghubunginya tapi tidak berjawab. Aku cuba menghubungi talian alternatifnya juga hampa kerana panggilanku terus disambungkan ke peti suara. Aku bertambah gelisah. Aku bercadang mahu menghubungi ibunya bertanyakan kalau-kalau dia ada menghubungi ibunya. Tapi aku tidak melakukannya kerana hati kecilku berkata mungkin dia terpaksa memanjangkan tempoh lawatannya di sana secara tiba-tiba. Mungkin ada sesuatu yang berlaku di luar jangkaan dan kawalan yang membuatkan dia terpaksa berlama di situ. Tapi dia tidak dapat memaklumkan kepada sesiapa memandangkan telefon bimbit tidak boleh dibawa bersama ke sana. Dengan berfikiran begitu, hatiku terasa sedikit lega. Aku cuba mengalihkan perhatianku lagi dari kegelisahan ini dengan menonton televisyen. Ia membantu.

Sedang seronok menonton rancangan di televisyen, telefon bimbitku berdering. Ibunya menghubungiku. Dia bertanya tentang anaknya, "Nurul, Amir ada telefon Nurul tak?". "Nurul baru nak tanya soalan yang sama kat Auntie..", balasku. Nyata dia juga tidak menghubungi ibunya sejak ke pelantar. "Oh, kalau Amir telefon, Nurul bagitau Auntie ye", sambung ibunya lagi dan aku mengiyakan saja.

Sejurus selepas perbualan itu, aku menghantar satu lagi sms meminta dia untuk menghubungiku sebaik sahaja membaca sms tersebut. Ya, aku memang risau amat. Dan aku rindu. Biasanya waktu-waktu inilah kami berbual di telefon menceritakan tentang apa saja yang berlaku di siang harinya, gosip, ataupun isu semasa sebelum melelapkan mata. Termasuk malam ini, sudah dua malam kami tidak berbuat begitu. Ini adalah di luar jangkaanku kerana aku hanya bersedia untuk tidak berhubung dengannya selama lebih kurang 24 jam saja :(

Aku berdoa agar dia selamat walau di mana saja dia berada. Aku sangat berharap agar dia selamat dan lekas menghubungiku sebaik sahaja dia membaca smsku. Ya, anda boleh katakan yang aku ini terlalu risau atau terlalu memikirkan dirinya. Tapi pada hakikatnya aku tidak dapat mengelakkannya. Kau tahu dia adalah separuh dari jiwaku.

Tuesday, March 18, 2008

Exciting news!

There is a big news. One of my friend from UTP is getting married this April. She's going to be the first person from ITISJan03 batch who ends her life as a bachelorette. Selamat melangkah ke alam baru, Dilla :)

So for Dilla's wedding, our batch is planning to attend her wedding in Tampin. To date, there are 18 people who'll be joining the convoy. Whee~ There will be a small gathering lah kan unofficially. Right now tengah menyusun orang, siapa naik kereta siapa, nak jumpa kat mana before convoy, nak beli hadiah apa, and all. Excited jugak nak tengok Dilla pakai cantik-cantik di majlis perkahwinannya :) Haih, dh start dreaming of my own wedding dh ni :P

Untuk hadiah Dilla, kanak-kanak di KLCC kumpul duit sesama mereka. Aku di Satyam ni, mmm.. masih memikirkan apa yang patut dibeli. Mungkin kongsi ngan Encik Gaj jelah kot. Tapi takde idea lah nak beli apa. Mungkin nanti boleh tanya Kak Su kot sebab dia dah kawin. Sure dia tahu apa seorang pengantin mahu untuk hadiah perkahwinannya. Takpun tanya Dejah since tadi dia cakap dia suka fikir apa yang patut dibeli untuk hadiah kahwin. Hehehe. Dejah, I'm counting on you! :D

Sunday, March 16, 2008

Hari minggu..

Yeay~ cantik tak gambar ni? Inilah puzzle yang
telah disiapkan semalam~ Sbenanye puzzle ni akak housemate yang punya, tapi aku join wat jugak. Sblm ni penah wat puzzle tapi gamba katun2 so senang la sket berbanding yang ni..susah gak la tapi seronok!! Rasa cam dh addicted plak..hehe..


Smalam seharian santai kat umah.. 3 jam kot kemas 1 umah. Dari bilik, ruang tamu, dapur, bilik air, tandas, sinki..sume aku sental. Heheh.. Puas ati aku :D Kurus sket rasa (tu yang paling penting :P)


Bangun pagi ni terasa gatal2 di pipi kedua2 belah dan ada bintik2. Gatal sgt. Isk2. Aku tatau la sama ada ia gara2 sarung bantal yang baru ditukar smlm sbb kawasan yang gatal kat pipi tu merangkumi kawasan yang terkena bantal je jika aku tido mengiring..mmm....Satu lagi kemungkinan ialah sbb aku makan Healing Gamogen tu. Sbb smlm aku makan udang, mungkin dia bertindak balas kot walaupun sblm ni tak penah lak terasa sangat cepat tindakbalas kalaupun ia bertindakbalas. Walaupun aku ada resdung, badanku tidak mengeluarkan jerawat di muka sgt. Sebijik 2 tu biasa la, tapi bukan banyak2 gatal or gatal2 kat bahagian badan yang leh digaru spt kaki (ada sesetengah org mcm tu). Aku nyer resdung ni bersin2 n gatal idung, mata, n telinga. Tak kuar jerawat. Pelik gak bila jadi mcm ni. Tapi lepas letak gel gamat kat tempat gatal tu, alhamdulillah dh surut bijik2 tu n rasa gatal tu walaupun ade lg sket2. Alhamdulillah~ Phew~ aku takmo la gi keje muka gatal2 n merah2 lak tu kan..huhu~


.Nad.out.

Friday, March 14, 2008

Updates~

Sudah tengah bulan, cepat sungguh masa berlalu..Dh lama tak update sebab kebanyakan masa kakak yang aku kongsi Maxis broadband ni nk guna tenet sebab dia nak sediakan bahan utk assignment dia (dia amik MBA kat UKM). Jadi tak kesahla kan sbb biasanya kalo wiken, aku jer yang conquer tenet ni. Hehe.

Sejak 2 minggu yang lepas, aku telah:


1. Melibatkan diri dengan proses pengundian buat pertama kalinya dlm hidup. Walaupun aku tak mengundi, tapi aku jaga booth masa hari mengundi. Seronok gak. Kerja aku adalah menolong pengundi2 utk mengesahkan di mana tempat mereka sepatutnya mengundi dan saluran mana. Guna sistem berkomputer. Syif aku ialah dr kul 8-11am. Sebab lepas tu nk g deting :P


2. Banyak mengambil tahu tentang politik. Almaklumlah, dh beso. Semalam seharian aku duk baca paper jer (hal politik) sbb takde keje kat opis. Hehehe... Aku sebenarnya gembira dengan keputusan pilihanraya kali ni.


3. Tukar tayar dan rim kereta. Wat kat Klang. It costs me RM850 and puas hati.


4. Beli pencuci muka kat Parkson. Jumpa gak akhirnya. Murah! Harga yg dipaparkan ialah RM9.90 dan dapat lg diskaun jadi RM7.92. Parkson tgh sale skang sampai hujung bulan. Jangan lepaskan peluang anda!


5. Start makan Healin Gamogen utk 2 hari. 3 kali sehari, 2 sudu besar sekali makan. Rasa dia agak hanyir tapi telah dikurangkan oleh perisa oren. Tiba2 terasa rambut dh kurang gugur (saiko2).

6. Naik 2 kilo. Gara2 gastrik yang berlarutan selama 2 minggu setengah. Lapar skit jer makan. Ingatkan naik 2 kilo takde kesan ke atas fizikal. Rupa2nya ku kelihatan lebih tembam dan nk pki jeans pun ketat sket. Uhuk~

7. Start jual tudung bawal. Dari Kelantan, tudung bawal no 1, byk diamonds, RM45. Baru laku satu. Haha. Thanks Siti kerana menjadi pelanggan pertama saya. Buat masa ni tudung2 tu kat Aunty Nora (emak kepada encik gajah). Dia tolong jualkan. Whee~ :D

Itu saja laporan dari saya, Nadiah Suhaidi (nama commercial :P) dari Bandar Baru Bangi. Kembali ke bilik berita.

Sunday, March 02, 2008

Hari Kedua di Bulan Mac

This morning I woke up late because I slept at 3am last night. *Yawn~* Feel like continuing my sleep after this :P Well, actually I am forced to wake up - 1st because of gajah's sms, 2nd because of my alarm clock in my phone is singing Christmas Don't Be Late by Alvin n Chipmunks [quite annoying for a sleeping beauty (haha) although it is cute actually], and 3rd because the sun is peeking on me [my bed is just beside the window and I don't have a night curtain - gonna buy one..] and I can't sleep anymore.

Bangun saja dari katil, aku terus melihat sama ada muvi The Golden Compass yang aku muat turun sudah mendapat hasil atau tidak. Dan hasilnya agak mengecewakan, namun aku tidak tergesa-gesa untuk menontonnya jadi aku tidak kisah. Tiba-tiba aku teringatkan kisah pakcik polis semalam. Aku terus mencapai telefon bimbitku dan menaip sms "POLIS SAMAN DAN9898" dan menghantarkannya ke DAPAT(32728). Setelah beberapa minit, aku mendapat balasan "RM0.50 SAMAN: DAN9898 Tiada saman dikeluarkan sehingga 02/03/08. Terima kasih." Sedikit perasaan lega menjalar di hatiku. Namun aku tidak boleh selalu merasa selamat, mungkin pakcik polis itu belum memasukkan rekod saman semalam itu ke dalam pengkalan data lagi. Jadi aku bercadang ingin menghantar sms yang sama sekali lagi dalam masa seminggu dari sekarang. Doakan semoga saman itu palsu. Huhu..

And for you guys who are still new to this DAPAT, I suggest you to try it. Just sms..

POLIS SAMAN YOUR-CAR-REG-NUMBER

to 32728

..Maybe you don't know that you have traffic summons! For more information on DAPAT, please click here. Btw, thanks to Emi for introducing me to this useful service!

Hari ini bila melihat mukaku di cermin, terserlahlah 2 biji jerawat di pipiku. Satu di pipi kiri dan satu di pipi kanan. Sebenarnye jerawat ini ada sejak semalam tapi aku tidak pasti bilakah sebetulnya ia muncul. Ya, aku memang sudah lama tidak mencuci mukaku kerana sememangnya aku malas untuk mencuci muka. Semalam aku baru menyedari bahawa pencuci muka yang aku gunakan itu sudah lama aku gunakan disebabkan oleh frekuensi penggunaan yang rendah olehku. Lebih kurang 2 tahun atau lebih kot. :D Jadi aku membuat keputusan untuk membuangnya kerana aku khuatir jika aku gunakan ia, nanti akan memudaratkan aku pula. Ini kerana mukaku sudah gatal-gatal sebelum ini kerana menggunakan minyak bayi Johnson&Johnson yang juga sudah lama aku simpan :P

And yesterday, one of my reasons going to Warta and PKNS was to buy a new facial cleanser. But I did not buy any because they were way too expensive! A price tag on my old facial cleanser was RM6.90 [bought at Mydin KB, hehe] but I can't find any with the same or about the same price. Yang ada hanya RM10.90, RM12.90, and RM13.90! Mahal giler kan? Aku rela ada jerawat ni dari beli. Haha!

Saturday, March 01, 2008

Saman di hari Sabtu

Malam tadi tido sangat nyenyak mungkin dengan bantuan hujan yang turun bermula malam tadi sampai pagi tadi..n sampai tengahari pun hari masih redup kat Bangi ni..bes..harini tak kemas rumah sangat sebab masih tak larat sebab gastrik yang menyerang 2-3 hari yang lalu. Hari ni bangun Alhamdulillah, rasa dh sehat skit berbanding sblm ni.

My housemate ajak pegi jual surat khabar lama dekat dengan Hentian Kajang. Aku on jer tapi x ckp lak kat dia nak g kul bape. Arini aku perlu servis kete n amik duit utk bayar sewa umah dan lain2. Sejak bangun dr tdo kul 9:45 am tu berehat2 lagi depan tv sambil tgk cenel E sampai la lepas zuhur. Pastu br stat basuh baju jap n jemur sampai la kul 4 ptg. Dh setel hal baju, bersiap2 nak kua ngan housemate.

Memula g PKNS sebab housemate nak g kedai dia n bayar gaji kat pekerja2 dia. My housemate ni ade kedai alat2 jahitan kat situ. Pastu beli2 brg yg nak dibeli skit n pastu br g jual surat khabar lama kitorg. Ni first time kitorg g tempat jual surat khabar lama tu. Masa sampai, tak masuk pun kat dlm tempat tu sebab tempat tu nampak meragukan je aku rasa. So benti depan pintu pagar dia yg terbukak tu jer. Tempat tu berpagar zink. Aku intai kat dlm pagar tu, kat dlm pagar tu nampak la besi2 n longgokan mcm sampah tp rasanya kertas terpakai yg diorg beli kot.

Aku ckp kat osmet supaya dia g tanya betul ke diorg beli surat kabar lama? br je osmetku bukak pintu, dtg la 2 org India/Bangla ke kete aku. osmet aku trus tak jadi kuar n bukak sket jer pintu kete (sebab takut) n the 2 guys tanya "Ada barang ka?". huh mcm nak jual dadah jer bunyinya..pastu kitorg tunjukkan old newspaper yg kitorg bawak tu n diorg angkut bawak masuk dlm..aku tgk diorg angkat senang giler paper2 yg aku letak lam kotak tuh. kitorg angkat punyelah susah payah.huhu. pastu tggu jap n sorg laki tu dtg balik n kasi RM4.20. ok la tuh, bleh beli 2 bungkus roti gardenia size kecik utk umah kitorg.hehe..

Kami g servis kete jap kat bengkel kat Fasa 4. dh setel tuka minyak itam n oil filter, bergerak pulak ke Warta utk beli pil kesihatanku. masa nk cr parking tu mmg agak ssh sbb ramai la plak arini kat warta nih.isk.pastu aku tgk ramai park kat belah kanan jalan.biasanya org park belah kiri jalan. arini org park di kedua2 belah bahu jalan. aku nampak space utk park belah kanan jalan n aku park jer lagipun aku nak g kejap jer. pastu bile dh beli2 brg n nk g kat kete, dr jauh aku nampak kete polis n dia punya lampu kat atas tu nyala2. aku dh cuak sebab kete polis tu park agak dekat ngn kete aku. pastu aku ckp la kat osmet, n dia ckp suh g cepat2 kat kete sbb kalo polis nampak kite dh kat kete, biasanya dia lepaskan je n xjadi saman. aku pun cepat2 la g kat kete n waktu aku tgh nak stat kete, sorg pakcik polis tu dtg n suh aku tggu sebab dia nak tulis saman utk kete aku. Aku pun merayu la n ckp la aku park sekejap jer kat situ n org len ramai lagi park kat situ. dia ckp aku menghalang lalulintas n teruskan tulis saman. dia suruh aku g kat polis trafik kajang (utk byr saman) kalo tak silap aku.aku ulang2 ckp yg aku park kejap tu tapi dia tak layan. aku tanye la dia berapa inggit kene saman? tu pun dia tak jawab gak. agaknye dia tatau kot sbb aku perpemikiran bahawa dia jarang melakukan tugas tu sbb dia malas.aku bengang giler!! sebab masa tu tak sampai lagi turn kete aku utk disaman.sebab dia nampak aku dh kat kete, dia trus dtg kat kete aku n saman kete aku dulu pastu br la dia saman kete yg sepatutnye disaman dulu. argh!!

bile dh siap dia tulis saman, dia pass kat aku, aku pun drive balik dengan marah giler n terbawak kete laju sbb takleh handle. dlm kete aku senyap jer sbb tgh tahan marah.aku cuba pk positif utk menenangkan perasaan aku tapi tak berjaya. sampai dh nk dekat umah br aku ckp ngn osmet aku tu.dia pun marah gak sbb bajet2 mmg tak kene saman. pastu dh smpi umah aku trus call gajah n citer kat dia sume2 yg berlaku tadi. aku termenangis sbb aku geram sangat kat polis tuh.sambil nanges sambil maki polis tuh.huhu.bile aku citer barula aku pasan polis yang saman aku tu dia pakai baju biru, bukan baju putih mcm polis trafik tuh. n aku tak sign pun kat aku nyer surat saman tuh. (first time kene saman, tatau kene sign ke tak). aku pun rasa lega skit sbb gajah ckp ade gak saman yang invalid cthnye polis trafik takleh kaco/saman org yg tinted kete, maksudnye bukan dlm bidang kuasa dia. aku tggu je kot dlm beberapa hari lagi n try check kat DAPAT ade ke tak saman tuh...

pakcik polis yang menyakitkan hati tu mengingatkan aku ttg pakgad utp yang menyakitkan hati n hanya rajin menyaman studen2 dan tidak menghiraukan bende2 yg lebih penting seperti keselamatan pelajar2.n diorg rajen saman ikut 'musim' (mungkin musim takde duit). sama la mcm polis tu gak. rajin bermusim. dia rajin sebab time ngundi dh nk dekat.selama ni aku park situ tak pnah lak kene saman. hampeh giler..apa yg aku terkilan sgt ialah sebab pakcik tu tak mengendahkan apa yg aku ckp.at least jawab la apa yg saya tanya, pakcik.bukan wat dek jer!
damn!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails