Monday, December 29, 2008

Hari ini ku kerja + pindah rumah

Hari ini 1 Muharram 1430 Hijrah di dalam kalendar Islam. Saya lahir pada 23 Zulkaedah 1405 Hijrah. Kiranya, kalau ikut kalendar Islam, ku dah nak masuk umur 25 lah ye? Wah, cepatnye! Tapi ikut tahun Masihi, lambat lagi nak masuk umur 24 tahun :P

Sempena tahun baru ni, ku sudah berpindah bersama housemateku yang 2 org lagi tu ke rumah baru di Hentian Kajang. Pasni rajinlah kot ku balik kampung naik bas. Heheh. Bangunan yg ku duduk ni kat bawah skali ada kedai, kat atas tu 3 tingkat lagi ada apartment. Rumahku kat atas skali, dan takde lif ye. Isk. Tak habes lagi angkat barang-barang yg kecik2 walopon yg besa2 dah diangkat oleh abg2 lori yang gagah perkasa. Yang kecik2 ni pun banyak giler tau. Memula masa mendaki anak-anak tangga yang pertama tu rasa gagah lagi. Bila dah sampai kat muka pintu rumah dah jadi lembik dah pastu semput.

Rumah baru ni sewanya mahal RM120 dari rumah lama. Rumah lama sewanya RM400 je. Sikalang suda jadi RM520. Tapi puas hati sebab lebih lawa dan lebih luas ruang tamunya. Bilikku yang sekarang berbanding dengan yang lama, yang lama lagi besar. Tapi rumah yang sekarang ni ku ada bilik air sendiri attached :D Tingkap pulak lebih besar iaitu 3 panel, dulu 2 panel je. Rumah lama takde tiles, apalah. Rumah baru ada tiles kaler pink lagi. Heheh.

Tuan rumah baru ni baik hati tapi cerewet gak pasal kebersihan rumah. Dia pasangkan sume bilik dengan kipas siling, pasang kabinet dapur, kasi sofa L-shape, pasang langsir. Haha. Best kan? Tapi berkali2 dia pesan kat kami, "Tolong ye, jaga rumah ni baik2, macam rumah korang sendiri...". Bape kali tah dia ulang. Memang pembersih tol orangnye. Dia pun pesan gak jgn kotorkan sofa tuh. Alamak, dah la kusyen sofa tu kaler kuning iaitu warna cerah. Susah gak tuh. Alamatnye tak duduk la kami atas sofa tu. Wat perhiasan duniawi jela. Nak gantung barang kat dinding pun rasa cam cuak jer.

Untuk kos sewa lori utk angkat barang, kami habis RM360. Jadi RM120 sorang. OK sangat la tu kan? Tak sanggup aku nak mengangkat washing machine, fridge, almari baju kayu, meja2 kayu, TV, dan rak TV tu sendiri. Astro belum dipindahkan lagi dari rumah lama. Ahad ni baru orang Astro datang sbb mlm smlm baru call Astro utk notis pemindahan. Kene wat notis 7 hari sebelum. Tiada cas dikenekan sbb Astro tengah buat promosi sekarang. Tapi ada syaratnye, iaitu kene sambung kontrak selama 1 tahun lagi dan takleh putuskan dalam masa 1 tahun tu.

Dah la Astro takde lagi kat rumah baru, PC pulak buat hal. Windows corrupt. Haha. Alamatnye senyap sunyi lah rumah tu tanpa sebarang bunyi2an kecuali suara aku dan housemate. Kalau ade PC ok la jugak boleh tgk anime ke, main game ke...

Bahana pindah2 ni, lengan dan betisku yang empat kerat ni sumenye sakit2. Maklumlah orang yg jarang buat keje kasar. Dengan kata lain, lembik. Haha. Tapi tetibe rasanya stamina dah meningkat sebab duk memanjat tangga ulang alik angkat barang. Kiranya hari ni hari first pegi keje dari rumah baru. Jalan tak jem pun kat tempat biasanya jem sbb orang lain CUTI dan aku pulak kena KERJA.

Oklah, lain kali akan ku upload gamba2 yang berkenaan. Ni post entry ni kat ofis jadi takleh upload gambar2 abg pengangkut barang yg gagah perkasa, gamba bilikku yg bersepah masa packing kat rmh lama, dan gamba kat rmh baru yg tak berapa kemas lagi.

Apa-apa pun, SELAMAT TAHUN BARU buat semua :)

3 comments:

  1. salam awal muharram cek nad itteww..

    ReplyDelete
  2. ~ yg salu nyinggah ~2 January 2009 at 08:15

    pindah rumah?wah..kite pon pindah rumah baru gak!ya ampun sgt la memenatkan..smpi skang x abes2 lg kmas brg..niway,slmt thn bru!

    ReplyDelete
  3. en_me: salam awal muharram juga~

    yg salu nyinggah: memang pnat giler toksah cakap ler. haha. tapi skang terasa stamina lebih baik dari dulu sbb tetiap ari daki tangga :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails