Tuesday, November 25, 2008

Chubah

Dalam bulan ni aku balik kampung 2 kali. First ialah last week, malam 14 November. Macam biasa lah, naik bas dari Hentian Kajang. Biasanya turun kat Jerteh tapi masa tu beli tiket bas pun dah last minute, terpaksalah beli tiket ke Machang saja memandangkan itulah tempat paling dekat dengan rumah dan yang masih available. So turun lah kat Machang pada pagi Sabtu 15 November lalu. Itu first time turun kat Machang. Alhamdulillah, Abah sudi ambil anak sulung kesayangannya ini di pagi-pagi buta. Hehehhe.

Waktu balik yg tu, hari Ahad tu aku pergi rumah Atuk dan Nenek ku sebelah Abah ku, Atukku itu kupanggil Chubah, manakala Nenekku pula kupanggil Maa.

Iklan:
Panggilan Chubah itu sebenarnya dipanggil juga oleh anak-anaknya, adik beradiknya, anak tirinya, dan mungkin bakal cicitnya nanti. Aku rasa nama tu datangnya dari perkataan "Chu" - sebab dia anak bongsu dari adik beradiknya, dan "Bah" itu macam Abah la kot, yang bermaksud Ayah. Maa itu pula bukanlah ibu sebenar Abah. Chubah berkahwin dengan Maa setelah kematian ibu sebenar Abah yang bernama Aisyah. Aku tak pernah jumpa Nenek Aisyah sebab Allahyarhamah pergi sebelum aku dilahirkan lagi. Namun begitu, Maa tetap seperti Nenekku sendiri. Anak-anak dari zuriat Maa dan Chubah juga adalah pakcik dan makcikku yang kusayangi. Sebab itulah aku mempunyai pakcik yang sebaya dan ada yang lebih muda 2 tahun dariku yang Maa lahirkan.

Petang Ahad itu aku lawat Chubah yang demam. Sewaktu bersalaman dengannya, ku dapat rasakan panas tangannya di tanganku. Di belakang tapak tangan kirinya terdapat satu luka bersama bengkak. Setelah bercakap dengan Kak Ngah (adikku), barulah aku tahu yang Chubah ada kencing manis dan luka yang dialaminya semakin teruk disebabkan penyakit kencing manisnya itu. Waktu aku ada di rumah Chubah, badannya sudah lemah disebabkan dirinya yang tidak lalu makan. Mahu membuang air kecil dan besar di tandas pun tidak larat untuk bangun. Nasi air yang kubelikan khas untuknya tidak dimakan kerana tidak lalu. Dia baring saja kat katilnya.

Makcikku (pompuan je ade kat rumah masa tu sbb pakcik2ku masih kat universiti semuanya belum abes exam lagi) mahu hantarnya ke klinik atau hospital dia tidak mahu. Apabila Abah sampai, pujuk2 sikit, Chubah dah mahu pergi klinik/hospital. Aku cadangkan call Ambulans je memandangkan Chubah tak boleh duduk sbb tak larat. Kalau nak suruh baring dalam seat belakang kereta pun takut dia tak selesa pulak. Jadi pada Maghrib hari itu makcikku call Ambulans utk bawa Chubah ko hospital. Tetiba ramai jiran2 datang sbb tekejut gak tgk Ambulans. Lepas dh smpi hospital, hampir kul 10 baru la dapat tau admitted.

Malam 16 November tu jugak la lepas tau Chubah admitted, aku naik bas ke KL. Dlm bas aku muntah 6 kali. Dah la tak sempat nak rembat plastik, abesla aku muntah kat atas jaket+baju+suar+beg sandang. Yang ni memang tak dapat nak lupakan. Sbb seingat aku, yang paling teruk pun muntah 4 kali je. Kali ni memang memecah rekod. Aku lupa pulak letak perihal mabuk perjalanan aku ni kat list bende2 pelik ttg diriku. Huhu. Isnin esoknya aku tak dapat pegi keje sbb mmg tak larat giler.

Isnin tu jugak Chubah di operate kat nanah tu, n keadaan Chubah pun semakin baik. Dia pun dah lalu makan dah. Dia makan nasi kerabu habis satu bungkus. Alhamdulillah Chubah dah berselera makan. Tapi esoknya tiba2 luka kat tangan tu makin teruk. Merah2 menular dari luka kat tangan naik ke lengan. Dah nak sampai bahu gak la. Then doktor kat Hospital Jerteh tu decide hantar Chubah ke Hospital USM di Kubang Kerian. Masa aku dapat tahu tu, risau gak la. Sbb apabila dihantar ke sana maksudnya keadaan pesakit tu teruk or takde kepakaran kat hospital di kawasan tu.

Masa Chubah kat HUSM tu, Ummi cerita Chubah macam cakap mengarut-ngarut. Sekejap cakap lain, sekejap nanti cakap lain pulak. Pastu dah mintak-mintak maaf dengan Maa. Dia pun ade suruh bitau org kampung yang dia dh tak lama. Pastu dia takmau diubati, dia ckp "dia nak balik dah" jadi tak payah ubati dia. Sume org yang ada kat situ dah nanges2 dah..

So Jumaat 21 November haritu aku balik lg kampung, naik bas dengan makcikku, Che Long dan 2 org anaknya yg berumur 3 (Ameera) dan 2 tahun (Aysha). Esok paginya sampai di KB, (Alhamdulillah tak muntah) singgah kat rumah adik Che Long iaitu Che Do di Wakaf Che Yeh. Tengahari tu kami lawat Chubah, Alhamdulillah keadaan Chubah semakin baik. Merah2 di lengannya semakin berkurangan dan lengannya semakin mengecil ke bentuk asal. Semakin hari semakin baik keadaannya. Sangat bersyukur kepada Allah. Maa ada bisik kat aku masa kat hospital. "Maa doa sangat semoga Chubah dapat tengok Yo kawin nanti". Terharu aku dengar.

So 23hb mlm tu aku, Che Long, Ameera, n Aisya naik bas ke KL. Alhamdulillah tak muntah lagi walaupun naik bas 2 tingkat (duk tingkat atas) sama mcm masa naik bas ke KB hari sebelum tu. Syukur sangat dapat tdo dengan nyenyak atas bas. Tau-tau dah sampai kat Hentian Putra. Malam 24 hb tu lengan Chubah dah semakin baik dh. Kemungkinan akan keluar dlm masa 2 hari lagi. Syukur....Semoga Chubah sihat secepat mungkin, itu doa Yo.




Di ofis pulak, busan jugak sbb takde keje, so aku pun mcm biasa lah baca blog org. Terjumpa lah bende ni kat my colleague's blog. Aku pun try lah jugak. Ini hasilnya.



Katanya aku ni 60% otak lelaki dan selebihnya perempuan. Haha. Tak tau lah sejauh mana kebenarannya. Tapi bagi aku ade gak betulnya ;) Mungkin anda yang kenal saya boleh sahkan? :P

10 comments:

  1. ammvoiii sonoknyerr balekk kammfonngs.. kanns

    ReplyDelete
  2. semoga chubah nadiah bertambah sembuh dan sempat tgk nadiah naik pelamin nnt..
    =)

    ReplyDelete
  3. XD teringat kedai makan yg dekat ngan hentian abs machang tu XD

    ReplyDelete
  4. en_me:
    seronok tu seronok jugalah. tapi tak berapa seronok bila ada family member yang sakit

    Cik Dada
    insyaAllah, amin.. thanks cik dada :)

    [Eclipse]:
    penah pegi machang?

    ReplyDelete
  5. moge chubah cepat sembuh yer..

    wahh..dasat gak muntah..isk iskk

    ReplyDelete
  6. peeerrrnah XD gerai tepi bas stop tu. kawan kakak sy punya . pernh lepak sekali kat sana =.="

    ReplyDelete
  7. mak saya pun ada kencing manis jugak.tp belum capai tahap serius..huhu..

    ReplyDelete
  8. qica:
    insyaAllah, doa2kan ye..

    a'a memang dari kecik mabuk perjalanan wuu..

    [Eclipse]:
    lorr ye ke..jum la datang besut pulak :)

    nadia-ady:
    Alhamdulillah, mungkin kene jaga makan dia, jangan kasi dia sakit tau!

    ReplyDelete
  9. 40% female 60% male?

    40% female tuh part ko ske dak2 kecik dgn mende2 cute.

    60% male tuh pengaruh gajah (and indirectly kitorg2 nih kot?) actually... heheheheh :P

    ReplyDelete
  10. re-arrange: hahaha. pandai ek ko mentafsir otak aku. mcmana dengan otak kau pulak? ;P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails