Tuesday, November 11, 2008

Aku seorang yang pelik

[1] Aku suka memandu laju-laju jika banyak kereta, dan memandu slow-slow kalau kurang kereta.
Sebab bila banyak kereta, aku x mau brek2 sebab kete depan ku slow jadi aku yang akan jadi kereta yang berada di lane kanan dan memotong semua kereta yang lagi slow dari aku instead of braking. Dan kalau takde banyak kete, aku bawak se-slow mana pun orang lain tak kesah kan? Tidak menyusahkan orang.

[2] Tidak suka makan lada hitam.
Aku rasa pelik sebab aku nampak kebanyakan orang suka makan lada hitam. Dan apabila orang kata Prosperity Burger itu sedap, itu adalah pelik bagi aku.

[3] Sewaktu kecik-kecik dulu pengertian 'mandi' bagi aku adalah mandi sahaja tanpa bersabun.
Kalau bersabun tu kiranya extra bersih n extra wangi. Sekarang kalau mandi tanpa sabun ialah sama dengan tidak mandi. Dengan kata lain macam bilas badan je, maksudnya kalau markah penuh mandi (mandi+sabun) tu ialah 10, maka kalau tak bersabun ialah markah 5 je. Tapi biasanya kalau sejuk-sejuk, aku bilas je :P

[4] Suka tukar channel TV apabila tiba iklan.
Manalah tahu channel lain ada siarkan rancangan yang lebih menarik?

[5] Kadang-kadang posisi tidur yang proper tidak membantu untuk tidur.
Yang proper ialah baring with bantal kat bawah kepala, berselimut sehingga ke dada dan tangan berada di luar selimut memeluk bantal kecik. Atau bantal tutup muka bahagian atas saja (tak tutup lubang hidung dan mulut). Kalau tak proper tu maksudnya buat posisi kurang senonoh sket e.g terlentang, mengiring dan menjadikan selimut/comforter seperti bolster, x berbantal kepala, tidur merengkok. Lepas tu insyaAllah nyenyak.

[6] Aku hanya makan ulam sewaktu belajar di UTP.
Tak ingat umur berapa tapi bukan pada 1st year or 2nd year, jadi umur dalam 20 tahun dan ke atas lah. Sampai ada suatu masa tu, Kak Ngah (adikku) pelik tengok aku makan ulam dan sayur seperti orang yang dah biasa makan, dan dia tanya "Sejak bila Kakak makan sayur nih?". Ini kes sudah lama tak jumpa sebab masing-masing duduk kat asrama.

[7] Aku rongak sejak umur 4 tahun.
Pada umur 4 tahun, aku makan gula-gula susu. Gigitan pertama membuatkan gigi depan aku patah. Pastu aku tengok cermin, nampak pelik muka aku sebab gigi dah rongak satu. Kat depan pulak tu. Then dah habis gula-gula yang tu, aku makan satu lagi gula-gula yang kedua. Gigit yang kedua, patah pulak gigi depan yang satu lagi yang kat seblah yang patah tadi. Gigi tengah tu lah. Aduhai. Gila rapuh gigi aku masa tuh. Haha. Then gigi itu tinggal lah tunggul sampai la umur 6 tahun, parents bawak pergi ke klinik gigi untuk cabut tunggul itu. Isk. Kenangan... Tapi kan masa tu gula-gula tu 4 bijik harga 10sen jer. Murah giler kan.


Gambarku sebelum rongak



p/s: Tiada siapa yang tag aku pon sbenanye, tapi aku nak tag org iaitu Cik Iqa, Cik Maria, and Cik Jamie. Cik Kmar and Cik Qica pon saye nak tag gak. Hahahaha. Sila buat list perkara tentang anda yang pelik ye. Hihi.

9 comments:

  1. ingat dlu, nad slalu bengkak2 kat mata..naper ek? hehe

    ReplyDelete
  2. dema: bengkak2 kat mata ek? eh..xingat langsung la.. mungkin sbb slalu bersin pagi2 kot. almaklumlah resdung ;)

    ReplyDelete
  3. kalau bawak moto, suka bawak paling depan. takut kene ngorat dgn org moto belakang. haha :)
    kalau bawak kereta, suka bawak paling depan. sebab tak diajar utk potong lagi. haha keta depan lembab.

    :D miahah

    ReplyDelete
  4. heheheh...sy tido cukup kalau ada 1 bantal.selimut or bantal kecik takda pun takpe.simple kan?huhu

    err..prosperity burger sedap :D

    ReplyDelete
  5. selamat tak kena tag..
    =)
    hehehe...

    ReplyDelete
  6. [eclipse]:
    /me tak cekap bawak motor tapi bole lah sket2 :P
    haha, kesian kete belakang tensen jer kete depan slow~

    nadia-ady:
    bagusnya. senang nak tdo kan. xpayah cari bantal banyak2 nak letak keliling badan (takut punya pasal) :P

    Cik Dada:
    Heheh. Naseb x tag Cik Dada :P

    ReplyDelete
  7. dek kerana kerongakkan mu ittewww ko makin jeliterr.. kannns

    ReplyDelete
  8. aku ngntok gle skang.. kasik aku lantai pon aku leh tdo nih.. argh

    ReplyDelete
  9. en_me:
    jelita? auwwww..mcm tak kene je. mungkin boleh replace dengan perkataan 'vampire'.

    ihsan:
    sila-sila, lantai ni tak occupied.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails