Friday, November 07, 2008

Siri Anime Kegemaran Bahagian 2

Tiba-tiba terasa mahu menyambung siri ini menggunakan Bahasa Melayu pula.

6. Azumanga Daioh


Salah satu watak dari Azumanga Daioh terpampang di bas! :D

Anime ini diperkenalkan oleh Encik Gajah. Sebab saya cakap saya mahu tengok anime yang comel jadi dia rekomenkan anime ini.

Kenapa saya suka:
Sebab mereka comel. Dan gila. Cikgu mereka juga gila. Saya paling suka Chiyo-chan. Budak kecil yang pandai dan dari keluarga kaya dan boleh masuk sekolah orang yang lebih tua darinya. Dia juga suka memasak!


Inilah Chiyo-chan!



7. Kekkaishi


Anime ini saya tonton sebab Encik Gajah tonton. Dia macam kagum dengan anime ini kerana agak berlainan kuasa Si Kekkaishi ini. Bila saya mula tonton, saya mulai suka juga sebab saya suka anime yang guna senjata kuno atau mempunyai kuasa yang hebat.

Kenapa saya suka:
Seperti di atas.

8. Yakitate!! Japan


Ini anime pertama yang saya tonton yang berkait dengan makanan iaitu roti. Saya tonton kerana mendengar cerita dari kawan-kawan yang mengatakan reaksi karekter di dalam anime ini berlebih-lebihan apabila merasa roti yang sangat sedap yang si hero buat.

Kenapa saya suka:
Saya merasa takjub dengan kebolehan orang-orang di dalam anime ini yang boleh buat bermacam-macam roti yang sedap. Saya juga berasa teruja dengan kesungguhan si hero untuk mencapai kejayaan. Dari anime ini barulah saya tahu cara-cara membuat roti dan rupanya ada banyak jenis roti di dunia ini. Bagi saya jalan ceritanya menarik, tapi ending nya agak mengecewakan sedikit.

9. Nodame Cantabile



Anime ini saya dapat tahu dari kawan di pejabat. Bunyinya menarik kerana ada kaitan dengan muzik. (Saya suka muzik).

Kenapa saya suka:
Sebab utama saya terasa overwhelmed menonoton anime ini kerana ia berkait dengan muzik lah. Dari anime ini saya mengetahui jenis-jenis alat muzik yang ada dan bagaimana rupanya mengendalikan sebuah persembahan orkestra. Saya juga dapat mendengar dan mengetahui pelbagai jenis irama klasik orang barat yang macam Beethoven, Franz, Haydn, dan banyak lagi yang saya dh lupa. Saya juga suka Nodame-chan yang berserabut dan nampak bodoh tapi sebenarnya brilliant in music.

10. Ouran High School Host Club


Saya tonton anime ini kerana dapat tahu dari Encik Gajah juga.

Kenapa saya suka:
Sebab mereka comel. Terutamanya Honey-chan. Suaranya juga menyebabkan dia kelihatan bertambah adorable.


Inilah Honey-chan!




Ohh tiba-tiba terasa mahu tengok semua anime ini semula!

Sebenarnya ada banyak lagi anime yang saya dah tengok tapi ingat-ingat lupa mungkin kerana ia kurang mempunyai kesan terhadap diri saya. Itu sajalah. Semoga anda mendapat sedikit sebanyak informasi dari entri ini. Selamat menonton anime! :)

p/s: Sori banyak nama Encik Gajah kat sini (mungkin anda meluat) tapi memang tak dapat dielakkan sebab dialah orang yang bertanggungjawab menjebakkan diri saya ke alam anime ini.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails