Monday, October 20, 2008

Sengal 2

Alhamdulillah, sudah selesai membayar hutang MARA sebanyak RM700.59. Bayaran dibuat melalui Maybank2u. Itu pun telah di divert dari page baru ke page lama semula. Senang sikit urusanku ;)

Jika entri sebelum ini kuceritakan tentang hari Sabtuku, kali ini kuingin berkongsi tentang hari Ahadku pula.

Begini ceritanya,

Jam 12 aku ke rumah bakal mentuaku untuk menghantar bakal bapa mentuaku ke lapangan terbang untuk menaiki Air Asia ke Bintulu. Ibu mentuaku ada bersama untuk menemani kami. Dalam perjalanan yang melalu jalan kampung, kami berbual-bual. Uncle berpesan sesuatu kepada Auntie tentang air di rumah mereka kerana hari Jumaat dan Sabtu itu rumah mereka terputus bekalan air.

Aku: Eh, rumah Auntie takde air ek aritu?

Auntie: A'ah hari Jumaat dan Sabtu. Sekarang dah ada dah.

Aku: Ooo. Orang tengah buat saliran lagi ek. Patutla air rumah Nurul macam keruh je sejak hari Jumaat lagi rasanya.

Lepas hantar Uncle, kami ke rumah terbuka Adun Bandar Baru Bangi di Stadium Seksyen 15, Bangi. Makan tengah hari di sana. Ada sesuatu yang menarik. Kulit karipap digoreng, dimakan dengan rendang. Sedap. Namanya roti pop rasanya. Tapi tak ambil gambar pula. Gambar aku dan Auntie adalah :D


Mak Encik Gajah pun suka ambil gambar macam ni tau! :P


Selepas itu aku menghantar Auntie ke rumahnya semula. Lepak di sana sekejap sambil baca surat khabar. Tumpang sembahyang Zohor di sana. Jam 3:30 aku pulang ke rumah dan berehat lagi kerana selepas Maghrib nanti mahu keluar lagi untuk menghantar adik Encik Gajah pulang ke asramanya di UPNM, Sungai Besi.

Sewaktu mahu ambil wuduk untuk menunaikan solat Asar, aku perasan air yang keluar dari paip itu sudah menjadi kecil dari biasa. Setelah selesai solat Asar, aku tadah baldi kat shower sampai air tak keluar lagi dari shower tu. Hasilnya 1/4 baldi pun :( Jadi lah untuk masuk tandas buang yang kecil-kecil. Haha.

Jam 7 aku mahu ambil wuduk sembahyang Maghrib pula. Ku buka pili namun tiada apa yang keluar. Gelabah. Air yang kukumpul tadi adalah tidak mutlak. Tidak boleh dibuat air wuduk. Teman serumahku juga gelabah. Lalu ku teringat kepada bakal ibu mentuaku itu. Kuhantar sms kepadanya.

"Auntie, rumah Auntie ada air x? Rumah Nurul takde air"

Lalu dibalasnya.

"Kah..kah..kah ada byk air. Mari lah mandi kat sini"

Isk. Sampai hati dia gelakkan aku yang sedih ini. Dalam hati gelakkan diri sendiri dan gelak sebab bakal dapat ibu mentua sepertinya. Bahagia sebentar.

Ku balas.

"Nurul nak tumpang smyg je. Nurul bawak Kak Su skali boleh tak?"

Dia balas lagi.

"Boleh je"

Dalam pada tidak mahu mandi itu, sesampai di rumahnya, dua-dua mandi :P

Emak Encik Gajah memberikan kami 2 bekas air yang penuh dengan air yang setiap satunya seberat 3kg air mutlak untuk dibawa pulang. Dia juga membekalkan kami dengan satu liter air mineral untuk diminum. Terharu.

Oh sebelum itu, ku mahu ceritakan sesuatu benda yang sengal.

Sewaktu bersiap-siap untuk ke rumah bakal ibu mentuaku, Encik Gajah menelefonku.

Gajah: Hai budak busuk!

Aku: Memang busuk pun. Takde air ni. Nak g umah mak abg nk tumpang air.

Encik Gajah: Oo takde air. Hahahaha ok la siap-siap la.

Aku: OK.

Encik Gajah: Hahahahahahahahhha. Hahahahhaha.

Aku: Dah-dah la tu gelak. Grrr.

Encik Gajah: (Gelak sampai aku letak telefon).



Tadi mak dia gelakkan aku. Ni anak dia pulak. Sama je anak beranak.

Sengal.

11 comments:

  1. lawak2..hehe

    xder air lg perit dari xder letrik...yer dakk???

    ReplyDelete
  2. aik,ada ke resepi nama roti pop ni ek?tak penah dengar pulak rasanya..huhuhu

    ReplyDelete
  3. gajahchan: ye betollll~

    nadia-ady: resepi baru kot ;)

    ReplyDelete
  4. mesti la tadek air lagy tak best. ewww bayangkan ade emergency prutt prutt. takkan nak gune tanah kot. haha

    ReplyDelete
  5. "membayar hutang MARA sebanyak RM700.59" untuk setahun ker bulan bulan ker.. uhuhu, manyaknyerr..

    ReplyDelete
  6. fio: isk isk. tahu takpe. haha

    en_me: untuk sekali seumur hidup je. 1% from pinjaman :) senang bayar skali je, xpayah banyak2 kali bayar, n x payah pk2 lagi! :P

    ReplyDelete
  7. haha, meak rintik anak merintik2.

    wakaka encik gajah *)

    ReplyDelete
  8. hahaha apekah mengatakan future in law sengal. but dpt in law yg happening camtu sememangnya best xD

    ReplyDelete
  9. wah nad
    muke mak mertua mu spt iras2 muka mu jua
    hurm agak rapat dgn ibu mertua itu bgs
    selamat berbahagia~

    -pembaca misteri-

    ReplyDelete
  10. [eclipse]: encik gajah nama tunangku! :)

    wani ezryl: heheh, true enough

    anonymous: kamu ialah puan jamie kan? hehe time kasih, sememangnya org selalu mengatakan sebegitu ;)

    ReplyDelete
  11. ssgguhnya aku bukanlah jamie
    dan kalau ko teka pun mgkin takde yg betol
    it's ok
    -kawan yg jauh-

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails