Sunday, October 19, 2008

Sengal 1

Jika anda mengikuti entri ini, pasti anda sangkakan bahawa hujung minggu ku akan gumbira dan happening. Namun kesudahannya, tidak sama sekali. Sabtu semalam seharian aku menghabiskan masa dengan berada di rumah, di depan televisyen atau di depan komputer. Kenapakah?

Ia bermula begini..

Malam itu makcikku yang mahu mengajakku ke Nilai menghantar sms bahawa dia tidak jadi ke Nilai. Jadi serta merta aku membuat keputusan untuk mengikut bakal mentuaku ke majlis kahwin dan rumah terbuka adik beradiknya. Aku sudah memikirkan baju apa yang mahu dipakai nanti dan dengan gembiranya menjahit semula span bahu baju itu kerana ianya tidak kena dengan seleraku. Jadi tidur malamku sudah dibayangi mimpi-mimpi ke majlis kahwin dan ke dua rumah terbuka di Shah Alam. Excited katakan.

Paginya aku bangun sembahyang Subuh dan tidur semula jam 7. Aku sudah set kan alarm di telefon bimbitku untuk mengejutkan aku jam 8 kerana mahu bertolak jam 9 dari rumah. Tiba jam 8 dan aku bangun, masih mengantuk dan aku tidur semula. Mimpi lagi pergi ke majlis kahwin dan ke dua rumah terbuka di Shah Alam. Terjaga semula jam 0840 kerana terkejut dan takut terlambat. Kepalaku terasa pening amat dan tekakku loya. Aku pelik. Namun tekakku memang loya semacam.

Lalu aku ambil telefon bimbitku dan menghantar sms kepada bakal ibu mentuaku.

"Auntie, betul ke nak bertolak kul 9 ni?"

Tidak lama kemudian bakal ibu mentuaku menelefonku.

Auntie: Assalamualaikum Nurul. Auntie sedang siap-siap la ni. Jap lagi Auntie ngan Uncle ambik Nurul ye.

Aku: Waalaikumussalam Auntie. Kepala Nurul pening giler nih. Rasa nak muntah la.

Auntie: Ooo. Bangun mengejut kot. Takpela, Nurul rehat dulu, jalan-jalan dulu ke, dalam kul 0910 tengok macam mana ye. Auntie pun tengah kemaskan barang Izzaty ni.

Aku: Ok2. (Blur2..mana sempat nak recover dlm 20 minit..isk isk teruk gak pening nih..)

Selepas itu, aku cuba untuk mengikut apa yang bakal ibu mentuaku suruh namun tidak berjaya. Jam 0910 berlalu namun tiada panggilan telefon darinya. Aku menunggu sehingga aku tertidur. Telefon berdering jam 0950, bakal ibu mentua bertanya tentang keadaanku. Pelik juga aku waktu itu kerana bakal ibu mentuaku itu bukan jenis yang tidak menepati masa. Bila difikir-fikir semula, rupa-rupanya aku tersalah dengar, sebenarnya dia beritahu mahu keluar jam 10, bukan 0910. Adohai. Terlepas lah peluangku hari itu. Jadi, sambung tidur lah jawabnya. T_T

Sengal.

2 comments:

  1. en_me: best..tapi tidoq lama2 buhsan gak. nanti pening kepala. haha. overdose

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails