Wednesday, October 08, 2008

Macam-macam Cerita

Bangun pagi ini terasa tekak perit sungguh. Sebenarnya sejak pagi semalam lagi bermulanya sakit tekak ni tapi kuabaikan saja. Malam tadi sebelum tidur aku dah makan ubat sakit tekak yang ada dalam simpananku tapi nampaknya sampai hari ini masih berlarutan.

Aku bangun awal dengan niat mahu pergi kerja. Namun aku membuat keputusan untuk ke klinik sahaja untuk mengelakkan sakitku ini berlarutan. Aku tidak pasti kenapa boleh sakit tekak tapi seingat aku, ia bermula dari pagi semalam selepas makan kuih raya kawan-kawan di pejabat. Too much of kuih raya, maybe? :P Yelah, dari pagi, bawak ke tengahari, bawak ke petang, semuanya kusumbat dengan kuih raya ;)

Selain itu, aku sakit gigi sejak di kampung lagi. Sampai hari ini. Sudah 4-5 hari. Dah sampai masa agaknya untuk gigi yang rosak ni dicabut. T_T Tapi tak boleh cabut kalau masih sakit. Kena lah makan pain killer dulu untuk memastikan gigi tidak sakit sewaktu dicabut. Tapi sampai hari ini aku tak makan painkiller tu lagi :P

Sewaktu aku mahu ke klinik tadi, sedang memanaskan enjin, aku perasan satu benda kat kereta aku.


1 2 3 4


I love fancy numbers. Even my car plate number is a fancy number. Tapi itu semua kerja Abahku. Dia yang pilih nombor-nombor itu semua. Aku cuma tumpang pakai kereta dia saja :)

Berbalik kepada cerita klinik tadi. Selepas tiba di klinik, aku tengok ramai sangat orang kat sana. Semua demam raya agaknya. Kerusi-kerusi yang disusun di koridor klinik semuanya occupied. Aku berdiri sekejap dan tak lama kemudian ada tempat kosong dan aku dapat duduk. Lama juga menunggu baru lah sampai turn aku. Bila dah jumpa doktor, aku dapat MC. Yeay! Ada reason aku tak perlu ke pejabat hari ini. Kanak-kanak, don't try this at home, or...office. This is the reason why I am blogging now :)

Malam semalam aku masak sup ayam untuk kami satu rumah. First time buat sup ayam. Dan frankly first time basuh ayam. Sebelum ni pernah buat sup sayur je :D Ya, saya tahu saya tak pandai masak. Ya saya tahu saya sudah berumur 23 tahun. Dan ya, saya tahu saya tunangan orang. Tapi saya sedang belajar la ni. Kalau cerita kat Ummi atau Encik Tunang, sure diorang happy dengar aku masak :D


Sup ayam Nad


Gambar sup ayam ini diambil beberapa minit yang lalu setelah dipanaskan untuk dimakan pagi ini. Jadi janganlah pelik jika anda tidak nampak ayam di dalam sup ayam tersebut kerana ayam tinggal satu ketul je dan yang nampak hanyalah potato :D Saya mohon agar sup ayam ini tidak dibandingkan dengan sup ayam anda semua yang sudah tentu sedap dan bukan seperti sup ayamku ini. Dan ianya juga tidak ditabur daun bawang atau bawang goreng kerana kesuntukan sumber di dalam peti sejuk rumah mahupun di dapur.

Habis cerita sup ayam, aku nak cerita pasal rumah sewa ni pulak. Sewaktu makan malam dengan housemateku, aku diberitahu bahawa tuan punya bangunan yang kami tinggal sekarang ini mahu kami berpindah dalam masa 2 bulan dari sekarang. Means before masuk tahun depan la agaknya. (Apartment ini dimiliki oleh satu syarikat, bukan orang perseorangan). Ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah/ibu tunggal/kurang upaya untuk tinggal di sini. I am aware that this building is actually meant for those people tapi aku tak sure pulak kenapa kami dapat duduk kat sini. Tapi, ketepikan soal itu, mari berfikir di mana mahu tinggal selepas ini.

Kebetulan pula semalam, seorang lagi housemateku telah berkunjung ke rumah temannya di Hentian Kajang. Katanya rumah itu cantik dan lebih luas. Satu floor ada empat rumah. Dan bangunan di situ masih baru lagi. Ia mempunyai 3 bilik tidur yang semuanya sama saiz dan 2 bilik air. Jadi sekarang kami sedang consider untuk mencari rumah di situ kerana bunyinya macam bes. Public transport pun senang didapati di situ untuk housemateku yang tiada kenderaan. So, wish us all the best k!

Aku ada satu lagi cerita nak diceritakan. Bacalah kalau mahu ;) Malam semalam sewaktu aku sedang enak surfing di internet dan bermain game Diner Dash: Flo On The Go, tiba-tiba terdengar ketukan kuat di pintu rumahku. Aku sangkakan housemateku yang pulang dan tertinggal kunci rumah, rupa-rupanya budak-budak anak jiran tetangga yang datang beraya. Ada empat orang girls kesemuanya memakai pakaian cantik-cantik. Aku serba salah mahu mengajak mereka masuk kerana memikirkan tiada apa yang menarik mahu dihidangkan untuk mereka. Tambahan pula, aku seorang saja di rumah waktu itu. Namun tidak sampai hati pula untuk berbuat begitu.

Aku ajak mereka masuk dan hidangkan kuih-kuih raya yang ada. Aku beri mereka minum air Vanilla Coke yang tinggal 250ml saja di dalam peti sejuk - masukkan dalam 2 gelas. Aku suruh mereka kongsi-kongsi minum. Hoho. Kejam atau baik hati aku ini? :P Aku switch on tv ku supaya tidak senyap sunyi kerana aku kurang mood untuk berbual dengan mereka waktu itu. Nampaknya taktikku berjaya mengalihkan perhatian mereka.

Setelah beberapa lama, terdengar lagi ketukan di pintu. Setelah pintu dibuka, kelihatan empat orang gadis-gadis kecil berpakaian cantik-cantik mahu datang beraya juga. Aku jemput mereka masuk dan aku hidangkan air soya berperisa jagung yang cuma tinggal sedikit di dalam peti sejuk - juga cukup-cukup untuk dimasukkan ke dalam 2 gelas. Yang ini juga suruh mereka kongsi-kongsi minum :P

Mereka juga nampaknya suka akan rancangan yang ditayangkan di televisyen waktu itu - Dunia Baru The Movie. Kami menonton dan gelak bersama-sama melihat gelagat pelakon-pelakon di dalam filem itu. Aku hanya bertanya sedikit-sedikit saja kepada mereka - dari blok mana? sudah berapa rumah pergi beraya malam ni?

Setelah habis minuman mereka, dan sudah menerima duit raya dariku, mereka meminta diri untuk pulang. Phew~ Walaupun tidak cukup makanan/minuman untuk mereka, tapi kerana rezeki mereka ada, Alhamdulillah cukup saja untuk mereka :) Akhirnya aku berasa senang hati kerana dapat melayan mereka. Tetamu itu kan rezeki :)

5 comments:

  1. wahhh... ada gk dak2 beraya kat kl ek? :)

    ReplyDelete
  2. a'a..aku nih dh la rasa dh tak raya mana dh apabila sampai KL..tetibe ade budak nak dtg beraya..pelik gak la memula..pastu br teringat masih bulan syawal lg ~.~

    ReplyDelete
  3. Cik nad, budak2 tu bukan seronok tgk tv.. dorang pikir.. bilalah makcik ni nk bg duit raya.. Dahla air sikit.. air soya jagung lak tu.. (Hehe.. jgn marah ye..)

    ReplyDelete
  4. hehe
    naseb la rumah za xde budak2 raya camtuh
    kalau tak minum ayaq kosong je la :P

    Good luck cari rumah. za las few months pun bz cari rumah gak. tp dah dpt dah now. terasa mcm lagi susah cari rumah dr cari keja *WinK*

    nyway, i put ur page link dlm my blog eh nad. halalkan yer :P

    ReplyDelete
  5. wah, bagus nyer budak nih.

    dah pandai memasak skrg nih ek.

    pas nih leh plak try masak paprik, ikan bakar, masak lemak cili api, sambal kerang, udang goreng bawang, nasi goreng cina + telur bungkus dan lain2...byk menu nih yg menanti.

    (mlm nih makan sosej jer..roti dah abis..alangkah indahnya, kalo ada org masak dinner..wiuuu~~)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails