Wednesday, October 15, 2008

Kan Dah Cakap

Kan dah cakap, aku MC lagi harini. Hehehe. Aik suka pulak. Padahal sakit gila tekak dan dada sebab batuk-batuk dan banyak kahak. Hidung pula tersumbat. Isk. Tak patut gembira. Suara pun dah takde ni. Kalau ada pun, rock habes..

Dari semalam sebelum tidur, aku dah sakit gila tekak. Sakit sampai tension. Dah lah Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak itu ketat gila nak bukak cap dia. Akhirnya setelah Encik Gajah memberi cadangan untuk merendam cap nya di dalam air panas, akhirnya berjaya membuka dan memakannya sebanyak 2 sudu besar sebelum tidur. Time kasih Encik Gajah. Kau lah hero ku.

Hari ini tidak larat bangun pagi. Decide tak mahu pergi kerja. Bangun jam 10 pagi. Duduk depan pc. Surfing di internet. Mencari rumah sewa. Huh. Susah betul nak cari. Lepas tu balas emel orang yang nak tawarkan kerja. Sila kasi kerja kepada saya! Dengan gaji yang lebih tinggi dari sekarang, okay! Dan sediakan task-task yang mencabar minda. Haha. Macam mampu je. Aih melalut pulak.

Jam 11.30 pagi sampai di klinik. Dalam 15 minit menunggu, akhirnya dapat jumpa doktor. Doktor kata kahak ku banyak. Temperature badan okay. Tapi masa cakap dengan doktor, suaraku antara keluar dan tidak. Dia kasi aku 6 jenis ubat. Aku kene bayar RM43. Mahalnya. Semua ubat me-lalok-kan. Doktor kata ada satu ubat yang akan membuat degupan jantung semakin laju dan tangan terketar-ketar. Doktor kasi MC.



Setelah makan tengahari merangkap makan pagi, aku telan kesemua ubat seperti gambar di atas. Tak sampai setengah jam aku dah tak rasa tangan dan kaki aku. Tidur ajelah. Zzzz. Mimpi pelik-pelik. Setelah dengar guruh yang kuat macam letupan bom pada jam 6 petang, aku terjaga. Masih tidak merasa kaki dan tanganku. Namun aku bangun perlahan-lahan untuk mengelakkan kepala pening. Pergi amik wuduk dan sembahyang. Off pc sebab kilat dan guruh sedang rancak di luar. Tak tahu nak buat apa di bilik, aku bukak tv kat ruang tamu. Pun kene tutup jugak sebab guruh dan kilat. Baring di karpet ruang tamu untuk menyejukkan badan yang agak berpeluh akibat memakan ubat yang menyebabkan degupan jantung semakin laju dan tangan terketar-ketar.

Harap esok dapat pergi kerja. Walaupun sudah tahu akan bosan. Haih.

2 comments:

  1. mak aih byknye ubat. kalo wat urine test kompem xlepas ni. hehehhe :p

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails