Thursday, October 09, 2008

Bebelan Nad di Pagi Khamis

Pagi ini ku bangun awal. Bersemangat nak ke pejabat sebab semalam dah seharian terperuk kat rumah. Tapi kepala dan mata ni rasa berat sungguh. Lepas mandi pun sama. Dah la rasa sejuk giler. Masa drive pun sama. Bawak laju-laju pun tak jadi jugak. Sampai pejabat pun macam tu jugak. Haih! Dari tadi berura-ura nak pegi tidur kat surau tapi tak pegi-pegi jugak sampai sekarang.

Sekarang jam menunjukkan pukul 10:17 pagi. Aku baru je lepas isi borang claim sebab amik medicine semalam. RM33. Banyak gak tu. Boleh makan buffet berbuka. Eh..lupa pulak dah lepas bulan puasa. Hmm..harap-harap dapat cepat la duit claim ni. Mereka (company insurance) masih berhutang dengan aku duit spek RM430 dan duit perubatan gak RM32. That was 2 months back, ok. Lama giler tunggu. Sekarang diorang nak kene bayar aku lagi RM33. Total up semua jadi RM495. Kalau dapat, makcik kayo lah jawabnye :D

Teringat semalam ada company call nak offer kerja untuk aku. Yup, since aku dah mulakan aktiviti mencari kerja lain last month kat Jobstreet dan JobsDB, and company tu pun tengah cari orang. Aku tak apply pun sebab aku kalau boleh nak cari kat Terengganu. 18 December ni, aku bakal habis contract dengan my current employer. Biasanya memang akan extend lagi contract tapi aku rasa aku tak mau dah kot. Dah bosan being on-benched sekian lama.

Tapi masa company tu call, aku tengah agak lalok sebab kene penangan ubat-ubatan yang menidurkan. Masa tu kepala berat giler dan macam tak boleh pikir sangat. Aku jawab je mana yang mampu. Uhuk-uhuk. Tak sihat + cuak = gelabah menjawab soklan interview secara tak formal :( Argh terasa fail masa tu jugak sebelum mengetahui result dapat ke tak ke..

Setelah aku mengatakan bahawa aku kurang sehat haritu dan aku on MC, dia pon cakap nak hantar email kat aku je sebab communication through phone tu macam kurang berjaya. Haha. Petang tu kul 6 lebih lepas bangun tidur, aku bukak inbox kat yahoo and tengok dia dah hantar pun email tu. Lepas baca document yang dihantar, baru lah aku tahu bahawa diorang memerlukan orang yang experience 4-8 tahun. Wooo.. cuak tengok nombor-nombor tuh. Alahai, aku kerja tak sampai 1.5 tahun lagi, tapi dia call aku. Pelik jugak sebab dia dah baca resume aku dah terang-terang aku 1+ year experience je. Tapi apa yang aku nampak, semua skills yang dia require memang kene dengan skills yang aku ada. So aku cakap jela aku interested bla bla bla. Tengok lah macam mana nanti. Kalau ada rezeki, ada la. Bismillahi tawakkal tu 'alallah..

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, aku kena kerja Sabtu ni. Ini adalah untuk menggantikan cuti yang diberikan oleh company ku pada Jumaat lepas iaitu hari raya ke-3 untuk memberikan cuti panjang kepada pekerja-pekerja. Yelahkan, Rabu dan Khamis tu memang public holiday. Kalau yang tak meraikan hari raya tu, takkan la nak datang kerja hari Jumaat jugak and lepas tu dah weekend dah. Sah-sah la ramai ponteng :P

Tapi Sabtu ni, kawan aku kawin kat Melaka iaitu Cik Jamie a.k.a Beluncas. Jadi aku akan pergi jugak majlis kahwin dia tapi pandai-pandaila aku uruskan macam mana kat pejabat tuh ;) *gelak jahat*

And satu lagi nak cite, malam ni Encik Gajah pulang ke KL~ *wink* Tak sabar nak tengok rambut 'cacak' nya :P Semoga Si Dia selamat sampai, insyaAllah.

OK lah, itu sahaja untuk kali ini,
Semoga berjumpa lagi di lain entri!

(chewah..macam pantun la pulak) :P

psst: nak gi tidur kat surau jap. hihi

2 comments:

  1. nanti dating ke malam nih lak. hahahaa

    ReplyDelete
  2. hehe..mintak tolong amik seri kembangan..

    date nyer keesokan ari~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails