Monday, October 06, 2008

Another long entry

Malam 25 September lalu, aku, Pok Kobik (pakcikku), dan Syafiq (sepupuku) bertolak dari Bangi ke Besut pada jam 12 tengah malam. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam itu amat lancar memandangkan warga kota belum berpusu-pusu pulang ke kampung lagi. Pada ketika itu juga aku telah belajar route pulang ke kampungku yang sebenarnya kerana sebelum ini aku kurang ambil periksa :D

Alhamdulillah, setelah tiba di rumahku, waktu itu baru sahaja berkumandang azan Subuh. Setelah menunaikan kewajipanku, aku melelapkan mata untuk mengqadha' tidurku yang tidak cukup setelah berjaga di kebanyakan waktu sewaktu perjalanan pulang tadi walaupun tidak memandu. Setelah lebih kurang 4 jam, aku bangun dari tidur untuk memulakan kerja-kerja mengangkut dan mengemas barang di rumah baru. Sememangnya ia amat memenatkan lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ketika semua ummat Islam sedang menunaikan kewajipan berpuasa. Hari itu badanku sungguh lemah dan haus sehinggakan ada suatu ketika aku nampak air yang keluar dari paip di tandas rumahku amat menyelerakan. T_T

Proses mengemas dan menyusun barang-barang di rumah baru masih lagi belum selesai sampai saat ini. 3 malam pertama kami tidur di rumah itu, pintu-pintu tandas-tandas masih belum dipasang. 2 malam itu juga, tempat tidur kami ialah ruang tamu beralaskan tilam-tilam. Katil-katil dan langsir-langsir pula baru dipasang pada malam sehari sebelum raya. Dan sampai sekarang, cermin tingkap bahagian atas masih lagi belum dipasang. Masih banyak lagi yang tidak lengkap di rumah itu sebenarnya. Pintu-pintu untuk keluar rumah masih belum disyelek. Jubin belum dipasang di porch rumah. Pintu pagar kedua dan ketiga masih belum dipasang. Pagar juga tidak bercat. Grill juga baru separuh yang siap dipasang. Pendek kata memang express untuk raya dan buat yang mana perlu dahulu. Yang penting selamat dan selesa untuk kami tinggal buat masa sekarang. Namun aku gumbira :)

Raya kami tahun ini biasa-biasa saja. Hari raya pertama saja yang agak meriah. Hari lain tidak terasa seperti hari raya sangat pun. Sememangnya keluargaku malas mahu berjalan agaknya. Aku pula malas nak pergi ke mana-mana tanpa Ummi dan Abah. Jadi semua sekali adik beradik tidak berjalan-jalan sangat di hari raya. Ini memang selalu terjadi di hari raya di dalam keluargaku. Walaupun aku sebenarnya tidak berapa gembira dengan keadaan itu, aku diamkan saja. Tahun lepas aje aku bising-bising sebab mereka tak berjalan-jalan di hari raya.

Raya tahun ini ramai sepupuku yang masih kecil terkena demam campak. Kasihan mereka. Aku pun risau juga kalau terjangkit. Tapi bila difikirkan, bagus juga kalau kena. Dapat la MC dan boleh balik kampung :D Dengan kata lain, tak payah pergi kerja.

Raya tahun ini juga aku dapat menyedekahkan duit raya kepada semua sepupuku. Berbanding tahun lepas, ada yang tak dapat kerana tidak bersua muka. Nasiblah. Lagipun aku tidak berapa rapat dengan mereka yang tidak dapat rezeki duit raya aku tahun lepas itu. :P

Raya tahun ini, pada hari raya pertama kami memakai tema coklat/gold. Aku gumbira kerana dapat bergambar satu family seperti ini.


Dan ini


Begitu juga dengan ini


Setelah 10 hari berada di rumah, aku dengan berat hatinya pulang ke Bangi pada jam 11:30 pagi semalam (Ahad) dan sampai di rumah sewa pada jam 2:30 pagi hari ini (Isnin). T_T

Sebelum mengundur diri, kusajikan gambar-gambar rumah baruku yang tak berapa siap. Haha.


Pintu masuk utama..dari dalam rumah



Ruang tamu



Ruang tamu lagi


Ruang tamu lagi dan lagi



Dan lagi



Pintu masuk kedua



Pintu masuk ketiga



Dapur basah..belum pasang langsir lagi



Dapur basah juga



Dapur kering..juga tak sempat pasang langsir lagi



Ruang keluarga



Bilikku yang kukongsi bersama Kak Chik



Bilikku..tengok tu..ada tilam jer.. T_T



Bilikku yang tiada perabot lagi T_T



Porch belum siap lagi. Belum tampal mozek



Pemandangan porch dari pintu masuk utama rumah



Pagar yang belum bercat

4 comments:

  1. waa...umah da siap..
    bila boleh masuk nie :p

    ReplyDelete
  2. Akma: sudah masuk dh :) 27 sept haritu lagi :D

    ReplyDelete
  3. huiyo... bole tahan beso rumah tuh. ~_~

    ReplyDelete
  4. Adek: persiapan menyambut menantu :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails