Wednesday, October 22, 2008

29 months

Kerja hari ini seperti biasa, oh anda tau perkataan itu, BOSAN. Dari pagi sehingga tengah hari aku menyibukkan diri seperti biasa dengan membaca blog rakan-rakan, kenalan-kenalan, orang-orang asing, orang-orang gorgeous, orang-orang comel, dan kedai-kedai online. Bila dipikirkan, aku rasa rasa macam stalker pula. (Apakah stalker di dalam Bahasa Melayu?)

Hari ini aku berasa gumbira kerana hari ini hari Rabu. Aku gumbira kerana esok ialah Khamis. Khamis esok Encik Gajah akan pulang selepas kerja ke Bangi~ Kali ini dia cuti lama sedikit berbanding kebiasaan kerana dia mengambil cuti pada hari Ahad dan hari Isnin Deepavali ini dia akan pulang semula ke Kerteh :) Dalam kepala berkira-kira di mana mahu berjalan-jalan ke tempat yang jarang sampai.

Hari ini aku berasa gumbira kerana sudah 29 bulan kami berpegang kepada fakta bahawa kami mencintai antara satu sama lain. Mudah-mudahan visi kami pada November tahun depan tercapai, insyaAllah :)

Sabtu ini aku bakal sibuk. Bakal mentuaku akan mengadakan rumah terbuka di rumahnya di Fasa 3 itu. Sudah semestinya aku bertanggungjawab untuk sibuk sama seperti tuan rumah :D Berbanding sewaktu rumah terbuka mereka pada tahun lepas, aku hanya menjadi tetamu sahaja :) Memikirkan benda-benda seperti ini membuatkan aku tersenyum sendirian. Ku masih ingat aku masih kekok di rumahnya dan tidak dapat berkelakuan seperti aku yang normal. Jantung berdegup kencang dan muka seperti kejang, tidak banyak bercakap dan hanya banyak senyum sahaja. Itulah yang terjadi jika aku nervous :P

Tahun ini tidak pula. Aku sudah menjadi seperti teman rapat ibunya. Mendengar celoteh, cerita gembira, dan kerunsingan yang bersarang di kepala ibunya adalah kerjaku. Membawa ibunya ke mana-mana juga adalah kerja ku. Berjumpa di setiap hujung minggu dengan ibunya adalah kewajipanku. Berulang alik ke Rawang (sekolah adik bongsu Encik Gajah), KLIA dan LCCT (menghantar ayahanda Encik Gajah untuk fly ke Bintulu dan mengambilnya dari situ), UPNM Sungai Besi (tempat adik ketiga Encik Gajah belajar di situ), dan komuter UKM (menghantar adik kedua Encik Gajah ke situ untuk dia ke Kolej di Melaka) adalah rutinku. Pendek kata, setiap masa berkepit dengan emak Encik Gajah. Itu belum lagi dikira waktu-waktu membeli belah dan cuci mata (window shopping) bersama. Alhamdulillah, aku amat bersyukur kerana mengenali insan-insan ini (Encik Gajah dan keluarga) di dalam hidupku.

Untuk rumah terbuka keluarga Encik Gajah Sabtu ini, aku telah menempah kek cawan (cupcakes) dari rakan sepejabatku. Dia berniaga kek cawan sebagai pendapatan sampingan. Aku harap keluarga Encik Gajah gumbira dengan kek cawan itu :)

Itu sahaja untuk kali ini. Mahu pulang ke rumah pula :D

7 comments:

  1. ku juga hepi sbb dapat cuti panjang sedikit...pastu akan slalu ke kl sbb ada miting pada hari kamis membuat kan aku nyer kos perjalanan balik adalah free..hehe

    dan seterusnya, aku akan bz slalu dgn keje n ada masa bersama insan2 tersayang...yeppi~

    ReplyDelete
  2. stalker dlm bahase melayunye tukang skodeng. kah kah

    anyway, yer anda sangat beruntung mempunyai mertua yg rapat dgn anda :D syabas betti

    ReplyDelete
  3. nad~
    hepinye dgr cite korang~
    smoge korang cpt2 kawen n bleh share ngn kite tips berbaik2 ngn bakal mak mertue..

    -choclairissa-

    ReplyDelete
  4. wah ingatkan november depan *)
    pastu leh buat entri pasal ibu mertuaku pulak. bak kata Anonymous

    ReplyDelete
  5. wah,betul kata anynmous tu.hehe

    november tahun depan kawen kew? pasni leh la letak gambo kawen pulak.heheheh

    ReplyDelete
  6. gajahchan: yeppi juga~

    fio: wah pandainya awak. alhamdulillah krn menjumpainya

    choclairissa: ngeh2 takde tips nye pon~ tq for the wish :)

    [eclipse]: yup lambat lagi :P

    nadia: yup next year's nov. insyaAllah jika dipanjangkan umur blog nih :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails