Monday, September 01, 2008

KL Butterfly Park - Aug 1, 2008

Hari itu, selepas solat Jumaat, Encik Gaj membawaku ke KL Butterfly Park untuk snap sedikit gambar. Ianya terletak di Jalan Parlimen, berdekatan dengan Masjid Negara, KL Bird Park, Taman Tasik Perdana, dan Planetarium Negara.

Ini adalah Butterfly Park kedua yang pernah aku lawati selain dari Butterfly Park di Cameron Highlands. Bayaran untuk masuk orang dewasa warganegara Malaysia ialah RM8. Caj membawa kamera adalah RM1. Walaupun kebanyakan website ada menyatakan bahawa bayaran masuk ke situ untuk dewasa warganegara Malaysia ialah RM5, namun mungkin kerana kesan kenaikan harga petrol baru-baru ini, harganya telah dinaikkan.

Kawasan di dalam KL Butterfly Park ini agak luas berbanding dengan Cameron Highland's. Ianya penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang berbunga untuk menarik perhatian rama-rama dan kupu-kupu yang ada. Terdapat banyak anak tangga yang perlu dinaiki dan dituruni untuk mengalami sendiri setiap ceruk kawasan tersebut. Struktur tanah di situ yang agak berbukit menjadikan pemandangan di situ agak cantik, ditambah pula dengan kolam-kolam ikan dan air pancut yang ada.


Namun, apa yang agak mengecewakan kami, serangga-serangga yang sepatutnya ada di situ iaitu rama-rama dan kupu-kupu tidak sebanyak yang kami dapat lihat di Cameron Highland Butterfly Park walaupun kawasan di KL Butterfly Park adalah lebih besar. Jadi, kami banyak meng-snap gambar kami berdua sahaja. :P




Sebenarnya aku takutkan rama-rama. Haha



Ok. Ok. Enough of butterflies. Let us go back!


Ok la, aku letak la jugak sket gamba rama-rama yang ada. Gambar-gambar di bawah ini diambil dari Fotopage Encik Gaj.




Sekian, terima kasih.

Nad Says:
Selamat menyambut Ramadhan untuk semua~ Hari ini sudah 1 September, terasa seperti semalam baru menyambut tahun baru 2008.

2 comments:

  1. cewah..mcm wat tv pendidikan jer.
    thanks sbb promote fotopages yg x seberapa tuh..haha.
    amik gmbr pun skadar suka2 jer pun

    ReplyDelete
  2. mcm dh pnh g je mase kecik2 dlu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails