Wednesday, September 24, 2008

It's Tomorrow!!

*winks*

Esok malam balik kampung~~ whee~~

Esok jugak family aku pindah masuk rumah baru~~ whee~~

Tadi pegi PKNS Bangi untuk berbuka puasa bersama housemates kat KFC. Panjang giler orang beratur. Dah azan pun masih panjang lagi. Alhamdulillah sempat beli sebelum berbuka puasa. Aku mkn Zinger n Kak Su makan Colonel burger. And Kak Muni makan nasi kerabu ok. Hahahah. Dahla meja kami tu betul2 depan counter jer, seb baik diorg tak halau hehehe. Diorg tak nampak sebab sehingga kami habis makan baru la counter clear dari pelanggan :D Alhamdulillah.

Tujuan asal pegi sana ialah untuk Kak Su beli souvenir untuk orang2 yang tlg buat survey dia. Kak Su ni amik MBA kat UKM. And aku pulak nak beli kerongsang untuk Kak Ngah. Dia dh pesan awal2 beli kerongsang kaler coklat - tema 1st day raya tahun ni :D

So lepas mengerjakan solat Maghrib di sana, aku n Kak Su berpecah untuk mencapai objektif masing2. Aku ke kedai kerongsang n dia g bahagian stationary. Memula ingat nak beli kerongsang untuk Kak Ngah je, n mungkin jugak untuk bakal mak mertuaku tapi aku ended up beli kerongsang untuk semua adik beradik perempuan aku n bakal mak mertua. Hehe. Puas ati sebab lawa2 semuanya :) Ni kali ketiga dh beli kerongsang kat situ. Tadi semua sekali habis RM115 :P

Last week aku dapat kasut raya baru dari bakal mak mertua aku. Hihi. Hepinye! Dapat pilih sendiri lak tuh. Kalo beli sendiri, takdenya aku nak beli yg harga tu walalupun dh kira murah dh harga kasut tu di kalangan kasut2 lain di kedai tu ;) Bakal mak mertua ku ckp, sebab bakal ayah mertua ku dapat bonus bulan ni, dia belanja semua anak2nya termasukla aku yang sipi2 nk jadi anaknya :D Alhamdulillah murah rezeki. Salah satu sebab aku belikan kerongsang utk bakal mak mertua ialah sebab dia belanja kasut tu lah :D n dia memang selalu kasi macam2 kat aku pon. Haha. Dahla masa birthday dia aku x kasi pape lagi. So oleh semua sebab2 tu, aku belikanla satu kerongsang utk dia yg bertema coklat juga. Hope she'll like it :)

So, mari tengok checklist ku seblom balik kampung:

[1] Servis kete checked
[2] Beli kerongsang checked
[3] Basuh baju checked
[4] Selendang sampai from GuntingStore checked
[5] Transfer installer games ke dlm removable hard disk untuk adik2 unchecked

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami pulang ke kampung esok hari, Ameen.

4 comments:

  1. jgn luper letak yg jasa mu byk dikenang selepas menolong mak yg x reti drive tu. mgkn itu salah satu cara mak nak berterima kasih kot. dgn ada nyer bakal anak mertua yg duk kat bangi, memudahkan mak minta tolong antar2 "adik2" g skolah atau g kedai untuk shoping. hehe~
    semoga perjalanan balik ke besut selamat semua nyer. dah la balik malam, jadi driver kena berjaga atau gilir2 kot.
    selamat ari raya juga.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya nad!! maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum tuan rumah,

    mengisi pulut ke dlm buluh, buat lemang juga ketupat, menyusun jari nan sepuluh, maafkan me wahai sahabat..

    selamat hariraya maaf zahir batin dari en_me

    ReplyDelete
  4. basuh baju: checked


    raye woi raye.. basuh baju ble2 pon boleh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails