Sunday, September 07, 2008

Budget Majlis Pertunangan


Assalamualaikum..

Kali ni nak wat sedikit budget ku sewaktu ku bertunang haritu. Semoga menjadi panduan kepada anda yang mahu melangsungkan majlis pertunangan :)

1. Baju Pertunangan


Kain baju ni dibeli di Jakel, KL.Satu set (perempuan dan lelaki) berharga RM380. Untuk perempuan, ada 2 jenis kain iaitu 4 meter satin dan 2 meter lace, manakala untuk lelaki pula 4.5 meter kain satin sahaja.

Tempahan baju pertunangan ini pula dibuat di Kuala Besut. Baju kurung moden untuk baju ini hanya di cas RM70 sahaja :) Kalo nak kontek makcik tu, sila hubungi daku yer :P Makcik tu terer menjahit wooo :D

2. Persalinan Akad Nikah

Persalinan akad nikah adalah salah satu dari hantaran untuk diberi kepada pihak lelaki. Dibeli di Jakel KL juge, satu set berharga RM370. Macam baju tunang tu jugak, ade 4 meter satin dan 2 meter organza utk perempuan n lelaki pulak 4.5 meter satin.



3. Songket

Songket utk dipakai sebagai samping ni jugak ialah salah satu hantaran kepada pihak lelaki. Dibeli di Kuala Terengganu (lupe nama kedai, tapi bukan kat Pasar Payang), harganya RM230. Abah ckp kat kedai tu lebih murah berbanding di Pasar Payang sebab kat situ adalah pembekal songket~



4. Pelamin & Make Up


Orang yang setupkan pelamin n make up adalah dari Astana Andaman Pengantin. Tuan punya kedai ni ialah Puan Sabariah atau lebih mesra dipanggil Kak Saba. Dia buat keje dengan anak perempuannya. Kedai dia dekat ngn rumahku, lebih kurang 10 min naik kete. Alamat kedainya adalah PT 3221, Taman D'Lahar, Kota Putra 22200 Besut, Trg. Kak Saba sudah mempunyai 2 tahun pengalaman dlm bidang ini. Inilah hasil makeupnya kepadaku :P


Makeupku yang tanpa mencukur bulu kening n x memakai bulu mata palsu ;)



Selendang pandangan dari atas


Tudung yang kupakai itu ialah kepunyaan mak ku. Dari Indonesia, harganya RM100++. (Masa majlis tu, ramai tanye pasal tudung ni..huhu). Harga utk pelamin, makeup, dulang, alas dulang, dan selendang ialah RM300.

5. Sejadah


Merupakan salah satu barang hantaran utk lelaki. Dibeli di Jaafar Rawas, KB berharga RM40.

6. Sireh Junjung


Sireh junjung juga merupakan salah satu hantaran utk lelaki. Kos untuk sireh junjung ialah RM18. Dibuat oleh seorang makcik kat kampung ku.

7. Kek Lapis


Kek lapis dlm kotak transparent


Kek Lapis Sarawak ni dibuat oleh orang kampungku gak..tapi yang ni mahal sket dari yang lain-lain. RM150 harganya. Tapi sedap la :D

8. Buah Naga


Buah naga ni harga di kampung lebih murah berbanding dengan yang dibeli di bandar. Menurut Abah, buah naga ni ada gred2 tersendiri (A,B,C etc.). So utk hantaran, kos buah naga ni ialah RM35 untuk memenuhi bakul seperti di dalam gambar di atas ;)

9. Kotak-kotak & Bakul Hantaran



3 kotak mengkuang, 2 kotak transparent, dan 1 bakul hantaran ni semuanya ditempah dari Pengkalan Kubur, Kelantan. Kos untuk kesemua barang ini ialah RM162.

10. Lain-lain

Makanan untuk tetamu telah disponsor oleh Abah dan Ummi dan sebahagiannya di sponsor oleh nenek dan makcik-makcikku. Puding gula merah untuk hantaran juga disponsor (dibuat) oleh makcikku. Fotografer ialah pakcikku (free). Hehe. Tempat pula, seperti anda semua tahu, tidak dibuat di rumah kerana rumahku dlm proses pembinaan. InsyaAllah minggu hadapan akan siap. Jadi tempat pertunangan adalah di rumah/pejabat pakcik dan makcikku di Pengkalan Nyireh (Mix Target Sdn Bhd).

Itu sahaja untuk kali ini, semoga pembaca2 mendapat manfaat dari entry ini. Sekian :)

20 comments:

  1. gile mahal kos..pekata kawen kat golok ajer ekekekekeke...

    ReplyDelete
  2. sebenanye xmahal pun bila total up sume..sbb bj tunang bhgn aku jer aku byr RM280 je, n akn pki balik kot ms kawen nnt. dh jimat dh kat ctu. n utk persalinan akad nikah lak, aku byr RM270 jer utk bhgn aku jer, tu pun termasuk dlm bajet utk kawen la plak kan. bila total up sume, xsampai RM1.5K pon belanja :) (kelebihan duk kat kampong~ heheheh)

    ReplyDelete
  3. yang "makeup tanpa cukur bulu kening ngan bulu mata palsu tu" statement untuk ape ek? conpius aku

    ReplyDelete
  4. tuh statement utk mata dia yg beso lepas dimakeup :P

    nad, tolak2 reusable items utk kawen, bape je ko belanja utk tunang (yg sbnr2 - kira one time use ms tunang je lah).

    aku chuak tgk nombor nombor tuh... isk.

    ReplyDelete
  5. iwang: sebab kak saba (mak andam) tu pujuk2 aku suh cukur bulu kening..so aku xmo..sebab haram..huhu, n then dia dh pakaikan aku bulu mata palsu tapi aku x selesa n aku rasa x seswai ngn aku jadi aku pakai mascara jer. kesimpulannya aku nak ckp, makcik tu leh tolerate la ngn kite :P

    re-arrange: ni kira utk belah pompuan lah, aku habes dlm RM1300. what u do u think? aku rasa x byk.. yang penting majlis berjalan lancar dan tetamu yang dtg puas ati ngn makanan n layanan :)

    ReplyDelete
  6. haih.. lbt ag r aku leh kawen nih...

    ReplyDelete
  7. untuk orang besut ke nadiah? hehe
    alamak...tempah untuk dema satu..
    hehe free jugak..boleh??

    eh...aghoo pun ader...lame dop juper

    ReplyDelete
  8. arghhh rumitnyaaaaaa.........

    ReplyDelete
  9. aik..cane kemar leh ada kt sini???
    huhu..
    bape hantaran mu kawen nad??

    ReplyDelete
  10. ihsan_huhu: huhu la jugak

    akma: a'ah utk org besut dan sewaktu dengannya :) nak tempah apa tu dema? fotografer ker? bile tuh? :P free ke tak tuh, kene tanye tuan punye diri la :P
    aik, mana knal agho? ooo..satu upm kan..

    agho: akma ni kawan skolah rendah la..bespreng :P
    hantaran? hurm..kurang dr 10k kot.. :D

    anonymous: belum serumit majlis kawen ;)

    ReplyDelete
  11. entry nadiah ni mmg berguna:).
    nadiah..ina berminat ngn makcik yg tukang jahit kat kuala besut tu la..ehe..die buleh jahit kebaya x?

    ReplyDelete
  12. yup ina..memang makcik tu bleh jahit kebaya. in fact dia jahit kebaya utk baju raya nadiah thn ni :D

    ReplyDelete
  13. waa.. thanks. lama gile surf tenet cari idea or at least kos2 pertunangan finally link to ur blog ni really helpful. thank ya! selamat menempuh alam perkahwinan tak lama lagi! =D

    ReplyDelete
  14. maaf ek..
    juz drop by here...
    tertarik dgn ur theme of engagement..
    btw...kotak mengkuang tu dpt dr mane ek??
    nk cri la...nmpk nice!!
    n honestly..luv 2 see ur pic..
    very nice..
    baju pon cntek...

    -fiena-

    ReplyDelete
  15. afzanranai:
    hi afzan
    happy dpt tolong sedikit sebanyak ;)
    thanks!

    fiena:
    kotak mengkuang tu ditempah dari Pengkalan Kubur, Kelantan.
    thanks :)

    ReplyDelete
  16. baju tunang mahal..hihi..nnti nak tunjuk kat kakak mili r..die xredi 1 ape nk btunang :)

    ReplyDelete
  17. salam, tq sgt for information psl tunang, mmang tngah mencari psl tunang, pening dibuatnya duk pkr hanya psl tunang tu.....

    ReplyDelete
  18. salam nad...
    im zai..
    rancang bertunang 14/2/2010. so saya nk pink kaler mcm nad punya tema,cantik sangat.

    saya stay kt perlis, leh ker saya beli kain n tempah dekat tailor nad 2. nak ker akak 2 buat, x jauh ker? n cost die bnyak mana lak..

    plzz help me....

    ReplyDelete
  19. sangat murah ok..gua nak cr yg boleh dpt sep mcm ni jugak la..huhu

    ReplyDelete
  20. nice entry! btw, im planning to post my preparation details like u! senang jadi reference untuk yang lain2 kan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails