Friday, September 05, 2008

Berbuka Puasa @ Pantai Bagan Lalang with officemates~

Assalamualaikum.

3 September lalu, selepas kerja, aku dan 21 org officemates yg laen telah berbuka puasa di Pantai Bagan Lalang. Perjalanan dari ofisku di Cyberjaya ke sana mengambil masa selama lebih kurang 1 jam (plus salah jalan n amik sorg lg kat umah dia otw g pantai gak). Pantai Bagan Lalang ni kat Sepang kalo korang tak tau. Dan juga dekat ngan Sepang Goldcoast. Memula x tau pun Bagan Lalang ni sebenarnye sebuah pantai :P Semua sekali ada 6 buah kereta n jalan ke situ ditunjukkan oleh Cik Dalia.

Perjalanan ke sana mula2 tu rasa jauh gak sebab pakai jalan dalam, jalan bengkang bengkok n mcm nak gi ceruk mane je. Heheh. Kami lalu jalan yang nak g LCCT tuh. Ada lalu litar F1 Sepang, ladang kelapa sawit, ada nampak monyet2 yang banyak kat tepi jalan. Tapi bila sampai tu bes sgt sebab dh nampak pantai~ Sebenarnye x penah terduga olehku akan pergi ke pantai di negeri Selangor ini. Heheh. Aku yang penggemar pantai ini, walalupun kat kampung duk dekat ngn pantai tp sejak bulan Mac haritu tak sempat nak gi jenguk pantai yg dekat ngn umah tu. Jadi bila smpi kat Bagan Lalang ni, rasa excited gile, plus nak makan seafood yg byk. Whee~~

Cara membeli mknn kat situ ialah dengan memilih seafood yang segar2 yg ada (ikan, sotong, udang, ketam, kerang, dll) n timbang (harga ikut 100gm) n nnt dia masakkan utk kita. Sementara tunggu diorang masak, kami g bersuka ria kat pantai, amik2 gamba. Walaupun kamera yang kubawa khas utk amik gamba kat sana abes bateri sebaik sahaja sampai ke destinasi, aku masih ada fon utk amik gamba. Alhamdulillah reliable gak rupenye fon ni. Sblm ni xpnah lak amik gmbr dr fon n edit2 bersungguh. Haha. So inilah hasilnya...





Kalau nak tgk gamba lebih clear, sila ke fotopage saya ye.

Apa yang membuatkan aku hepi sangat ialah apabila tengok sepanjang pesisir pantai tu, x nampak org lain pun selain kitorg. Seronok gile! Rasa cam pantai private laks :D

Dh nk masuk maghrib, kami kembali ke kedai tu semula. Usai azan Maghrib, berbuka dengan kurma n air masak n terus ke surau kat belakang kedai tu utk sembahyang Maghrib. Lepas tu baru la melantak + amik2 gamba lagi smpi kul 9 lebih. Bila ditotalkan dan dibahagi 22 orang, sorang kene bayar RM22.

Kul 9 lebih baru bertolak balik ke ofis utk amik kete n balik umah. Fuh.. Penat giler tapi worth it. Sebab rasa cam hepi sangat. Aku jarang sebenarnye menghabiskan duit yang banyak utk makanan selain mkn mcm kat pizza hut ke..Secret Recipe ke..(termasuk dlm golongan mahal bagi aku ehehhe). Aku juga sorang calon yang tak bagus utk dibawak ke tempat makanan buffet sebab aku makan sikit (mulut n perut kecik :P). Nanti x worth it plak dengan bayaran :P So itu sahaja bebelan aku pada kali ini. Selamat meneruskan baki 5/6 puasa di bulan Al-Quran ini :)

Nad Says:
Gamba2 dari fon are inspired by Encik Ezwan yang membuktikan amik gamba dengan fon pon lawa kalo cukup skills :)

2 comments:

  1. chumel je tgk gambar kat pantai tuh...
    hehehe...nad kene bawak dada gi sana nih..
    huhuhu~!

    ReplyDelete
  2. hihi~
    insyaAllah kalau dada ada rezeki, nadiah leh bawak dada g sana k :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails