Monday, July 14, 2008

Warkah Buat Orang Yang Berumur 23 Tahun Hari Ini


Assalamualaikum.

Hari ini saya mahu ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Encik Muhammad Amir bin Marzhuki a.k.a Gajah. Genaplah umur anda 23 tahun hari ini. Anda sudah besar, saya kecik lagi. Jadi, jadilah Gajah yang baik, k! :P

Hari jadi kali ini tidak sama dengan hari jadi sebelum-sebelum ini kerana anda sudah melangkah ke alam pekerjaan. Jadi tabahlah, ye! Saya tahu anda sangat bizi bila sudah bekerja jadi saya harap rezeki untuk bakal keluarga kita nanti adalah rezeki yang halal hasil titik peluh anda bekerja dengan ikhlas =)

Hari lahir tahun ini tidak sama dengan tahun lepas kerana waktu itu kita masih boleh banyak kali pergi deting tapi tahun ini terpaksa sambut awal 2 hari kerana menggunakan masa yang anda ada di KL untuk menyambutnya. Saya harap anda gumbira =)

Umur 23 tahun anda juga berlainan dengan umur 22 tahun kerana tahun ini kita akan melangkah setapak lagi kehadapan dalam perhubungan kita. Saya berdoa dan berharap agar semuanya selamat nanti. InsyaAllah.

Setakat ini saja warkah saya untuk anda, semoga anda gumbira di hari lahir anda walaupun kawan-kawan di ofis tidak tahu hari ini hari jadi anda. Yang penting saya tahu =)

*gambar itu adalah anda bersama muke hepi anda kerana mendapat jam baru* :P

1 comment:

  1. terima kasih kerana berikan hadiah yg bermakna pada ku.

    mentang2 la jam lama ku dah rosak, ada laks penganti dia disaat2 genting nih.

    maklumlah, masa itu emas. rasa mcm x cukup jer 24 jam sehari tuh. kalo diberikan 30 jam sehari pun mgkn x cukup. :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails