Thursday, July 24, 2008

Balik Kampung 19 Julai 2008 [Part 1]

Assalamualaikum.

Weekend yang lalu ku habiskan masa di kampung halamanku, nun jauh di Besut, Terengganu. Bertolak dari Hentian Kajang jam 8:30 malam Sabtu lalu dan tiba di Jerteh jam 5 pagi Sabtu itu. Perjalanan selama 8 jam setengah itu agak memenatkan namun aku sangat happy :) Pagi itu pakcikku fetched me sebab Abah berada di Pulau Karimo berjalan2. Sesampai di rumahku, ku tidur sampai tengahari kerana kepenatan.


Inilah rumah yang diduduki sekarang, tumpang jap sementara tunggu rumah yang dalam pembinaan tu siap.
Tengahari tu ku menjengah Nenek di rumahnya yang lebih kurang 10 langkah dari rumahku. Rupa-rupanya Nenek, Umi, dan Anyoh (makcikku) sudah menyiapkan juadah spesel utk family kami iaitu nasi kerabu. Whee~ :D Memang dah lama tak rasa dan memang cedap!



Itu hari Sabtu. Hari Ahad pulak, ke Kuala Terengganu untuk membeli songket iaitu salah satu barang hantaran untuk majlis pertunangan nanti. On the way balik, sempat singgah ke satu kedai roti paung yang bes buatan orang Terengganu. Sedap!! Orang tu juga menghasilkan roti canai segera :)





Tentang rumah yang tengah buat tu pulak, porch baru je siap.


Alhamdulillah, sejak Mac lalu, sangat cepat progress pembinaan rumah ni. Hopefully sebelum raya dah boleh pindah masuk :)


Umi n Abah posing kat depan pintu rumah :D

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails