Friday, July 25, 2008

Balik Kampung 19 Julai 2008 [Part 2]

Petang Ahad itu, aku dan family ke rumah Chubah (Atuk belah Abah) yang 10 minit perjalanan berkereta dari rumahku. Makcikku baru saja melahirkan anak keduanya yang diberi nama Jazmina Jannah. Waktu itu usia baby ialah 25 hari.


Setelah puas bermain dengan baby, dan waktu Maghrib dah pun nak tiba, kami mula beransur pulang. Tapi sebelum tu sempat lagi "menculik" 2 budak kecik iaitu Yasmin dan Arifah. Kedua-duanya adalah sepupuku. Aku main heret jer diorang ke kereta. Ingat nak main2 jer. Sekali diorang betol2 nak ikut :D Yasmin merupakan kakak kepada Jannah dan Arifah adalah anak kepada makcikku yang seorang lagi.


This is Yasmin



This is Arifah


Setelah berjaya "menculik" budak dua orang ni ke rumahku, me n Kak Ngah mandikan mereka sebab dah masuk Maghrib. Seronok sangat~ Siap syampukan diorg lg pakai syampu Johnsons & Johnsons..tak pedihkan mate~ :D



Comey la diorang pas mandi..rambut kusut2 :) Disebabkan diorang datang "diculik", jadi memang tak bawak apa2 pun. Jadi terpaksa la Ummi korek2 baju Anas masa kecik2 utk diberi pakai kepada "anak dara" ni :P


Lepas dah siap mandi, suruh diorang duk diam2 kat depan tv. Dengar kata plak tu. Hahaha :P


Comel sangat~!


Then malam tu mak si Arifah datang ambil diorang sebab kebetulan makcikku itu mahu guna internet di rumahku. Kalau tak, tdo ngan budak2 ni la kot alamatnye :P

Itu saja ceritaku balik kampung. Next time balik kampung, time tunang la, insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails