Wednesday, June 11, 2008

Tujuh.. [Part 1]

Puan Cik Ah telah meng-tag ku di fotopage nya. Dia cakap ku asyik mem-blog tentang ku dan si dia saja? Mana ada!! *blush*
Ahh..layankan saja..hehe..


7 Fakta Mengenai Diri Saya


1. Nama sebenar ialah Nurul Nadiah binti Ahmad Suhaidi. Anak pertama dari 6 adik beradik yang terdiri dari 5 perempuan dan 1 lelaki. Adik lelaki tu ialah yang paling bongsu dan kini berumur 8 tahun. Nama ku adalah yang paling kurang canggih di kalangan adik beradik sebab agak common :P Nama panggilan ialah:


  • Nadiah/Nad - di kalangan rakan-rakan
  • Kakak - di kalangan adik-adikku
  • Nurul - parents and bakal parents panggil :P
  • Yo - nama yang ku bahasakan di kalangan family ku dan nama yang dipanggil oleh family members selain parents and adik-adik (nenek,atok,pakcik,makcik)
2. Sangat suka mengelamun. Sebenarnya bukannya suka, tapi selalu. Tak sengaja termengelamun. Hehe. Banyak berfikir ketika di dalam bilik air dan tandas. Kadang-kadang mengelamun sampai tak sedar rupanya dah siap mandi. Hihi.


3. Suka sangat muzik. Dan suka menyanyi. Hehe. Tapi baru 3 kali pegi karaoke :P Biasanya menyanyi kat dalam bilik je. Tak menyanyi kat bilik air macam orang len. Hehe. Biasanya dengan secara tak sengaja, ku menjadi source orang untuk mencari lagu. Sampaikan masa industrial internship kat Freescale dulu, SV kawan aku slalu mintak lagu dgn aku. Masa tu sangat gilakan lagu Indon.


3. Suka berkemas. Selalunya bersemangat lebih untuk berkemas pada waktu sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Kadangkala menyusahkan diri sendiri jugak sebab walaupun kul 3 pagi dan mengantuk, kalau nampak sesuatu yang menyakitkan mata dan akan serabut kalau tak kemas, memang akan kemaskan masa tu jugak. Pastu baru boleh tidur dengan aman. And pagi2 pulak, walaupun dah lambat nak pegi keje, kemaskan jugak sbb tak boleh tgk benda bersepah nnt tak sedap hati.


4. Mempunyai kenderaan yang berwarna oren iaitu sebuah Perodua Kenari kepunyaan Abah :P Warna sebenar kereta tu ialah silver. Oleh kerana ada accident yang telah mencacatkan kecantikan kereta itu, Abah decide untuk mengecat kereta itu dengan satu warna lain. Abah suruh ku decide nak warna apa. Aku excited sebab dapat decide warna baru kereta itu. Selepas berfikir-fikir, bertanya rakan-rakan, dan beberapa kali bertukar fikiran, akhirnya warna muktamad yang ku pilih ialah Baby Blue. Sekali Abah cat kaler oren T_T (nak lain dari yang lain punya pasal).


5. Suka sesuatu yang comel. Tak kiralah benda ataupun orang. Hehe. Memang sangat mudah attracted to benda2 yang comel, be it perangai yang comel sekalipun. Dan sebab itulah ku sangat sukakan budak2 kecik dan baby kerana mereka memang indeed comel!! Kat dalam pc ku ini memang ada 1 dedicated folder gambar budak2 atau baby namely 'Obsession' :P
Dari segi anime pulak, ku prefer tgk anime yang comel/kelakar (tanye sinopsis kat Encik Gajah dulu sblm tgk..hehe).


6. Suka speeding, because I feel good when I speed :P Tapi selalunye kalo kene saman tu nanges gak la kot. Haha


7. Selalunya muka monyok atau tidak bermaya atau nampak sedih atau bermasalah ketika di dalam kereta, waktu drive balik kerja. Orang yang tak kenal diriku ini sure ingat aku ni psycho. Haha.





Itu saja dulu utk part 1. Tunggu yang selebihnya di part 2. Hehe. Daa~

6 comments:

  1. wah, ada baper part nih?
    dah mcm muvi star wars laks..haha

    bgs gak tulis pasal diri sendiri nih, keh org tau apa rupa kita sebenar..hehe

    diri ku sendiri part 1:
    1. buncet = 67 kilo
    2. suka melawak tp kadg2 serius
    3. suka kemas2 tp bilik sendiri jer
    4. suka shoping gak sampai kena tegur
    5. suka speed gak tp secara berhemah
    6. suka makan dan akan cuba food2 dari merata tempat
    7. suka balik kl sbb duk kat kerteh.

    nanti kan part 2.

    ReplyDelete
  2. shian dia takde blog smpi post kat cni :P takpela, sile2..bleh wat part2 len lagi k. hehe..

    ReplyDelete
  3. Komen dari aku:

    Fakta Nad:

    1) nama itu kurang canggih? apa nama adik2 ko?

    2) apa yg ko fikirkan? kat blk air lak tuh... ehehe..

    3, 4, 5: no komen. itu mmg ko.

    6) haah. ko nye speed mmg tak hengat dunie. takleh nk cucuk kalo ko speed... 120 pn tak dpt kejar lg. demm.

    p/s: gajah, nnt jgn bg nad anto anak gi skolah.. bior ko je anto. WAHAHAHA.

    7) ooo... kalau cmtu aku pn kompem lg saiko gile. huhuhuhu.

    ReplyDelete
  4. ayark ade lak hidden fact gajah kat sini. haha.

    komen utk fakta gajah plak..

    1) betol
    2) bile ko serius gajah?
    3) btol. tu psl dulu aku sll landing atas katil ko hehehe.
    4) no komen. aku dgr nad membebel aritu psl ko shopping. -_-
    5)btol jugak. selamat lg aku rs kalo ikot blkg ko drive dr ikot nad.
    6)betol. refer to no 1 la kan.
    7) -_-

    ReplyDelete
  5. adek, aku bawak dengan merbahaya ker? aku rasa selamat jer aku bawak..120 tu normal kat jalan tu (bagi aku)..hehe..sbb tetiap ari lalu kan :D

    tapi aku pk2 gak mase ko ikot blkg aku tu, kalo aku slow kang ko ckp aku SLOW plak..nnt ade org tdo lam kete kerana terlalu slow (sama ada aku atau ko..hehehe)

    ReplyDelete
  6. haha merbahaya dowh... 120 tuh ok la lg.... tp kalau aku nye dah 120 pn tak dpt cucuk ko... itu da laju tahap 140 tuh!

    merbahaya bukan psl ape.. psl dah 120 tuh.. kalau ade ko terbrek... mmg sama2 kene nad oi.. huhuh..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails