Sunday, June 01, 2008

Sehari Bersama Enie

Sangat gumbira ini hari. 9 pagi bangun tidur (hehe). Mandi dan bersiap-siap, lebih kurang jam 1030 bertolak ke LRT Sungai Besi untuk meng-fetch cik Enie. Cik Enie ni adelah sahabatku masa kat MRSM Pengkalan Chepa. Dia suka pow biskut aku dulu. :P Drive ke Mines, dah sampai tu, beli tiket wayang cerita Apa Kata Hati tayangan jam 245 petang. Aku yang pilih cerita tu. Hehehe. Pastu gi beli handbag/sling bag and makan kat food court. Aku makan nasi daging merah and Enie makan chicken chop.

Shopping lagi sandal and baju. Then Enie ajak karaoke pulak. Kami nyanyi 10 lagu. Rupanya kawan aku ni suka karok. Baru aku tau. Boleh tahan gak suara si Enie ni. (Amek ati. Hehe). Dah puas nyanyi and aku sakit tekak and semput (haha), kami ke surau untuk solat zohor setelah masuk waktu. Tiba waktu tayangan, kami ke TGV, tonton cerita itu. Seronok, kelakar jugak. Ramai artis glemer berlakon dalam cerita tu walaupun watak kecil. Para pelakon: Raja Farah, Farid Kamil, Dynaz, Awal Ashaari, Awie, Ogie Ahmad Daud, Kartina Aziz, Harun Salim Bachik, AC Mizal, Shaney, dan Vanida Imran.

Dah habis wayang, pegi hantar henfonku untuk dibaiki. Lepas tu kami shopping lagi. Hehe. Aku beli sehelai china silk. Sebenarnya aku la yang banyak shopping. Enie beli barang kat Guardian and Giant jer. Lepas hantar Enie ke UPNM (nama baru ATMA), aku pulang dengan bahagia dan gembira :) Ku tiba di rumah jam 730 malam.


To Enie: Thanks Enie sudi temankan aku harini. Hepi sangat dapat jumpa kamu and spend masa bersama kamu. Walopon aku dah abes RM200 arini, tapi pengalaman bersamamu adalah tidak ternilai :) Doa-doa la agar dapat kerja dekat-dekat sini jugak nanti, boleh spend masa bersama lagi! (boleh karok lagi :P)

1 comment:

  1. wah, sakan gak ek budak nih shoping..leh kalah org mcm nih..hehe

    xpe2, janji idup bahagia kalo shoping..hehe, ku juga kuat shoping..jangkit dari org itu gak la..haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails