Wednesday, June 04, 2008

Hari Yang Kurang Bernasib Baik..

Haih..kurang bernasib baik sungguh ku harini. Kenapa?

1. Kereta Buat Hal
Bangun saja pagi-pagi jam 730, terasa bersemangat nak pergi kerja. Setelah kemas rumah sedikit sebanyak dan bersiap-siap untuk ke pejabat, aku turun dari apartment aku untuk ke parking lot. Sesampai saja aku ke kereta, bila cuba start kereta, eh, tak mau hidup pulak dia. Aku lihat di gear kereta auto ku itu, dah Parking mode dah. Cek lagi, lupa nak tutup lampu kereta ke? Tak pulak. Patutnya tiada masalah. Aku cuba start lagi. Tak mau jugak hidup. Takkan masalah bateri lagi kot? Seingat aku, hujung tahun lepas aku dah tukar bateri kereta ni. Takkan dah kong kot? Lalu aku membuka bahagian enjin keretaku, tengok-tengok kalau ada apa-apa yang longgar, kerana sebelum ni aku pernah kena kat UTP dulu, kereta tak mau hidup sebab ada sesuatu yang longgar. Setelah memastikan semuanya OK, aku cuba start kereta sekali lagi. Dan akhirnya hampa. Terpaksa meminta bantuan housemate untuk menghantarkan ku ke pejabat. Terima kasih Kak Muni.

2. Petrol Naik Harga
Di pejabat, berita tentang kenaikan harga petrol menjadi isu hangat. Katanya harga petrol akan naik hampir RM5 seliter, tu pun effective dalam bulan Ogos nanti. Tak kesah lah kan. Lambat lagi. Around 6pm, Emi, rakan sepejabat yang on the way balik rumah sms: Petrol naik 78 sen, start esok.. Aku macam..hahh?? Takleh ke cakap lagi 'lambat'?? Petang2 baru nak cakap. Cakap la awal sket. Tiba2 jer, macam tak sabar2 jer. *&^%#. Masa on the way balik rumah, tumpang kawan, pun dengar kat radio perkara yang sama. Aduh..sakitnya hati dengar. Banyak tu naik. Sepanjang jalan, kat mana ada stesen minyak, memang sesak. Grr..dahla kereta aku rosak. Haih..

3. Kereta OK??
Malam pulak, dah mintak tolong ayah Encik Gaj untuk tengokkan apa masalah dengan kereta aku. Ayah Encik Gaj sampai agak lambat ke rumahku sebab jalan menuju ke rumahku sesak gara-gara bersebelahan dengan stesen minyak. Tanpa membuang masa, dia membuka bahagian enjin keretaku dan cuba start enjin kereta. .........Dan kereta itu hidup dengan baiknya. Huhhh??? dan Argh!! Malunya aku! Pagi tadi tak mau hidup pulak. Sangat pelik. Ayah Encik Gaj lagi la pelik. Dia ada doubt aku tak pulas kunci sampai habis. Aku gelak je la sebab that would be impossible la kan. Dia pun terfikir jugak, kereta ni aku yang duk selalu bawak, gi amik and hantar dia ke airport lagi. Takkan la aku tak reti nak pulas kunci kete kot. Haha. Then lepas everything settle, dia suruh aku pergi beratur kat stesen minyak untuk penuhkan tank since dia tengok minyak aku tinggal separuh tank jer. Aku cakap aku malas nak beratur. Setelah berterima kasih kepadanya, dia pun pulang dengan peliknya kot..Haha.

Namun, jauh di sudut hati, aku bersyukur kerana kereta kenari berusia 5 tahun itu tidak ada apa-apa yang rosak. Alhamdulillah. Tak perlu aku risau lagi fikir nak tumpang pergi dan balik kerja dengan sape. Susah jugak takde kereta ni ya?

Hanya satu perkara saja that excites me right now.. Encik Gaj balik dari Beijing malam esok! Wee~ Ku doakan agar perjalanannya pulang ke Malaysia akan selamat. Rindunya..

2 comments:

  1. lawa la blog nih..menampakkan keayuan tuan empunya blog nih..hehe

    ReplyDelete
  2. ......

    kete ko aneh. bole plak men2 tanak idop.. aneh...

    mst bapak gajah mcm pk.. "nape la menantu aku ni tak reti nk start kete.. "

    LOL

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails