Friday, June 06, 2008

Hari Yang Happy :)

Hehe.
Sebab entri ni menyatakan hari ni hari yang hepi, jadi start dengan gelak sket. Hehe :)

Alhamdulillah, semalam Si Dia dan family telah selamat kembali dari Beijing. Flight mendarat lebey kurang jam 11:16pm. Lega bila dapat tgk insan tersayang selamat dan sihat dan muka hepi jer. Memang la hepi jer, sbb pegi sana bawak 4 beg, tapi balik bawak 8 beg. Ish..ish..sakan sungguh membeli belah. Hehe.

Memang sungguh seronok bila tengok Si Dia seronok. Sebab bila Si Dia seronok, dia akan banyak bercerita. Sepanjang perjalanan balik dari airport ke Bangi tu, dia aje yang bercerita. Tapi memang hobi dia suka bercakap pun :) Walaupun excited jugak mendengarkan cerita-ceritanya itu, aku tak banyak mencelah kerana mengantuk dan keletihan. Kepala pun dah berat masa tu. Aku tiba di rumah pada jam 1 pagi dan terus mencari Encik Katil untuk ku lena. Hari ni kalau jumpa Si Dialagi, tentu sambung cerita lagi :P

Tentang kereta aku yang meragam semalam, aku dah figured out kenapa jadi macam tu. Rupa-rupanya kereta tu tak akan boleh start kalau pintu kereta dibuka dengan menggunakan cara manual iaitu dengan tidak menekan butang pada remote untuk unlock kereta. Baru ku tahu, sebab sebelum ni memang tak pernah guna cara manual pun tapi since aritu remote tu dah habis batteri, jadi terpaksa la buka cara manual.

Alhamdulillah, lega kerana segala kekusutan telah diungkaikan.

Moral: Kenali kereta anda, jangan pandai drive jer :P

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails