Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru!

16 Mei setiap tahun pasti suatu tarikh yang bermakna buat insan yang bergelar guru. Ia diraikan setiap tahun di sekolah-sekolah sebagai tanda mengenang jasa-jasa sang guru. Setiap manusia pasti ada kaitan dengan insan ini. Tidak kiralah kita bersekolah atau tidak, kita tetap ada guru dalam hidup kita.

Guru adalah orang yang memberi tunjuk ajar kepada kita. Tidak kiralah dari segi akademik, fizikal, rohani, emosi, juga dikira sebagai guru. Ya, ibu bapa adalah guru sebenar kita. Merekalah yang mengajar dan membimbing kita secara tidak langsung dari aspek akademik. Mereka jugalah yang memberi tunjuk ajar tentang kehidupan, agama, dan keperibadian diri kita. Guru di sekolah adalah guru kedua kita sebenarnya. Merekalah yang kita panggil 'cikgu'. Pensyarah kita di kolej juga merupakan guru kita. Kerana bimbingan merekalah kita dapat menjadi graduan yang berkualiti. Tidak ketinggalan, rakan-rakan seperjuangan kita. Mereka juga adalah guru kita. Jika mereka menyampaikan ilmu kepada kita, ya, mereka layak digelar guru. Mereka patut dihormati sepertimana guru yang kita gelar 'cikgu' dan guru kita di rumah.

Sudahkah anda mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada guru-guru anda?

"Selamat Hari Guru, Cikgu Aziah. Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku dan mendidikku sehingga menjadi insan yang berguna. Terima kasih atas segala pengorbanan dan tunjuk ajarmu yang membuatku lebih mengenal erti sebuah kehidupan. Terima kasih, cikgu. Terima kasih, cikgu. Jasamu akan tetap kukenang." - SMS untuk Cikgu Aziah, bekas cikgu Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut, Terengganu.

"Happy Teachers' Day! Thank you for being the light in my journey of darkness. You led my way. Because of you, I am what I am today. Thanks a million! Definitely the memory of you will be carried all the way throughout my journey of life. Terima kasih, Cikgu!" - SMS untuk Teacher Wan Saupina, bekas cikgu Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut, Terengganu.


Give a man a fish and you feed him for a day; teach a man how to fish and you feed him for a lifetime. - Dr. S. Radhakrishnan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails