Saturday, May 17, 2008

Cerita Tow Truck


Pernahkah anda menaiki tow truck?

Alkisahnya bermula sewaktu aku bangun tidur pada jam 11 pagi (hehehe). Encik Gaj menelefonku untuk mengajakku ke Rawang untuk melawat adik perempuannya yang paling bongsu di sekolahnya. Kami bertolak dari Bangi pada jam 12 tengahari. Sebelum ke Rawang, kami menuju ke Kampung Pandan terlebih dahulu kerana Encik Gaj ingin menyelesaikan bil rumah sewa milik keluarganya di sana. Setelah setelah itu, kami menuju ke Rawang dengan riang gembira.

Sesampainya di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR) pada jam 2 petang, kami menemui adik Encik Gaj, Izzaty. Kami berborak dan makan Burger King yang dibeli di dalam perjalanan tadi bersama-sama. Setelah kenyang, kami menunaikan solat Zohor di surau sekolah itu. Ketika mahu pulang, kereta yang kami naiki itu didapati rosak. Kereta itu tidak mahu reverse atau kedepan walaupun sudah menukar gear. Ia tetap statik di situ sahaja walaupun sudah menekan pedal minyak. Percubaan beberapa kali juga tidak berjaya dilakukan pada kereta bertransmisi automatik itu.

Lalu Encik Gaj yang sudah resah gelisah itu menghubungi ayahnya yang berada di Bintulu. Ayahnya menyuruhnya mematikan enjin dan mencuba lagi, namun juga tidak berjaya. Ayahnya menelefon kenalan di Puchong yang mempunyai bengkel di sana untuk datang dan melihat keadaan kereta tersebut. Setelah menunggu selama lebih kurang 40 minit, mereka tiba di tempat kejadian. Mereka telah memeriksa apa-apa yang patut namun mereka tidak dapat menolong.

Kerana kereta itu memang tidak dapat membawa kami pulang lagi, Encik Gaj menguruskan hal-hal untuk tow keretanya ke bengkel di Puchong untuk menukar gearbox, iaitu atas arahan ayahnya. Setelah berhubung dengan orang insuran dan sebagainya, akhirnya tow truck sampai untuk mengambil kami dan kereta pada jam 6:30 petang. Ya, itulah pertama kali kami berdua naik tow truck. Kami selamat sampai di bengkel di Puchong pada jam 7:30 malam. Setelah makan malam di gerai yang berdekatan, adik Encik Gaj iaitu Anaz telah membawa kami balik ke rumah. Kami selamat sampai di Bangi pada jam 9 malam. Alhamdulillah.

Ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Walaupun kepenatan, dan juga kebosanan menunggu, aku merasakan ianya suatu kenangan manis bersama orang tersayang =)

P/S: Terima kasih padamu kerana banyak bersabar hari ini. Aku tahu ia amat susah namun kamu tetap berjaya melakukannya. Aku bangga sama kamu. Aku harap kamu akan kekalkannya, kerana ia membuat aku lebih cinta lagi sama kamu ;)

2 comments:

  1. salam sejahtera,

    sesungguhnya..itu pengalaman yg leh dijadikan iktibar buatku..haha~

    ku dah leh agak sbnrnya perkara mcm nih akan berlaku cuma x sangka laks ia terjadi betul2 time aku cuti panjang nih..abis dah sehari aku nyer cuti sbb tersadai kat skolah tuh..haha~

    apa leh wat, dah benda nak jadi..yg penting, pastikan dahulu kereta anda diatas syarikat insuran apa ek..nanti susah laks kalo terjadi eksiden kat tgh high way nanti..

    akhir kata skali, berhati2 lah bila nak pakai tow truck..sbb diorg nih leh cekik darah korg nanti ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails