Friday, May 16, 2008

Aku Rindu Rumahku

Sudah lebih kurang 2 minggu Abah dan kadangkala Kak Ngah akan menghantarkan gambar rumah kami di kampung yang dalam pembinaan. Ya, kami akan tinggal di rumah baru! Sudah lama kuimpikan rumah yang lebih selesa untuk keluargaku yang ahlinya 8 orang semuanya. Alhamdulillah, nampaknya harapanku itu bakal menjadi realiti tidak lama lagi. Menurut jadual, ia akan siap pada bulan September nanti. Mungkin juga sebelum bulan Ramadhan, kerana tentunya keluargaku tidak larat untuk mengangkut barang-barang ke rumah semula ketika sedang berpuasa.


Untuk pengetahuan pembaca, rumah yang bakal siap itu sedang dibina di atas tapak rumah kami yang kami duduki. Jadi kami terpaksalah berpindah ke rumah lain sebentar untuk merobohkan rumah lama dan memberi laluan kepada rumah baru. Buat sementara waktu, barang-barang dari rumah diletakkan di rumah Nenekku di sebelah rumahku dan juga di rumah yang keluargaku duduki sekarang ini iaitu rumah jiran kami yang kosong: di belakang rumahku saja :P Walaupun dekat, tetapi aku pasti ia memakan masa dan memerlukan tenaga kerja yang banyak. Sudah tentu memenatkan dan buat Ummi ku, pastinya agak kelam kabut dibuatnya. Ummi sudahpun melalui saat-saat itu sewaktu berpindah ke rumah yang kami duduki sekarang ini. Beberapa bulan lagi, terpaksalah melalui perkara yang sama lagi apabila rumah kami sudah siap. Tapi waktu itu semangat sudah tentu membara dan perasaan berbunga-bunga kerana teruja untuk menduduki rumah baru :)


Hampir sebulan yang lalu proses pembinan telah bermula, termasuklah proses merobohkan rumahku yang asal yang dibina dari kayu. Terasa sayang pula akan rumah itu kerana rumah batu baruku nanti tidak melambangkan rumah kampung sepertimana rumah asalku. Rumah kayu ku itu, walaupun agak kecil untuk keluargaku, telah dibina oleh moyangku sendiri, tanpa teknologi moden, namun ia tetap gagah sampailah ke beberapa generasi. Aku sebenarnya sungguh bangga dengan rumah itu. Namun apakan daya, masa berlalu, perubahan perlu dilakukan untuk memenuhi kehendak semasa keluargaku. Walau apapun, jasa rumah kayu ku itu akan tetap aku ingati.

Aku masih mencari masa yang sesuai untuk pulang ke kampung menjengah keluarga dan melihat sendiri progres rumah baruku. Namun ada beberapa perkara yang perlu aku selesaikan disini dahulu sebelum pulang ke kampung. Sesungguhnya aku sangat teruja~

4 comments:

  1. gmbr rumah lama mu ku ada simpan..siap ngan gmbr interior lg tuh..mgkn leh wat kenangan kot.

    x sabar gak nak tgk rumah baru dia..hehe~

    ReplyDelete
  2. ooo gituka yang suda belaku..
    da lama tak lalu kat situ tak tahu plak rumah kuning paberet masa mude2ku telah tak de..
    haih nanti nak lalu kot situ tgk progress..

    tingat dolu2 salu lepak kat rumah tuh sambil makan buah beri kat blakang umah..=)

    ReplyDelete
  3. Encik Gaj: Iya, ku tahu kamu sudah menjadi paparazzi kat Trg..keje sambilan eh? :P

    Kay: Ingat lagi tak masa kita main khemah2 kat blkg umah saye? hihi~ sronok~

    ReplyDelete
  4. Artikel "Aku rindu rumahku",bagus juga...
    Jangan berhenti menulis...teruslah berkarya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails