Friday, March 14, 2008

Updates~

Sudah tengah bulan, cepat sungguh masa berlalu..Dh lama tak update sebab kebanyakan masa kakak yang aku kongsi Maxis broadband ni nk guna tenet sebab dia nak sediakan bahan utk assignment dia (dia amik MBA kat UKM). Jadi tak kesahla kan sbb biasanya kalo wiken, aku jer yang conquer tenet ni. Hehe.

Sejak 2 minggu yang lepas, aku telah:


1. Melibatkan diri dengan proses pengundian buat pertama kalinya dlm hidup. Walaupun aku tak mengundi, tapi aku jaga booth masa hari mengundi. Seronok gak. Kerja aku adalah menolong pengundi2 utk mengesahkan di mana tempat mereka sepatutnya mengundi dan saluran mana. Guna sistem berkomputer. Syif aku ialah dr kul 8-11am. Sebab lepas tu nk g deting :P


2. Banyak mengambil tahu tentang politik. Almaklumlah, dh beso. Semalam seharian aku duk baca paper jer (hal politik) sbb takde keje kat opis. Hehehe... Aku sebenarnya gembira dengan keputusan pilihanraya kali ni.


3. Tukar tayar dan rim kereta. Wat kat Klang. It costs me RM850 and puas hati.


4. Beli pencuci muka kat Parkson. Jumpa gak akhirnya. Murah! Harga yg dipaparkan ialah RM9.90 dan dapat lg diskaun jadi RM7.92. Parkson tgh sale skang sampai hujung bulan. Jangan lepaskan peluang anda!


5. Start makan Healin Gamogen utk 2 hari. 3 kali sehari, 2 sudu besar sekali makan. Rasa dia agak hanyir tapi telah dikurangkan oleh perisa oren. Tiba2 terasa rambut dh kurang gugur (saiko2).

6. Naik 2 kilo. Gara2 gastrik yang berlarutan selama 2 minggu setengah. Lapar skit jer makan. Ingatkan naik 2 kilo takde kesan ke atas fizikal. Rupa2nya ku kelihatan lebih tembam dan nk pki jeans pun ketat sket. Uhuk~

7. Start jual tudung bawal. Dari Kelantan, tudung bawal no 1, byk diamonds, RM45. Baru laku satu. Haha. Thanks Siti kerana menjadi pelanggan pertama saya. Buat masa ni tudung2 tu kat Aunty Nora (emak kepada encik gajah). Dia tolong jualkan. Whee~ :D

Itu saja laporan dari saya, Nadiah Suhaidi (nama commercial :P) dari Bandar Baru Bangi. Kembali ke bilik berita.

2 comments:

  1. hehe, byk laks update dlm 2 minggu nih ek..bgs2~

    arap2 perniagaan jual tudung mu berjaya..hehe~

    ReplyDelete
  2. btul2..sy pn suka keputusan pilihanraya tahun ni~

    emm..slamat berjualan~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails