Wednesday, March 19, 2008

Resah Gelisah!

Kisah kali ini kurang sedap untuk diceritakan tetapi aku rasa perlu untuk meluahkan supaya risauku ini reda.

Seawal 5:30 pagi semalam dia bertolak ke pelantar kerana mempunyai urusan di sana. Katanya hanya sehari saja ke sana, hari ini sepatutnya dia balik ke Kerteh semula. Ini adalah kali kedua dia melawat pelantar minyak, dan sebelum ini pun hanya sehari sahaja. Petang keesokan harinya dia sudah di Kerteh untuk menyelesaikan kerja-kerja pejabatnya. Tapi hari ini berlainan sedikit. Aku menjangkakan dia pulang ke pejabatnya di Kerteh petang juga seperti sebelum ini. Jadi aku tunggu saja dari pagi untuk menunggunya membalas sms ku. Tapi sampai aku balik dari kerja maghrib tadi pun masih tiada berita darinya. Aku sudah mula risau.

Aku cuba sms nya lagi tapi juga tiada balasan. Selepas makan malam dengan rakan serumah pada jam 8 malam, masih tiada panggilan darinya. Aku cuba menghubunginya tapi tidak berjawab. Aku cuba menghubungi talian alternatifnya juga hampa kerana panggilanku terus disambungkan ke peti suara. Aku bertambah gelisah. Aku bercadang mahu menghubungi ibunya bertanyakan kalau-kalau dia ada menghubungi ibunya. Tapi aku tidak melakukannya kerana hati kecilku berkata mungkin dia terpaksa memanjangkan tempoh lawatannya di sana secara tiba-tiba. Mungkin ada sesuatu yang berlaku di luar jangkaan dan kawalan yang membuatkan dia terpaksa berlama di situ. Tapi dia tidak dapat memaklumkan kepada sesiapa memandangkan telefon bimbit tidak boleh dibawa bersama ke sana. Dengan berfikiran begitu, hatiku terasa sedikit lega. Aku cuba mengalihkan perhatianku lagi dari kegelisahan ini dengan menonton televisyen. Ia membantu.

Sedang seronok menonton rancangan di televisyen, telefon bimbitku berdering. Ibunya menghubungiku. Dia bertanya tentang anaknya, "Nurul, Amir ada telefon Nurul tak?". "Nurul baru nak tanya soalan yang sama kat Auntie..", balasku. Nyata dia juga tidak menghubungi ibunya sejak ke pelantar. "Oh, kalau Amir telefon, Nurul bagitau Auntie ye", sambung ibunya lagi dan aku mengiyakan saja.

Sejurus selepas perbualan itu, aku menghantar satu lagi sms meminta dia untuk menghubungiku sebaik sahaja membaca sms tersebut. Ya, aku memang risau amat. Dan aku rindu. Biasanya waktu-waktu inilah kami berbual di telefon menceritakan tentang apa saja yang berlaku di siang harinya, gosip, ataupun isu semasa sebelum melelapkan mata. Termasuk malam ini, sudah dua malam kami tidak berbuat begitu. Ini adalah di luar jangkaanku kerana aku hanya bersedia untuk tidak berhubung dengannya selama lebih kurang 24 jam saja :(

Aku berdoa agar dia selamat walau di mana saja dia berada. Aku sangat berharap agar dia selamat dan lekas menghubungiku sebaik sahaja dia membaca smsku. Ya, anda boleh katakan yang aku ini terlalu risau atau terlalu memikirkan dirinya. Tapi pada hakikatnya aku tidak dapat mengelakkannya. Kau tahu dia adalah separuh dari jiwaku.

3 comments:

  1. terharu nyer bila baca post nih, sesungguh nya setiap perkara itu ada hikmah nya.

    seperti yg tidak dijangka kan, chopper utk balik pada hari rabu tu x muncul sbb dikatakan ada platform lain perlukan nya (walaupun ada 6 bijik chopper)..jadi aku pun terpaksa menunggu lg semalaman di platform tuh dgn berharap utk balik pada esok pagi nya..

    tp, apa kan daya..chopper esok pagi nyer dah ada company lain yg reserve dulu..haih~ (2 kali dugaan yg ku lalui utk 2 hari)..

    akhirnya, tgh hari pada pukul 1205..chopper pun dah smpi n perjalanan yg memakan masa sejam telah menjadi 45 minit atas kecekapan pilot chopper..(mgkn dier nak balik bercuti..maklumlah, ari kamis kan malidur rasul).

    pukul 1.15 ptg, aku pun smpi opis n bukak hp ada 9 missed calls dan 10 msg.

    ReplyDelete
  2. schweet. reminds me of something. i think gajah knows ;)

    ReplyDelete
  3. hehehe....ehh amir ni..tgk dh wat cik nurul risau resah gelisah... comey~~ (^_^)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails