Monday, February 11, 2008

Balik Kampung - Great Moments!

Bes giler balik kampung! Leh main ngan sepupu2 yang kecik2 lg tuh. Yelah, belah mak, aku cucu sulung. Belah ayah lak, cucu first umur 2 thn lg tua dr aku. Maksudnya, aku adalah antara ahli generasi pertama. Maksudnya, sepupu2 yang bawah2 aku adalah yang kecik2 lagi belaka. Ianya sangat seronok! Sebab bila menjaga/melayan/bermain ngan diorg, leh asah bakat jadi ibu yang baik. Hehehe. InsyaAllah..



Balik kampung haritu, sampai jer pagi2 kat kampung, rest dulu. Tunggu waktu jer nak g umah nenek belah ayah untuk jenguk budak2 kecik itu. Dahla yang jauh pun ada gak. Memang meriah tgk diorg main. Yang tua ni pun join sekali. Tapi kalo ade yang nanges, meriah gak. Meriah ngan teriakan diorg. G sana petang..








Yang kat dlm gambar kat atas ni ialah sepupu latest aku. Sepupu yang ke-31 untuk belah ayah. Baru nak masuk 3 bulan. Nama dia Adib Firdaus. Dia ada abg yang berumur 3 thn n kakak yang berumur 2 thn. Produktif kan mak n ayah dia? :P Bila dh nak maghrib, terpaksa la balik..



Petang esoknya pulak, pegi taman permainan kat Pantai Air Tawar. Dekat je ngan umah, 10 min perjalanan naik kete. Kali ni main ngan sepupu belah mak pulak. Nama dia Aimi Syazwina. Umur dia setahun lebih. Dia suka makan. Sambil main kat taman permainan ni sambil kunyah kopok. Bagusla dapat anak camni, takde masalah untuk makan. Hehe.








Ini la Aimi atau lebih kerap dipanggil sebagai Cikmi. Aimi ni pon sepupu latest gak tapi untuk belah mak. Dia anak tunggal buat masa ni. Dh lama tak jumpa budak ni sbb ayah dia cuti tak menentu n aku pun bukan selalu balik kg. Keluarga diorg tinggal kat Paka. Ptg tu lepas main2 ngan Aimi, aku pulang dengan riang sbb dpt main ngan dia n dpt amik2 gambar. Tapi malangnya bila aku nak kua dr parking kete, aku terlanggar pasu bunga berbentuk empat segi kat depan kete aku. Ni semua gara2 aku tak nampak pasu tu yang rendah n takde pokok, dan kerana aku lupa aku park kat tempat dekat ngn pasu tu. Huhu. Hasilnya kete aku calar skit n cover lampu signal kat bawah tu pecah separuh. Tak sempat nak amik gambar sbb ayah aku dh fix before aku balik KL. Cuak gak masa tu sbb dengar perlanggaran tu mcm kuat jer. Tapi alhamdulillah, kecik jer kerosakannya.



Malam tu plak, ada tetamu datang. Tetamu tu ada anak 3 orang yang berumur 8thn, 5thn, dan 3thn. Main ngan budak lagi. Memang bes. Sempat amik gamba dan bergambar. Yang paling kecik plak asik nak ngan aku jer. Hehehehe..





Ni la dia. Br pas mandi tu. Mak dia bedakkan dia tak abes lg dia dh lari. hehe. Budak ni memula malu2 sgt. Berckp pun tak kua suara, cuma tunjuk2 je apa yg dia nak. Pastu dh lama2 siap gelak2 dengan riang n kacau adik aku yg paling kecik tu lagi. Itulah kanak2. Hepi sungguh!


Tu saja. Mau tdo. Selamat malam~ (tdo ngan hepi)

1 comment:

  1. hahaha..sronok nyer baca blog dier

    meriah dan hepi sbb ada dgr byk perkataan budak2 dan kanak2..hehe~

    kira nanti byk la sepupu yg sebaya dgn diorg la ek (budak2 nih sume mcm x jauh beza jer umur diorg nih)

    bes nyer ari jumaat nih, tenang n sejuk~ leh rest puas2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails